Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Memaparkan catatan dengan label Jesus Christ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jesus Christ. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Julai 2008

Adakah Allah itu 'tuhan kepada bulan'?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca blog yang sedang meningkat naik ini. Hari ini, setelah lama bercakap panjang mengenai politik, saya beralih angin pula kepada soal agama. Di sekolah, saya memang dikenali sebagai seorang pelajar yang hebat di dalam bidang perbandingan agama ini, walaupun saya baru sahaja berumur 15 tahun. Saya telah didatangi oleh rakan cina saya yang beragama Krsitian. Beliau tiba-tiba membangkitkan isu tuhan agama Islam yang kami sembah ialah ialah tuhan kepada bulan. Terkejut beruk saya apabila diajukan oleh pertanyaan yang sedemikian rupa. Saya bertanya kembali kepada dia:

"Mok, (nama beliau), mana kamu dapat keyataan yang menghina sebegini?"
"Maafkan saya, tetapi inilah yang dikatakan oleh paderi di gereja **. ******* ketika saya pergi ke sana untuk mendengar ceramah!" balasnya dengan sopan. Dia juga memberikan beberapa ayat yang dipetik daripada Al Quran kepada saya. "Helmi, cuba awak dengar terjemahan kitab ini, "Among His Signs are the Night and the Day, and the Sun and the Moon. Adore not the sun and the moon, but adore God, Who created them, if it is Him ye wish to serve. (The Noble Quran, 41:37)"


"Oh... itu. Biar saya jelaskan, sebenarnya tuhan agama kami adalah tuhan untuk semua. Nampaknya, sekali lagi awak dipesongkan oleh paderi kristian kamu itu, kalau begitu, maksud kamu tuhan agama kristian ialah tuhan yang hanya untuk manusia? Bukan untuk semua makhluk ciptaanya? Inilah bukti kebesaran Allah, tuhan sekalian Alam, bukan macam tuhan kamu yang hanya tuhan untuk manusia sahaja bukan?


Selepas hujah yang begitu menyakinkan itu, rakan saya itu terdiam lalu berlalu pergi. Niatnya untuk cuba menghina Allah kemudian terpalit pada tuhannya Jesus. Subhannallah, maha suci Allah.

Ahad, 20 Julai 2008

Perwatakan Jesus Di Dalam Kitab Bible

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di bawah ialah artikel yang saya petik daripada blog rakan saya, http://effysaiful.blogspot.com/ mengenai betapa 'dasayatnya' perwatakan Nabi Isa (Jesus) d dalam kitab bible. Apa-apa pun, kita bacalah dahulu...


Perhatikan sikap yang ditunjukkan oleh Jesus kepada para pengikutnya seperti mana yang digambarkan di dalam kitab Bible:-


Gospel Matthew bab 12 ayat 39, “A wicked and adulterous generation asks for a miraculous sign!...” yang bermaksud, “Generasi yang fasik dan jahat meminta satu mukjizat..” (Jesus menyifatkan generasi umatnya sebagai fasik dan jahat...)


Gospel Matthew bab 15 ayat 25 dan 26, “The woman came and knelt before him. "Lord, help me!" she said. He replied, "It is not right to take the children's bread and toss it to their dogs." yang bermaksud, “Wanita itu menghampiri Jesus dan berlutut di hadapannya, lalu berkata, “Tuan, tolonglah saya.” Tetapi Jesus menjawab, “Tidaklah patut mengambil roti kanak-kanak dan melemparkannya kepada anjing-anjing mereka.” (Jesus menyifatkan kaum Kanaan sebagai anjing-anjing bangsa Israel)


Gospel Matthew bab 23 ayat 13, 15, 23, 25, 27 dan 29, “Woe to you, teachers of the law and Pharisees, you hypocrites!” yang bermaksud, “Celakalah kamu wahai guru Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik!”


Gospel Matthew bab 23 ayat 16, ” Woe to you, blind guides!” “Celakalah kamu, pemimpin buta!”
Gospel Matthew bab 23 ayat 33, “You snakes! You brood of vipers! How will you escape being condemned to hell?” yang bermaksud, “Kamu (jahat seperti) ular berbisa! Kamu keturunan ular! Bagaimana mungkin kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman di neraka?”


Gospel Luke bab 11 ayat 40, “You foolish people!” yang bermaksud, “Kamu bodoh!”
Gospel Matthew bab 16 ayat 23, “Jesus turned and said to Peter, "Get behind me, Satan! You are a stumbling block to me...” yang bermaksud, “Jesus berpaling dan berkata kepada Peter, “Pergi engkau ke belakang aku, syaitan! Engkau menjadi penghalang jalanku!”” (Peter metrupakan salah seorang daripada 12 orang pengikut Jesus atau hawariun..)


Inikah kononnya agama yang membawa kepada kasih sayang?
Fikirkanlah...