Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Khamis, 26 Jun 2008

Artikel Tambahan Bagi Menjawab Muhammad itu kaki perempuan? V

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. Dengan Zainab Binti Jahsy r.a.

Zainab Binti Jahsy bin Riab Al Asadiyah juga dikenali sebagai Ummul Hakam. Ibunya bernama Umamah Binti Abdul Mutallib. Zainab r.a. merupakan sepupu kepada Rasulullah s.a.w.

Zainab juga merupakan antara wanita-wanita terawal memeluk Islam. Beliau bernikah dengan Zaid Bin Haritsah yang merupakan hamba kepada Siti Khadijah r.a., isteri Rasulullah s.a.w. yang pertama. Rasulullah s.a.w. memerdekakan Zaid yang mana kemudiannya Zaid dijadikan sebagai anak angkat oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah pada ketika awalnya menamakan Zaid sebagai Zaid bin Muhammad sebelum amalan ini ditegur Allah melalui surah Al Ahzab ayat 4 dan 5:

...... dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang (kamu dakwakan mengenai perkara-perkara yang tersebut) itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.

Panggilah anak-anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seugama dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Menamakan anak angkat berbinkan kepada bapa angkat merupakan amalan-amalan jahiliah yang dihapuskan melalui kedatangan Islam. Bukankah ia satu amalan yang tidak patut menafikan hak bapa sendiri serta menafikan salahsilah keturunan seorang anak angkat dengan perbuatan sebegini.

Para sahabat baginda juga tidak mahu memanggil Zaid sebagai Zaid Bin Haritsah, tetapi dipanggilkan sebagai Zaid Bin Muhammad. Petujuk Allah s.w.t. ini selanjutnya disusuli dengan tindakan Rasulullah s.a.w. menamakan semula Zaid dengan berbinkan bapa asalnya iaitu Haritsah. Manusia-manusia yang beriman, apabila diberi perintah oleh Tuhannya, dia akan berkata, “Kami dengar dan kami patuh,” , dan itulah yang dilakukan RasulNya dan para sahabatnya. Setelah penurunan ayat ini, mereka memanggil Zaid sebagai Zaid bin Haritsah.

Beberapa perkara berkenaan dengan kehidupan Zaid Bin Haritsah ini ada dicatatkan di dalam Al-Qur’an. Melalui kisahnya juga beberapa ketetapan hukum dapat kita pelajari.

Masyarakat Arab semenjak dari zaman Jahiliah lagi mempunyai satu bentuk amalan yang sangat buruk iaitu mereka mengamalkan dasar perkauman dalam apa jua perkara. Satu suku yang lebih rendah darjatnya dipandang hina dan tidak dapat bergaul sama dengan dengan suku yang lebih tinggi darjatnya.

Lebih teruk lagi mereka memandang hina ke atas golongan hamba. Seorang dari keturunan bangsawan tidak suka jika dirinya bercampur gaul dengan golongan hamba. Perkahwinan dari dua golongan yang berlainan darjat ini merupakan sesuatu yang diluar kebiasaan dan dipandang serong pada ketika itu.

Islam mengajar semua itu sama. Tidak kira bangsa, tidak kira warna kulit, rupa, fizikal dan sebagainya. Semuanya sama menurut Allah. Yang membezakan manusia di depan Allah ialah takwa mereka kepadaNya. Bagi membuka jalan serta menunjukkan contoh praktikal terhadap apa yang dibawa oleh Islam, Rasulullah s.a.w. melalui perintah Allah menyuruh Zaid, seorang hamba, berkahwin dengan Zainab, sepupu Rasulullah yang berasal dari keturunan Quraisy yang dimuliakan.

Mendengar perancangan Rasulullah untuk mengahwinkannya dengan Zaid, Zainab menolak sama sekali cadangan Rasulullah ini dengan berkata; “Ya Rasulullah, akan tetapi aku tidak rela dia menjadi suamiku. Aku anak perempuan kaumku orang yang merdeka dan aku juga adalah anak perempuan ibu saudara Tuan, iaitu orang bangsawan, kerana itu aku tidak setuju,”

Penolakan Zainab ini akhirnya membawa kepada turunnya wahyu dari Allah dalam surah Al Ahzab 36:

Al Ahzab 36
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

Setelah wahyu tersebut disampaikan kepada Zainab, selaku wanita yang benar-benar beriman kepada Allah, Zainab akur dan akhirnya tunduk dan berkahwin dengan Zaid. Perkahwinan ini menjadi buah mulut masyarakat Mekah pada ketika itu yang memandang perkahwinan ini sebagai melanggar adat kebiasaan di mana seorang wanita bangsawan dikahwinkan dengan seorang yang berasal dari kalangan hamba.

Zainab yang juga membesar dalam keadaan masyarakat yang mementingkan kedudukan serta hubungan darah yang sangat mementingkan pangkat dan darjat, kelihatan sukar untuk tunduk kepada suaminya. Zaid tidak dapat mengawal sikap Zainab yang terbawa-bawa dengan cara pemikiran yang sudah tertanam dalam dirinya semenjak kecil. Zaid yang tidak tahan dengan sikap Zainab, telah beberapa kali bertemu Rasulullah s.a.w. memohon keizinan dari Rasulullah untuk menceraikan Zainab. Rasulullah s.a.w. menghalangnya pada setiap kali Zaid bertemu dengannya bagi tujuan meminta izin untuk menceraikan Zainab dengan berkata; “Jaga baik-baik isterimu, jangan ceraikan. Takutlah engkau akan Allah,” Rasulullah s.a.w. melarang Zaid dari menceraikan Zainab oleh kerana perkahwinan mereka merupakan satu ketetapan Allah kepada mereka melalui ayat surah Al Ahzab 36 tadi.

Selang beberapa lama, oleh kerana tidak dapat lagi tahan hidup dengan Zainab yang sukar ditundukkan, Zaid menceraikan Zainab. Zainab bersikap sedemikian kerana cercaan-cercaan yang diterimanya yang menambahkan tekanan kepada dirinya yang juga masih dibelengu adat istiadat jahiliah yang masih sukar dikikis.

Setelah Zaid menceraikan Zainab, tinggallah Zainab sebagai janda. Di atas pengorbanannya merelakan dirinya yang dikategorikan dalam golongan bangsawan berkahwin dengan seorang yang dipandang rendah oleh masyarakat jahiliah, serta di atas pengorbanannya sanggup menahan cercaan masyarakat sekeliling semata-mata kerana patuh kepada perintah Allah untuk mengahwini Zaid, maka Allah menggantikan kedukaannya selama ini dengan sebuah perkahwinan yang tidak terjangka langsung olehnya. Kini, kitalah generasi Muslim yang mendapat manfaat dari pengorbanan yang dilakukan Zaid dan Zainab ini bagi membuka jalan contoh bagi perkahwinan merentas sempadan bangsa, keturunan dan darjat.

Al Insyirah (atau dikenali juga dengan nama Asy Syarh) ayat 5 - 6

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Setiap kesukaran yang Allah s.w.t. tetapkan ke atas kita sebenar terdapat kemudahan dan kesenangan yang menunggu di kemudian hari. Ianya hanya akan dinikamti oelh golongan yang bersabar dengan segala ujiannya.

Setelah selesai tempoh iddah Zainab, Rasulullah s.a.w. diperintahkan Allah untuk mengambilnya sebagai isteri sebagai memuliakan dirinya yang sanggup berkorban demi mematuhi perintah Allah sebelum pada perkahwinannya dengan Zaid sebelum ini.

Al Ahzab 37

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian) manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

Jika Rasulullah s.a.w. dikatakan sebagai seorang kaki perempuan, jadi kenapakah pada awalnya baginda memerintahkan Zainab yang merupakan sepupunya itu berkahwin dengan Zaid bim Haritsah r.a. Bukan setakat itu, malah baginda sendiri yang meminang Zainab serta mengadakan maskahwinnya bagi pihak Zaid. Bukankah lebih baik baginya sendiri mengahwini Zainab sekiranya benar apa yang didakwa golongan Orientalis dan Evangelist sebagai Rasulullah itu kaki perempuan?

Golongan orientalist juga memfitnah Rasulullah s.a.w. sebagai menaruh hati kepada Zainab setelah terpandang Zainab di dalam rumahnya setelah tabir rumahnya tersingkap dan menampakkan dirinya kepada Rasulullah semasa ketiadaan Zaid. Perkara ini dikatakan mereka sehingga memberikan kesan kepada Rasulullah sehingga baginda mengucapkan perkataan ini : “Maha Suci Allah Yang membalik-balikkan hati,".

Mereka memberikan tafsiran tidak benar kepada sebahagian daripada ayat 37 surah Al Ahzab seperti dibawah iaitu:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian) manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya)....

Mereka menafsirkan apa yang tersimpan dalam hati Rasulullah s.a.w. itu sebagai perasaan cintanya terhadap Zainab setelah peristiwa terlihat akan dirinya disebalik tabir tersebut. Padahal apa yang dimaksudkan dengan ayat tersebut ialah, perasaan takut dan gusar Rasulullah s.a.w. untuk menjalankan perintah Allah supaya baginda mengambil Zainab sebagai isterinya sebaik iddah Zainab tamat. Baginda resah memikirkan tindakan dan cercaan kaum Quraisy terutamanya golongan jahiliah kerana baginda tahu bahawa perintah Allah ke atas baginda supaya mengahwini Zainab sudah hampir untuk dilaksanakan. Lupakah mereka (golongan orientalis dan evangelist) dalam menaburkan fitnah tersebut bahawa Zainab itu merupakan anak kepada ibu saudara Rasulullah s.a.w.? Jadi bukankah Zainab sudah biasa berada dekat dengan keluarga Rasulullah s.a.w. semenjak dari kecil lagi. Jadi sangatlah tidak masuk akal tuduhan mereka dalam menyatakan bahawa Rasulullah sebaik terpandang Zainab dalam peristiwa tersebut, terus jatuh cinta kepadanya.

Zainab telah dipandang hina oleh masyarakat Quraisy selepas dari perkahwinannya dengan Zaid. Selepas diceraikan, tiada mana-mana pemuda atau lelaki Quraisy yang mahu memperisterikannya setelah dia menjadi janda kepada seorang bekas hamba. Perancangan Allah sangat hebat. Allah kemudiannya memerintahkan Rasulullah s.a.w. memperisterikan Zainab di atas beberapa sebab.

1) Menunjukkan pengajaran kepada umat Islam bahawa isteri atau suami kepada seorang anak angkat yang telah diceraikan, boleh dikahwini oleh bapa atau ibu angkat mereka sendiri. Ini bagi membatalkan adat yang diamalkan dalam masyarakat Arab Jahiliah sebelum itu yang mengharamkan perbuatan serupa daripada dipraktikkan.


2) Mengangkat kembali martabat serta maruah Zainab yang telah dipandang hina masyarakat kerana menjalankan perintah Allah supaya mengahwini Zaid, sedangkan pada ketika itu tiada mana-mana wanita Quraisy yang berkahwin dengan lelaki yang lebih rendah kedudukan dan darjat daripada mereka. Jika tiada mana-mana pihak lagi mahu ‘mencemarkan’ maruah dan kedudukan mereka dengan mengambil Zainab, janda kepada seorang bekas hamba sebagai isteri, jadi siapakah yang lebih layak lagi untuk memuliakannya kembali setelah apa yang dilaluinya selain daripada Rasulullah s.a.w.? Apabila saja Rasulullah s.a.w. menyuruh Zaid pula meminang Zainab bagi pihak dirinya, maka secara automatik, masyarakat sekeliling tidak lagi berani mengatakan apa-apa cercaan terhadap Zainab seperti yang dilakukan mereka sebelumnya. Rasulullah mengambil tanggungjawab dan memberikan kemuliaan kembali kepada Zainab.

Jadi, apakah seorang kaki perempuan mahu melakukan sesuatu seperti yang dilakukan Rasulullah dalam perkahwinan ini?

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. Dengan Zainab Binti Khuzaimah r.a.

Zainab Binti Khuzaimah bin Harits bin Abdullah, begitulah namanya. Suaminya yang pertama bernama Abdullah Bin Jahsy (saudara lelaki kepada Zainab Binti Jahsy r.a. yang juga merupakan isteri Rasulullah s.a.w.). Dia diceraikan oleh Abdullah bin Jahsy dan kemudiannya dia berkahwin pula dengan Ubaidah bin Harits bin Abdul Mutallib yang merupakan sepupu kepada Rasulullah s.a.w.

Ubaidah r.a. dan Zainab Binti Khuzaimah r.a. ini merupakan antara golongan As Sabiqunal Awwalin (Golongan yang terawal memeluk Islam). Ubaidah r.a. juga merupakan kumpulan 313 orang sahabat berperang dalam perang Badar.

Perang Badar diantara golongan Mukmin dan Musyrikin Mekah ini dimulakan dengan perlawanan satu lawan satu antara 3 orang Mukmin dan 3 orang Musyrikin Mekah. 3 orang Mukmin yang berlawan tersebut ialah Hamzah Bin Abdul Mutallib, Ali bin Abi Talib dan Ubaidah sendiri. Kedua-dua Hamzah r.a. dan Ali r.a. hanya memerlukan masa yang sekejap sahaja bagi membunuh lawan masing-masing. Lawan mereka tumbang sebaik saja dilibas beberapa kali dengan pedang mereka. Tetapi Ubaidah r.a. mengalami sedikit masalah untuk menundukkan lawannya.

Dalam perlawanannya dengan pihak musuh tersebut, Ubaidah mendapat kecederaan parah sehingga memerlukan Hamzah dan Ali menewaskan lawannya tersebut.Setelah musuhnya itu berjaya dibunuh, Saidina Hamzah r.a. dan Saidina Ali r.a. mengangkat Ubaidah yang tercedera dan membawanya kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. memangku Ubaidah r.a. yang cedera parah. Ubaidah lansung tidak menunjukkan rasa takut atau sesal dengan apa yang menimpanya bahkan dia sangat bersemangat sambil membacakan satu bait syair daripada Abu Talib:

“Kami lebih banyak daripada apa yang diucapkan oleh Abu Talib (yang ertinya): “Apakah patut kita menyerahkan Muhammad kepada kaum Musyrikin? Biarlah kita mati terbunuh untuk membelanya dan melengahkan diri terhadap anak dan isteri,"

Cintanya terhadap Rasulullah sehinggakan dia lebih mengutamakan perihal keselamatan Rasulullah dan Islam daripada dirinya dan masa depan keluarganya sendiri. Dalam sedang berasa sakit akibat kecederaan parah tersebut, dan masih berada dalam pangkuan Rasulullah s.a.w., Ubaidah bertanyakan kepada Rasulullah satu soalan terakhir. “Apakah aku tidak mati syahid sekarang ini Ya Rasulullah?” Rasulullah kemudian menjawab ; “Aku bersaksi bahawa kamu adalah Syahid,”

Selepas mendengar jawapan Rasulullah s.a.w., maka Ubaidah yang senang hati mendengar persaksian Rasulullah s.a.w. tersebut, dijemput Allah untuk kembali ke RahmatNya. Gugurlah Ubaidah r.a. sebagai syuhada yang pertama dalam mempertahankan Islam dan RasulNya.

Tinggallah isterinya sebatang kara. Sebagai muhajirin yang berada diMekah tanpa tempat bergantung setelah kesyahidan suaminya itu, dan ditambah pula dengan hidupnya yang sangat miskin, Zainab binti Khuzaimah r.a. tidak pernah sekali pun merungut. Dia hanya menyerahkan dirinya dan nasibnya itu kepada Allah untuk dipelihara. Janji Allah terhadap mereka yang berjuang serta setia tunduk kepadaNya ialah, kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dianugerahkanNya kepada mereka.

Rasulullah s.a.w. yang telah lama mengetahui akan kesusahan hidup Zainab ini, kemudiannya meminangnya dan menjadikannya sebagai isteri. Perlu diketahui bahawa pada ketika Rasulullah s.a.w. memperisterikannya, Zainab binti Khuzaimah berusia 60 tahun. Apakah seorang kaki perempuan mahu melakukan apa yang dilakukan Rasulullah? Mahukah seorang kaki perempuan mendekati (bukan menikahi, kerana kaki perempuan idak suka akan tanggungjawab) seorang wanita miskin yang berusia 60 tahun?

Zainab merupakan seorang yang miskin dan mengasihi orang-orang yang miskin. Dia juga digelarkan sebagai Ummul Masakin sama seperti yang digelarkan kepada Sayyidah Saudah r.a.

Beliau meninggal dua selepas setahun dua bulan beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Hanya Zainab dan Siti Khadijah binti Khuwailid r.a. yang meninggal dunia sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. dalam kehidupannya sentiasa menjadi perhatian ramai pihak termasuk gadis-gadis yang mengimpikan untuk menjadi isterinya. Dengan perwatakan yang baik dan mulia serta cantik rupa paras, Rasulullah s.a.w. sentiasa menjadi perhatian sehingga terkadang timbul rasa cemburu dalam hati Siti A’isyah r.a. sepertimana yang diriwayatkan dalam hadis di bawah :

Dari A’isyah r.a.Isteri Rasulullah s.a.w., dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. pergi dari rumahnya (rumah A’isyah). Kata A’isyah, “Kerana aku cemburu kepada beliau. Setelah beliau kembali, beliau memperhatikan tingkah lakuku lalu beliau bertanya, “Mengapakah engkau hai A’isyah, cemburukah?” jawabku, “Bagaimana wanita seperti aku tidak cemburu terhadap lelaki seperti anda?” Tanya beliau, “Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?” Jawab A’isyah, “Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?” Jawab beliau, “Ya!”. Tanyaku, “ Apakah setiap orang begitu?” Jawab, “Ya!”. Tanya, “Anda sendiri juga?” Jawab, “Ya! Tetapi aku dilindungi Tuhanku sejingga aku selamat.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Tidak kurang wanita-wanita termasuk gadis-gadis yang datang menawarkan diri mereka untuk dikahwini Rasulullah, tetapi baginda menolaknya dengan baik. Ini dibuktikan melalui hadis seperti di bawah:

Dari Sahal Bin Saad As Sa’idi r.a. katanya: “Seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu dia berkata, “Aku datang untuk menyerahkan diriku kepada anda," Kerana itu Rasulullah s.a.w. melihat kepada wanita itu dari atas ke bawah. Kemudian beliau diam sambil menundukkan kepalanya. Tatkala terlihat kepada perempuan itu Rasulullah tidak memberikan tanggapan apa-apa, lalu dia duduk. Maka berdirilah seorang sahabat sambil berkata; “Ya Rasulullah! Jika anda tidak mahukan wanita itu, kahwinkanlah dia denganku. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apakah engkau punyai sesuatu untuk maskahwinnya?” Orang itu menjawab, “Tidak! Demi Allah Ya Rasulullah!” Sabda beliau, “Pergilah kepada keluargamu, lalu cari-cari, mungkin boleh kamu dapatkan sesuatu,” Maka pergilah orang itu, setelah kembali dia berkata, “Demi Allah tiada satu pun yang kuperoleh untuk mas kahwinnya” Maka bersabda pula Rasulullah s.a.w., “Cubalah engkau cari-cari walaupun sebentuk cincin besi,” Lalu pergilah orang itu, dan setelah kembali dia berkata pula, “Tidak ada Ya Rasulullah, tidak ada walaupun sebentuk cincin besi. Yang ada hanya sarungku ini," Kata Sahal, dia tidak ada sarung melainkan sarung yang dipakainya itu. “Kuberikan untuknya (perempuan itu sebagai mas kahwinnya) separuh,”Jawab Rasulullah s.a.w., “Apa yang dapat kamu perbuat dengan sarungmu itu, jika engkau pakai, dia tidak dapat memakainya, dan jika dia yang memakai, engkau tidak punya apa-apa,” Kerananya, maka duduklah lelaki itu. Setelah agak lama dia duduk, lalu dia berdiri. Rasulullah s.a.w. melihat dia pergi, lalu disuruh panggil oleh beliau. Setelah dia datang, baginda bersabda, “Surah apa sajakah yang dapat engkau hafal di antara surah-surah Al Qur’an?” Jawabnya, “Aku menghafal surah ini dan surah itu,” Dia menghitung. Tanya Rasulullah, “Dapatkah engkau hafal di luar kepala?” Jawabnya, “Ya!”, Sabda Rasulullah s.a.w. “Engkau bawakanlah dia! Aku kahwinkan engkau dengan mahar mengajarkannya Al-Qur’an yang engkau hafal kepadanya,”
(Hadis Riwayat Muslim)

Jika Rasulullah s.a.w. seorang kaki perempuan, kenapakah dia menolak permintaan wanita ini untuk berkahwin dengannya? Kenapa pula Rasulullah s.a.w. memilih wanita yang lebih tua dan lepas usia kesuburan mereka untuk dikahwini? Bukankah ini menunjukkan perkahwinan-perkahwinan Rasulullah s.a.w. tergolong dalam 4 hikmah yang dibicarakan awal tadi. Sangatlah jelas bagi yang mengenali sejarah dan perwatakan baginda bahawa bukanlah baginda seorang yang layak digelar sebagai kaki perempuan.

Artikel Tambahan bagi menjawab bahawa Muhammad itu Kaki Perempuan dan Phedophile V

Jika dinilaikan antara peribadi Rasulullah s.a.w. dengan Giovanni Giacomo Casanova, amat jelas di sini bahawa kedua-dua individu terbabit mempunyai perbezaan SEPERTI antara langit dan bumi. Sifat-sifat dan sikap-sikap yang ada pada seorang kaki perempuan ialah sama seperti yang ada pada Giovanni Giacomo Casanova.

Antara sikap-sikap dan sifat-sifat yang ada pada seorang kaki perempuan ialah :

1) Mereka memburu wanita untuk dijadikan alat pemuas nafsu dan kepentingan kebendaan
2) Wanita yang diburu dan menjadi mangsa mereka, kebiasaannya berusia muda dan tidak akan membebankan mereka.

3) Mementingkan diri sendiri.


5) Mereka sering menimbulkan masalah di mana jua mereka berada.

6) Mereka ini tidak bertanggungjawab dalam apa jua hal terutamanya yang melibatkan hubungan dengan wanita.
7) Mereka ini kaki penipu.
8) Hidup mereka dibenci orang sekeliling dan wanita-wanita yang menjadi alat kepada mereka.
Apakah semua sifat-sifat dan sikap-sikap yang tersenarai di atas ada pada diri Rasulullah s.a.w.? Jadi bolehkah disamakan seorang kaki perempuan dengan seorang yang membawa rahmat kepada sekelian alam?

Mereka ini menuduh bahawa Rasulullah s.a.w. seorang kaki perempuan hanya berdasarkan kepada fakta yang tidak lengkap yang mereka perolehi bahawa Rasulullah s.a.w. beristeri ramai. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri hanya mempunyai seorang isteri dari perkahwinan pertamanya sehingga kepada waktu isterinya, iaitu Siti Khadijah meninggal dunia. Dari baginda berumur 25 tahun sehingga baginda berusia 50 tahun, hanya Siti Khadijah r.a. seorang sahaja isterinya.

Sekiranya benar Rasulullah s.a.w. seorang kaki perempuan, tempoh umur demikianlah yang sepatutnya belang kaki perempuan itu ditonjolkan. Tetapi, ianya tidak langsung berlaku dan dilakukan Rasulullah s.a.w. Malah baginda merupakan seorang suami yang amat penyayang, seorang bapa yang bertanggungjawab serta seorang pecinta yang setia.

Selain itu, bukan sekali baginda pernah ditawarkan perempuan-perempuan cantik dari kalangan bangsa Arab, malah pihak musyrikin Mekah juga telah banyak kali menawarkan kepada baginda harta kekayaan yang melimpah ruah serta pangkat dan kedudukan dengan syarat baginda menghentikan kegiatan dakwahnya di Kota Mekah. Tetapi ditolaknya dengan mentah-mentah semua tawaran tersebut. Malah baginda dengan tegas menyatakan bahawa jika pihak musyrikin Mekah dapat membawakan kepada baginda matahari kepada tangan kanannya serta bulan pada tangan kirinya, tugas dakwah yang diamanahkan Allah s.w.t. tidak akan dihentikan olehnya.

Perkara ini disebut dalam sebuah hadis yang diketengahkan oleh Imam Thabrani dan Imam Ibnu Abu Hatim melalui sebuah hadis dari Ibnu Abbas r.a. yang telah menceritakan bahawa orang-orang Quraisy mengajak Rasulullah s.a.w. supaya meninggalkan seruannya dengan imbalan, bahawa mereka akan memberikan kepadanya harta benda yang melimpah ruah, sehingga akan membuatkannya menjadi lelaki yang terkaya di kota Mekah dan mereka akan menikahkannya dengan mana-mana wanita yang disukainya. Untuk itu orang-orang Quraisy mengatakan: “Semuanya itu adalah untukmu, hai Muhammad, asal kamu cegah dirimu dari mencaci maki tuhan-tuhan kami dan jangan pula kamu menyebut-nyebutnya dengan sebutan yang buruk. Jika kamu tidak mahu, maka sembahlah tuhan kami selama beberapa tahun.”

Berikutan dari cadangan orang-orang Quraisy Mekah itu, Allah s.w.t. menurunkan wahyu surah Al Kafiruun seperti di bawah.

Al Kafiruun ayat 1 hingga 6

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan menyembah dengan cara kamu sembah. "Dan kamu pula tidak mahu sembah dengan cara aku sembah. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Surah ini merupakan antara surah yang digunakan pula oleh golongan musyrik dengan tafsiran mengikut hawa nafsu mereka sendiri untuk menghalalkan kes-kes murtad. Padahal mengikut kepada Asbabun Nuzulnya (sebab turun ayat), ayat ini menegaskan kepada kaum kafir bahawa hal ehwal agama Islam jangan langsung dicampuri. Jika Islam mengambil kaedah tidak campur tangan dalam hal ehwal agama mereka, maka, mereka juga seharusnya bersikap demikian. Tetapi ini tidak berlaku, malah dalam negara kita sendiri mereka ini dengan tidak mahu menggunakan akal, cuba masuk campur dalam urusan perundangan Islam. Jadi, ayat dari surah Al Kafiruun ini menjadi amaran kepada mereka dan kaum Muslim sendiri supaya jangan mencampuri urusan agama luar dari agama mereka.

Kaum musyrikin Mekah yang sudah sedia maklum yang baginda sudah beristeri, masih lagi tetap menawarkan kepada baginda wanita-wanita cantik sebagai balasan menghentikan kegiatan dakwah. Ini menunjukkan keadaan di Kota Mekah pada waktu tersebut, amalan kotor, zina dan kahwin tanpa had menjadi antara amalan biasa di sana. Sekiranya benar Rasulullah s.a.w. seorang kaki perempuan, tentulah baginda akan menerima saja tawaran mereka tersebut. Tetapi ini tidak berlaku.

Kaum musyrikin Mekah bukan membenci Rasulullah, tetapi mereka membenci apa yang dibawanya iaitu Islam. Mereka seratus peratus percaya kepada sikapnya yang amanah dan siddiq. Tetapi apabila kebenaran yang dibawanya itu menjejaskan kedudukan mereka sebagai pemuka Mekah, peniaga dan penjaga-penjaga berhala dan perniagaan-perniagaan yang berkaitan dengan penyembahan berhala. Maka seorang yang sebelumnya digelarkan sebagai Al Amien dan As Siddiq langsung didustakan. Ini jelas kepada sikap bapa saudaranya yang menjadi antara penentang kuat dakwah Nabi Muhammad s.a.w.

Bapa saudaranya yang dimaksudkan ialah Abu Jahal yang dilaknat Allah melalui surah Al Lahab berikutan peristiwa dakwah terbuka Nabi di atas bukit Safa. Peristiwa ini dicatatkan melalui hadis dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

Ibnu Abbas r.a. telah menceritakan bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w. telah naik ke Bukit Safa, lalu beliau berseru; “Hai orang-orang berkumpullah di pagi hari ini.” Lalu orang-orang Quraisy berkumpul mengerumuninya. Nabi s.a.w. melanjutkan pembicaraannya; “Bagaimana pendapat kalian, jika aku beritakan kepada kalian bahawasanya musuh datang menyerang kalian di waktu pagi ini, atau menyerang kalian pada waktu petang nanti, apakah kalian akan mempercayaiku?” Mereka menjawab; “Tentu saja kami percaya kepada kamu.” Nabi s.a.w. melanjutkan pembicaraannya; “Sesungguhnya aku adalah seorang pemberi ingatan kepada kalian di atas azab yang keras.” Lalu Abu Lahab menjawab; “Celakalah kamu ini, apakah untuk ini kamu mengumpulkan kami?” lalu Allah s.w.t. menurunkan firmanNya dalam surah Al Lahab dari ayat 1 hingga 5.

Al Lahab 1 - 5

Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta benda dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergelojak. Dan begitu juga isterinya pembawa kayu bakar. Yang dilehernya tali (berpintal) dari sabut.

Diriwayatkan juga bahawa isteri Abu Lahab pernah meleparkan duri pada laluan yang sering digunakan oleh Rasulullah semasa baginda berjalan. Abu Lahab pernah meletakkan perut unta di atas belakang Rasulullah s.a.w. semasa baginda bersujud bersolat berdekataan Kaabah.

Jadi berdasarkan hadis tersebut, sangat jelas bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan seorang personaliti yang sentiasa dikagumi sikap dan sifat positifnya di kalangan kaum Quraisy di Kota Mekah. Tetapi baginda didustakan hanya semata-mata kerana kebenaran yang dibawanya dilihat dan ditafsirkan mereka sebagai ancaman kepada kedudukan dan kekayaan mereka. Kesimpulannya, Rasulullah s.a.w. tidak dibenci kaumnya kerana budi pekertinya tetapi kerana Islam yang dibawanya,

Golongan Orientalis, Evangelist dan pewaham Islam sebenarnya lebih kepada menaburkan fitnah terhadap keperibadian Rasulullah apabila mereka mendakwa bahawa baginda merupakan lelaki yang kuat nafsu berahinya kerana mengamalkan poligami serta bernikah dengan isteri yang ramai.

Tetapi lupakah mereka bahawa dalam tempoh waktu umur baginda dari 25 tahun hingga baginda berusia 50 tahun, baginda hanya memiliki seorang isteri yang disayangi dan dicintai baginda sepanjang hayatnya? Umum sangat mengetahui bahawa bagi mana-mana manusia dalam tempoh umur sedemikian, peringkat tersebut merupakan satu peringkat di mana keupayaan seksual seseorang manusia, tidak kira lelaki dan perempuan, berada dalam tingkat paling tinggi dan kuat. Seharusnya jika mengikut lojik akal yang kurang bijak, di mana mereka menyatakan Rasulullah s.a.w. bernikah ramai kerana menurut kepada nafsu berahi baginda yang kuat, sepatutnya pada ketika tempoh tesebutlah baginda berkahwin ramai. Tetapi perkara ini langsung tidak berlaku. Malah dalam tempoh tersebut, tawaran orang-orang Quraisy Mekah untuk memberikan kepadanya mana-mana wanita cantik untuk dimiliki baginda ditolak baginda mentah-mentah. Jadi dimana lojiknya tuduhan mereka tersebut?

1. Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Saudah Binti Zam’ah




Sayyidah Saudah Binti Zam’ah bin Qais bin Abdi Syams, merupakan balu kepada Sakran bin Amer bin Abdi Syams. Kedua mereka iaitu Saudah dan Sakran merupakan antara sahabat Rasulullah s.a.w. yang terawal memeluk Islam. Golongan mukmin yang awal beriman kepada Allah dan RasulNya ini dikenali sebagai ‘As Sabiqinal Awwalin’. Malah mereka memeluk Islam lebih awal dari Saidina Umar Al Khattab.





Mereka berdua merupakan antara kumpulan 83 lelaki dan 19 wanita sahabat Rasulullah s.a.w. yang berhijrah ke Kerajaan Kristian Habsyah (Ethiopia) bagi mendapatkan perlindungan dari kekejaman kaum musyrikin Mekah. Kebanyakan dari mereka yang berhijrah ke Habsyah ini bermastautin di sana sehingga tahun ke tujuh hijrah iaitu sebelum penaklukan Khaibar.


Saudah dan suaminya pula telah kembali lebih awal ke Mekah di dalam kumpulan 33 orang lelaki dan 8 wanita sebelum daripada waktu Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Tindakan yang mereka ambil ini akhirnya menyebabkan mereka kembali diseksa oleh kaum Musyrikin Mekah. Dalam tempoh penyeksaan inilah, suami yang amat dicintai Saudah iaitu Sakran meninggal dunia.





Apabila Sakran meninggal dunia, tinggallah Saudah sebatang kara mengharungi hidup dalam keadaan ditindas oleh kaumnya dari kalangan Bani Abdi Syams. Bani Abdi Syams ini sangat keras tentangannya terhadap mana individu dari kalangan puak mereka yang menjadi pengikut Rasulullah s.a.w. Penderitaan ini semakin bertambah apabila suaminya meninggal dunia. Dalam keadaannya yang diseksa dan diancam bunuh oleh puaknya sendiri, dia hanya bergantung harap dengan memohon perlindungan semata-mata hanya kepada Allah s.w.t.





Saudah, merupakan seorang yang sangat miskin dalam kehidupannya. Dia digelarkan dengan gelaran ‘ummul masakin’ (ibu kepada orang-orang miskin) kerana kemiskinannya dan kerana sifatnya yang sangat menyayangi dan suka membantu orang-orang miskin sesudah mendirikan rumahtangga dengan Rasulullah s.a.w.





Rasulullah yang menyaksikan serta mengetahui mengenai perkara ini, mengambil jalan mengahwini Saudah r.a. sebagai satu jalan keluar bagi wanita tersebut dari penderitaannya dan sebagai memuliakan sahabat baginda Sakran yang syahid dalam mempertahankan akidahnya sebagai mukmin. Saudah pada ketika tersebut berusia 55 tahun. Dia mengahwini Rasulullah s.a.w. pada ketika usianya lanjut. Pada usia sedemikian, segala bentuk kecantikan dan kesuburan sebagai seorang wanita semakin hari semakin terhakis kecuali keimanan dan budi pekerti yang baik.





Saudah merupakan salah seorang wanita yang agak besar bentuk fizikal badannya. Ini dapat kita ketahui melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim melalui hadis yang disampaikan A’isyah r.a.





Dari A’isyah r.a. katanya : “Aku ingin pula meminta izin kepada Rasulullah s.a.w. seperti halnya Saudah meminta izin kepada beliau, supaya aku bisa solat Subuh di Mina, lalu melontar Jamrah sebelum orang banyak datang. Ditanya orang (kepada) A’isyah, “Pernahkah Saudah meminta izin seperti itu kepada Rasulullah s.a.w.?” Jawab A’isyah; “Ya pernah. Kerana Saudah seorang wanita yang gemuk yang menyebabkan pergerakannya lambat. Lalu dia meminta izin kepada Rasulullah s.a.w., maka diizinkan oleh beliau,"

Hadis Riwayat Muslim





Jadi, apakah seorang yang ‘playboy’ atau kaki perempuan atau kasanova mahu memperisterikan seorang isteri yang berusia 55 tahun, berbadan besar serta lambat pergerakannya dan merupakan seorang wanita yang sangat miskin dan diseksa kaum kerabatnya?





Ciri-ciri yang ada pada Sayyidah Saudah r.a. pasti membuatkan mana-mana playboy cuba menjauhinya kerana seorang playboy atau kasanova merupakan antara manusia dalam dunia yang paling takut akan tanggungjawab dan hanya suka mementingkan diri sendiri. Mereka tidak suka akan tanggungjawab dan sasaran mereka seperti yang saya senaraikan diawal artikel bahagian ini, merupakan wanita-wanita cantik dan kaya raya untuk diambil kesempatan.





Tetapi ini tidak berlaku dengan Rasulullah s.a.w. Baginda mengahwini Sayyidah Saudah r.a. bagi menyelamatkan Saudah dari seksaan dan ancaman bunuh musyrikin Mekah dari Bani Abdi Syams. Oleh kerana Saudah tiada tempat bergantung, perkahwinan ini memberikan perlindungan secukupnya kepada Saudah dan dimuliakan pengorbanan suaminya sebelum ini. Budi pekerti yang ada pada Saudah sangat tinggi begitu jua imannya kepada Allah dan RasulNya.





Hikmah dari perkahwinan ini dapat dilihat apabila Bani Abdi Syams mula melonggarkan tekanan dan penyeksaan mereka ke atas kaum Muslimin. Ini berlaku setelah mereka akhirnya nampak sesuatu yang berbeza yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. yang digelar sebagai Al Amien dan Siddiq oleh mereka sebelum ini. Mereka melihat Rasulullah s.a.w. merupakan antara manusia yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya serta membela nasib manusia yang lemah apabila mereka melihat kepada tindakan baginda memperisterikan Saudah yang sebelum ini ditekan dan diancam bunuh oleh mereka. Hasilnya, ramai dari kalangan Abdi Syams mula berbondong-bondong masuk Islam.





Setiap dari perkahwinan Rasulullah s.a.w. mempunyai hikmah dan tujuan-tujuan tertentu bagi perkembangan agama Islam. Secara ringkas, setiap dari perkahwinan Rasulullah s.a.w. boleh dikategorikan dalam empat bentuk tujuan dan hikmah seperti yang tercatat dibawah:





1) Hikmah dari segi Ta’limiyyah (Pengajaran)





2) Hikmah dari segi Tasyri’iyyah (Pernyataan Hukum-Hukum Agama melalui praktikal)





Hikmah dari segi Ijtima’iyyah (Dari segi pendekatan sosial dan hubungan kemasyarakatan)




Hikmah dari aspek Siyasiyah (Dari segi Politik)



Jika dilihatkan kepada kes perkahwinan Rasulullah s.a.w., jelas ke empat-empat hikamh tersebut terdapat dalam tindakan Rasulullah s.a.w. mengahwini Saudah. Pengajaran yang dapat diambil ialah, seorang yang berkemampuan hendaklah mengutamakan mereka yang berada didalam kesusahan untuk dibantu. Tidak kira kepada umur, latarbelakang serta rupa wajahnya, jika dia dalam kesusahan, haruslah dia dibantu. Pernyataan hukum-hukum agama pula, kita dapat lihat dari perkahwinan ini, seorang wanita yang sudah lepas waktu kesuburannya juga boleh dikahwini.





Pengajaran yang dapat kita perolehi dari segi pendekatan sosial dan hubungan kemasyarakatan serta politik ialah, dengan mendekati serta berbuat baik kepada golongan yang kuat menentang kita, tekanan dan sifat memusuhi kita yang ada pada diri mereka akan semakin terhakis sedikit demi sedikit dan akhirnya mereka akan berbaik pula dengan kita. Apa yang berlaku kepada Bani Abdi Syams ini membuktikan perkara ini benar. Ini juga difirmankan Allah s.w.t. dalam beberapa surah dalam Al Qur’an. Salah satu contohnya adalah seperti di bawah :





Fussilat ayat 34

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.





Sesungguhnya perkataan Allah itu amatlah benar.





2. Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Sayyidah Siti A’isyah Binti Abu Bakar r.a.




Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Ayyidah Siti A’isyah r.a. ini merupakan sesuatau yang menjadi bahan tohmahan utama bagi golongan Orientalis, Evangelist dan pewaham Islam diseluruh dunia hanya kerana mereka tiada pengetahuan serta sangat sembrono samada dengan niat atau pun tidak untuk memberikan gambaran buruk mengenai Islam.


InsyaAllah saya akan menceritakan perihal ini sepenuhnya dalam bahagian akhir nanti.





3. Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Hafsah Binti Umar Bin Khattab r.a.




Hafsah Binti Umar Bin Khattab r.a. merupakan puteri kepada Khalifah Islam yang kedua iaitu Umar Al Khattab r.a. yang juga merupakan antara sahabat paling rapat baginda s.a.w.


Hafsah binti Umar Al Khattab ini sebelum dari perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. merupakan isteri kepada seorang pejuang Islam bernama Khunais Bin Hudzaifah As Sahmiy. Khunais merupakan seorang pejuang Islam yang amat cintakan Rasulullah s.a.w. Beliau antara 313 pejuang Islam yang hanya lapan orang daripada mereka bersenjatakan pedang, beberapa orang berkuda manakala selebihnya hanya bersenjatakan kayu, pelepah kurma, batang besi, perisai besi, batu dan sebagainya yang terlibat dalam perang Badar menentang 1000 orang musyrikin Mekah yang lengkap berkuda dan bersenjata. Iman mereka serta tawakkal dan yakin mereka kepada Allah sangat tinggi dan Allah membalas iman dan keyakinan mereka terhadap Allah dengan bantuan tentera-tenteraNya dari langit berupa malaikat-malaikat yang turut sama berjuang dan akhirnya pasukan yang sepuluh kali ganda kekuatannya dari pasukan mukmin itu kalah dengan teruk. Allah berfirman dalam Al-Qur’an :





*Ali Imraan ayat 14

Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan ugama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).




(*Ralat : Ayat di atas sepatutnya dicatatkan sebagai ayat 13 Surah Ali Imran dan bukan ayat 14. Kesilapan ini ditegur saudara ABJ semalam.. terima kasih atas teguran tersebut dan saya memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan ini. Harapan saya agar semua yang berkunjung ke sini juga rajin membuat homework dengan memeriksa isikandungan blog, tulisan, ceramah, kuliah, kertas kerja dan sebagainya yang dihidangkan dan tidak menelannya bulat-bulat tanpa membuat rujukan. Boleh saja saya memperbetulkannya tanpa memberitahu, tetapi ada baiknya saya tunjukkan contoh bahawa manusia itu tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan kecuali para RasulNya dan Al Qur'an supaya dapat diambil iktibar.. Alhamdulillah saya mempunyai beberapa pengunjung yang bersikap seperti saudara ABJ yang selalu memberi kritikan dan komen membina.. Terima kasih sekali lagi... - ed 3/Januari/2008)






Badar menjadi simbolik kekuatan iman bagi mukmin dimana bantuan Allah diberikan kepada yang berserah diri sepenuhnya kepada Allah. Allah s.w.t. telah berjanji dengan berita dan ditafsirkan juga sebagai perintahNya dalam surah Al Anfaal ayat 65 :





Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.


Ayat ini kemudiannya dimansukhkan dengan ayat berikutnya dari surah yang sama iaitu ayat 66.


Al Anfaal ayat 66

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.


Ayat-ayat yang dipetik di atas merupakan kesinambungan dari ayat dalam surah yang sama bermula dari ayat 56 yang menekankan supaya kaum Mukmin memerangi kaum yang melanggar perjanjian yang telah dipersetujui bersama sebelum dari ini. Pengkhianatan tersebut dilakukan golongan Yahudi dari Bani Quraizah.


Ishaq Ibnu Rahawaih dalam kitab Musnadnya telah mengenengahkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas r.a. berkenaan perihal ayat 65 yang digantikan dengan ayat 66 surah Al Anfaal berikutan satu peristiwa diwaktu awal Islam sedang berkembang. Ibnu Abbas r.a. menceritakan bahawa ketika Allah menentukan atas kaum Mukminin, hendaknya setiap orang di antara mereka menghadapi sepuluh orang musuh. Maka hal ini dirasakan amat berat bagi mereka, maka kemudian Allah s.w.t. memberikan keringanan kepada mereka sehingga seorang Mukmin hanya ditentukan menghadapi dua orang musuhnya saja.


Sepertimana perintah solat yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. pada malam Mikrajnya yang mana perintah awal tersebut mewajibkan Mukmin bersolat 50 waktu sehari semalam. Lalu oleh kerana nasihat dari Nabi Musa a.s. kepada Rasulullah berkenaan keupayaan umat manusia pada zaman Rasulullah s.a.w., Rasulullah s.a.w. turun naik bertemu Allah meminta keringanan dalam penetapan kewajiban tersebut. Sembilan kali Rasulullah s.a.w. bertemu Allah pada malam tersebut bagi memohon keringanan. Pada setiap permintaan itu, lima waktu dikurangkan sehingga ke tahap tinggal lima waktu sembahyang sahaja yang diwajibkan sehari semalam oleh Allah. Nabi Musa a.s. pada akhir penetapan tersebut masih lagi menasihatkan Rasulullah s.a.w. supaya diminta keringanan lagi tetapi Rasulullah s.a.w. telah menyatakan kepadanya bahawa baginda amat malu untuk bertemu Allah setelah semua keringanan ini diberikan.


Kini 1400 tahun setelah peristiwa Isra’ Mikraj tersebut, nyata apa yang dikatakan Nabi Musa a.s. ada benarnya. Lihatlah disekeliling kita, berapa ramai umat Islam yang tidak bersolat. Mereka ini hanya Islam pada nama tidak pada amalan dan penghayatan.


Rahsia Allah memberikan perintah berat pada setiap mulanya hanya untuk menguji keupayaan serta keimanan hamba-hambaNya yang Dia sendiri sudah sedia mengetahui mengenai keupayaan mereka. Bagi yang beriman, tiada masalah dengan perintah seberat itu. Tetapi bagi kebaikan manusia yang biasa keseluruhannya, perkara tersebut mungkin terasa dihati mereka agak berat untuk dituruti.


Dan Allah memberikan kelonggaran kepada yang memohon kepadaNya. Nabi Musa a.s. menasihatkan Rasulullah s.a.w. dalam malam Mikraj tersebut juga merupakan ketentuan Allah kepadanya. Ini kerana Rasulullah merupakan hambaNya yang taat dan patuh dan Allah sangat mengetahui mengenainya. Lalu Allah mengilhamkan kepada Musa a.s. untuk berbicara dengan Rasulullah s.a.w. supaya memujuk baginda kembali kepada Yang Maha Mengetahui dan Maha Pengasih untuk dikurangkan waktu solat yang diwajibkan tersebut. Sama seperti peristiwa dalam ayat Al Anfaal 65 dan 66 di atas. Rayuan dan permintaan hamba-hambaNya sentiasa didengari kerana bukanlah amal ibadat itu diperlukanNya, tetapi sebenarnya diperlukan hamba-hambaNya.


Berbalik kepada cerita Khunais Bin Hudzaifah As Sahmy, suami kepada puteri Umar Al Khattab r.a. Beliau gugur sebagai syuhada dalam perang Badar tersebut. Berikutan peristiwa tersebut, tinggallah Hafsah menjadi balu menanggung keluarganya sendiri. Dalam keadaan celaru dan terkejut kerana kehilangan tempat bergantung, ayahandanya, Umar Al Khattab r.a. tidak menunggu lama membiarkan puterinya terkapai-kapai dalam menempuh kehidupan, lalu Umar pun dengan segera bertemu Saidina Usman Bin Affan r.a. dengan niat menawarkan kepadanya untuk memperisterikan Hafsah. Ini kerana Saidina Umar r.a. tidak mahu hanya menunggu mana-mana pihak datang melamar puterinya. Dia mengambil keputusan berjumpa dengan Saidina Usman yang dikiranya mempunyai ciri-ciri lelaki yang beriman yang bertanggungjawab dan dapat memastikan kebahagiaan puterinya itu.

Saidina Usman r.a. memberikan jawapan bahawa perkara tersebut akan difikirkannya terlebih dahulu. Selepas beberapa hari, Saidina Usman r.a. kembali kepada Saidina Umar dengan baik menyatakan bahawa dia tidak dapat menerima pelawaan tersebut. Lalu, Saidina Umar yang tidak mahu menunggu lama berjumpa pula dengan Saidina Abu Bakar r.a.

Saidina Abu Bakar r.a. tidak memberikan sebarang jawapan terhadap permintaan Saidina Umar r.a. tersebut. Akhirnya, beberapa hari sesudah itu, datanglah lamaran dari Rasulullah s.a.w. untuk mengambil Hafsah sebagai isteri baginda. Umar sangat gembira dengan berita ini. Dia tidak menyangka bahawa hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. akan dieratkan pula melalui hubungan ini iaitu sebagai besan.

Dengan perkahwinan ini, ramai dari suku yang sama dengan Saidina Umar Al Khattab r.a. memeluk Islam kerana berasa seperti dimuliakan melalui hubungan darah dengan Rasulullah s.a.w.

Hafsah pernah ditalak oleh Rasulullah. Mendengar mengenai perkara ini, Saidina Umar r.a. berasa sangat sedih sehinggakan menaburkan pasir-pasir di atas kepalanya sambil berkata, “Allah tidak akan peduli lagi kepada Umar dan anaknya..”

Sehari selepas peristiwa tersebut, Jibril a.s. datang melawat Rasulullah s.a.w. dan berkata; “Sesungguhnya Allah menyuruhmu merujuk Hafsah kerana belas kasihNya ke atas Umar,"

Ada juga riwayat yang menyatakan bahawa Jibril menyatakan : “Rujuklah Hafsah, kerana dia adalah wanita yang banyak berpuasa, banyak bangun malam (bersolat di tengah malam) dan dialah isterimu di dalam syurga,” (Hadis Riwayat Ibnu Sa’ad melalui sanad mursal)

Rasulullah s.a.w. merujuk Hafsah kembali. Umar r.a. kemudiannya menyatakan kepada anaknya itu setelah dia dirujuk Rasulullah s.a.w. : “Hai Hafsah, Demi Allah, aku tahu bahawa Rasulullah tidak cinta kepadamu. Kalau bukan kerana aku, tentulah engkau sudah diceraikan sejak dahulu,"

Artike Tambahan Untuk Menjawab Pertanyaan Muhammad Itu Kaki Perempuan Dan Phedophile IV

Berbeza dengan majoriti pemuda berusia serupa dari zaman Jahiliah sehingga zaman millennia ini, Rasulullah s.a.w. merupakan seorang yang fokus mengenai hala tuju hidupnya. Dia tidak pernah berfoya-foya jauh sekali mempunyai mana-mana teman istimewa.

Akhirnya, setelah semua bersetuju dengan cadangan dari pihak Siti Khadijah r.a., perkahwinan antara Rasulullah s.a.w. diadakan Siti Khadijah r.a. dilangsungkan.

Ketika Rasulullah berusia tiga puluh lima tahun, sewaktu beliau belum diangkat oleh Allah sebagai seorang nabi. Kota Makkah dilanda banjir besar sehingga merosakkan binaan Ka’abah.

Pada awal usaha pembaikan, orang-orang Quraisy merasa agak sangsi dan takut untuk meruntuhkan Ka’abah bagi kerja pembaikan tersebut. Tetapi apabila seorang dari mereka yang bernama Al-Walid bin Al-Mughirah Al-Makhzumy memulakan kerja meruntuhkan binaan Kaabah yang rosak dan setelah mereka melihat tidak ada hal buruk yang terjadi pada Al-Walid, orang-orang Quraisy pun mulai ikut meruntuhkan Ka’abah sampai ke bagian rukun Ibrahim.

Mereka kemudian membagi sudut-sudut Ka’bah dan mengkhususkan setiap kabilah dengan bagian-bagiannya sendiri. Rasulullah sendiri ikut dalam usaha tersebut. Pada ketika pembangunan sudah sampai ke bahagian Hajar Aswad, mula timbul perselisihan antara bangsa Quraisy yang terlibat dalam pembinaan semula Ka’abah tersebut. Mereka mempertikaikan kabilah mana yang sepatutnya mendapatkan kehormatan untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempatnya semula. Perselisihan pendapat ini berlangsung selama beberapa hari bahkan hampir menyebabkan pertumpahan darah.

Abu Umayyah bin Al-Mughirah Al-Makhzumi kemudian memberikan saranan kepada mereka agar menyerahkan keputusan kepada orang yang pertama kali masuk ke pintu masjid pada waktu subuh. Kesemua kabilah terbabit bersetuju dengan cadangan tersebut. Apabila tiba waktu yang dijanjikan, maka dengan takdir Allah s.w.t., Baginda Rasulullah s.a.w. menjadi hamba Allah yang pertama memasuki pintu masjid tersebut. Melihatkan kepada kelibat baginda, semua orang Quraisy dalam kabilah-kabilah bertelagah terbabit berasa gembira dan lapang dada kerana baginda merupakan orang yang menjadi kepercayaan semua di Kota Mekah.

Bagi mengatasi masalah perbalahan mengenai perebutan hak yang sungguh ekslusif meletakkan hajar Aswad di tempatnya, baginda mengambil selembar selendang lalu membentangkannya. Kemudian Hajar Aswad itu diletakkan di tengah-tengan selendang tersebut. Baginda lalu meminta seluruh pemuka kabilah yang berselisih untuk memegang setiap hujung selendang tersebut. Mereka kemudiannya mengangkat Hajar Aswad itu bersama-sama. Setelah mendekati tempatnya, Rasulullah s.a.w. kemudiannya meletakkan Hajar Aswad tersebut ke tempatnya. Kebijaksanaan baginda ini menyelamatkan satu lagi tragedi pertumpahan darah yang menjadi sesuatu yang lumrah dikalangan puak-puak Arab yang berselisih.

Pada ketika hampirnya tiba waktu di mana Muhammad s.a.w. bakal dilantik sebagai Khatamun Nabiyyin, Penutup bagi segala Nabi dan Rasul, mimpi-mimpi baginda disertai oleh berita-berita baik yang akhirnya membawa kepada baginda mengasingkan diri bagi menjauhkan diri baginda dari Kota Mekah yang dipenuhi maksiat. Siti Khadijah r.a., seorang isteri yang amat mengambil berat mengenai perihal suaminya, setia menghantarkan bekal makanan dengan memanjat bukit An Nur bagi memastikan suaminya yang tercinta itu sentiasa dalam keadaan selesa dalam mengasingkan diri.

Kemudian apabila tiba waktu yang dijanjikan, tidak dilewatkan atau dilambatkan walaupun sesaat, Ruhul Quddus yakni Jibril a.s. mendatangi baginda membawa wahyu pertama kepada baginda untuk umat manusia keseluruhannya. Wahyu tersebut terkandung dalam surah Al ‘Alaq. Pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani telah lama mengetahui mengenai sifat-sifat dan cara mengenali Rasul akhir zaman yang bakal dilantik. Ianya terkandung dalam kitab-kitab mereka dan sebahagian dari ayat-ayat tersebut tidak terpadam sehingga kini dan masih wujud dalam Bible yang dibaca majoriti Kristian. Wahyu pertama ini juga mengandungi petanda-petanda yang dicari pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani. InsyaAllah di kesempatan yang lain saya akan menghuraikan perkara ini dalam posting saya berkenaan dengan rahsia surah Al-‘Alaq, kalimah Bismillah dan kaitannya dengan petunjuk-petunjuk yang dinyatakan dalam kitab-kitab wahyu Allah sebelum dari Al-Qur’an.

Baginda yang meluru pulang dalam ketakutan disambut Siti Khadijah dengan wajah yang tenang. Suaminya yang berada dalam keadaan ketakutan itu diselimutinya dan ditenangkan. Melalui cadangannya, maka Rasulullah s.a.w. di bawa olehnya untuk bertemu salah seorang sepupunya yang merupakan pendita Yahudi yang sangat berusia. Waraqah bin Naufal, sepupu Siti Khadijah tersebut, menyatakan bahawa apa yang dialami baginda itu merupakan wahyu dari Allah yang sekaligus membawa maksud bahawa baginda telah diutus menjadi Rasul.

Waraqah bin Naufal, juga menyatakan bahawa dia berjanji akan mempertahankan baginda dengan nyawanya pada ketika Rasulullah diusir oleh musyrikin Mekah nanti. Pernyataan dari mulut Waraqah ini mengejutkan baginda. Lalu baginda pun bertanya apakah baginda akan dihalau dari kampung halamannya yang tercinta? Waraqah memberitahu bahawa memang itulah takdir bagi setiap yang memikul tugasan berat tersebut.

Siti Khadijah menjadi isterinya yang amat disayangi serta dikasihi baginda. Cinta baginda terhadap Siti Khadijah tidak pernah luput biarpun selepas lama Siti Khadijah r.a. meninggal dunia. Ini dibuktikan melalui beberapa peristiwa yang dicatatkan dalam hadis baginda. Rasulullah tidak pernah lekang dari mulutnya memuji Siti Khadijah r.a. biarpun selepas Siti Khadijah meninggal dunia dan baginda mendirikan rumahtanggannya dengan isteri-isteri baginda yang lain.

Rasulullah s.a.w. hanya beristerikan Siti Khadijah seorang sehinggalah Siti Khadijah meninggal dunia. Baginda setia kepadanya dan hidup susah senang dengannya sehingga ke akhir hayatnya. Cinta Rasulullah s.a.w. kepada Siti Khadijah adakalanya menimbulkan rasa cemburu dalam hati isterinya, Siti A’isyah r.a., yang dinikahi selepasa beberapa tahun dari kematian Siti Khadijah r.a.

Siti A’isyah yang masih muda remaja menyatakan serta mengakui bahawa dia amat mencemburui rasa cinta Rasulullah terhadap Siti Khadijah biarpun dia tidak pernah bersemuka dengan Siti Khadijah r.a. Peristiwa ini ada dicatatkan dalam hadis.

Berkata A’isyah r.a.: “Tidak pernah aku cemburu kepada seseorangpun isteri-isteri Rasulullah s.a.w. seperti cemburuku kepada Siti Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah sering menyebutnya.Seringkali Rasulullah menyembelih kibasy kemudian dipotongnya anggota-anggota kibasy tersebut lalu dikirimkannya kepada bekas teman-teman Sayyidah Khadijah. Aku berkata kepada Rasulullah : “Seakan-akan tidak ada wanita lain dalam dunia ini, selain Khadijah sahaja.” Spontan beliau menjawab; :”Sungguhnya Khadijah itu adalah begini dan begini (terhadapku, yakni Rasulullah dan agama Islam) dan juga daripadanya pula aku mendapat anak.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Rasa rindu baginda terhadap isterinya yang lama telah meninggal dunia dapat dilihat dalam satu peristiwa di mana Halah Binti Khuwailid, iaitu saudara Siti Khadijah datang berkunjung kepada Rasulullah s.a.w., lantas baginda kenal cara meminta izinnya untuk memasuki rumah yang sama seperti cara serta suara Siti Khadijah r.a. Baginda terharu kerana teringat baginda kepada Siti Khadijah sambil berucap, : “Wahai Tuhanku, aduh Halah Binti Khuwailid.” Lalu A’isyah dengan spontan berkata : “Apa yang tuan kenang dari seorang wanita dari golongan yang merah bibir, yang sudah ditelan masa, padahal Allahtelah menggantikannya dengan yang lebih baik daripadanya.”

Mendengar ucapan A’isyah itu, timbul marah Rasulullah seraya dia berkata: “Tidak A’isyah, Allah belum menggantikan isteriku itu dengan wanita yang lebih baik, kerana dia telah percaya kepadaku tatkala orang lain masih lagi dalam bimbang keingkaran, dia telah membenarkan aku, tatkala orang lain mendustakan aku, dia telah mengorbankan harta bendanya, tatkala orang lain menahan kemurahan mereka terhadapku dan dia telah melahirkan beberapa anak untukku tatkala orang lain mengharamkan anaknya kepadaku.”

Rasulullah pada ketika awal baginda menyampaikan dakwah, baginda telah dilayan dengan bermacam bentuk penghinaan dan perbuatan-perbuatan kejam dari masyarakat yang menolak apa yang cuba disampaikan baginda. Pada ketika itulah satu-satunya suara yang memberikan sokongan dan semangat kepada baginda datang dari isterinya Siti Khadijah.

Pada setiap ketika Rasulullah dicerca, dipukul, dihinakan, dihalau dan seriba macam lagi tentangan kejam yang dikenakan kepada baginda oleh masyrakat, Siti Khadijah dengan setia membantunya dengan merawat baginda dan memberikan sokongan moral biarpun sehingga mereka dipulaukan. Tetap dia tidak berganjak walaupun seinci dari sokongannya terhadap baginda. Siti Khadijah r.a. berdiri teguh dibelakang suaminya itu sehingga ke akhir hayatnya setelah kaum muslimin dikepung dan dipulaukan oleh musyrikin Mekah kerana dakwah yang disampaikan Rasulullah. Tidak pernah sekali pun dia menyesal dan menasihatkan Rasulullah berhenti dari melakukan tanggungjawabnya melainkan menyatakan sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada Islam dan apa yang di bawa suaminya.

Dari seorang yang kaya raya, Sayyidah Siti Khadijah meninggal dunia dalam keadaan sangat miskin kerana hartanya habis diberikan bagi membantu golongan mukmin yang menghadapi kesukaran sewaktu peristiwa dipulaukan tersebut dan membantu perjuangan suaminya. Kematian Siti Khadijah r.a. digambarkan Rasulullah s.a.w. tahun tersebut sebagai tahun kesedihan yang mana membuatkan Rasulullah s.a.w. berkelana ke Taif bagi mengubat hatinya serta mendapatkan sokongan baru bagi kaum Mukmin. Penduduk Taif juga menyambut baginda dengan hinaan, cercaan serta balingan batu yang mendatangkan kecederaan kepada baginda.

Betapa besar pengorbanan seorang isteri yang bernama Siti Khadijah ini kepada tanggungjawab yang harus dilaksanakan suaminya yang tercinta tanpa pernah dia bersungut dan mengeluh. Betapa besarnya pengorbanannya sehingga kita di nusantara ini akhirnya mendapat hidayah dapat menghirup udara pemberian Allah ini sebagai umat manusia yang beriman kepadaNya.

Sedih rasanya apabila ada diantara kita apabila diberikan Allah pinjaman berupa kesenangan dan kemasyhuran sementara di dunia ini, sanggup menghinakan wanita yang amat disayangi Rasulullah s.a.w. dengan dengan cercaan yang amat mengguriskan perasaan umat Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga ada terasa hati bila A’isyah r.a. merasa cemburu dengan Siti Khadijah sepertimana yang diceritakan dalam hadis di atas.

Artikel Tambahan Bagi Menjawab Muhammad itu Kaki Perempuan II

Dalam bahagian dua ini selepas mukadimah yang dimuatkan sebelum ini, saya ingin membawa semua pengunjung untuk kembali mengenali siapa itu Muhammad Bin Abdullah. Saya tahu ramai yang mengenali siapa dirinya, sikap-sikapnya, perbuatan-perbuatannya, susuk fiziknya dan sumbangannya yang tidak terkira banyaknya kepada dunia. Allah s.w.t., Tuhan sekelian alam sendiri menggelarkannya dengan gelaran Rahmatan Lil ‘Alamiin. Ianya boleh dibaca dalam surah berikut:

Al Anbiyaa’ 107
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Berikutan banyak tohmahan yang berlegar-legar dalam jaringan maya ini, dapat saya perhatikan bahawa kebanyakan dari pencanang-pencanang tohmahan ini hanyalah mengulangi cakap-cakap dengar yang mereka sendiri tiada pengetahuan mendalam mengenainya. Yang menjuarainya tentulah golongan evangelist. Bersepah di merata-rata artikel-artikel serta video-video tohmahan mereka di seluruh jaringan maya ini. Kebanyakannya dengan kesat melemparkan kata-kata nista yang menyerang peribadi kekasih orang-orang mukmin ini.

Pepatah Inggeris ada pernah menyatakan ‘Don’t Judge A Book By Its Cover’ yang secara umumnya membawa maksud, jangan menilaikan sesuatu itu hanya dengan melihat kepada luaran sahaja. Secara khususnya pepatah itu membawa maksud jangan menyatakan sesuatu yang anda tiada pengetahuan mengenainya.

Tetapi apa yang berlaku, tidak sebagaimana kena dengan isi pepatah tersebut, mereka ini, yakni golongan evangelist dan penentang Islam dengan sembrononya - tanpa mengkaji lebih dalam dan terus menghentam tanpa ilmu pengetahuan hanya berdasarkan kepada kulit perasaan hasad dengki yang didalangi oleh syaitan yang direjam. Rasulullah s.a.w. mempunyai sifat luar dan dalamnya yang mencerminkan kemuliaan tertinggi yang sukar dicapai mana-mana insan lain. Pendek kata kulitnya baik, isi dalamannya juga tentulah baok/

Michael H. Hart dalam bukunya yang bertajuk The 100 : A Ranking Of The Most Influential Persons Of History (© Hart Publishing Co. Inc, New York cetakan 2005, diterbitkan di Malaysia oleh Golden Books Centre Sdn. Bhd. www.goldenbookscentre.com) menyatakan:

Muhammad, however, was responsible for both the theology of Islam and its main ethical and moral principles. In addition, he played the key role in proselytizing the new faith, and in establishing the religious practices of Islam. (terjemahannya : Muhammad, walaubagaimanapun, merupakan orang yang bertanggungjawab (dalam memperkenalkan) prinsip ketuhanan dan prinsip moral serta etika utama dalam Islam. Sebagai tambahan, dia memainkan peranan utama dalam penyebaran agama baru dan dalam mengukuhkan amalan-amalan praktikal dalam Islam.)

Sekiranya Rasulullah s.a.w. diletakkan oleh Michael H. Heart pada kedudukan nombor 1 dalam seratus tokoh yang diulas pencapaian mereka dalam sejarah di dalam bukunya, dan dia juga menegaskan dalam petikan di atas bahawa Rasulullah s.a.w. merupakan orang yang bertanggungjawab menegakkan prinsip-prinsip moral dan etika dalam Islam kepada masyarakat pagan (musyrikin) Arab yang terkenal dengan kehancuran moral pada ketika itu, maka bolehkah dia (Rasulullah) digelar sebagai kaki perempuan? Agak ironi bunyinya bukan? Tetapi inilah realitinya keadaan di luar sana, apabila ada golongan 'monyet' yang melemparkan pisang busuk kepada umat Islam.

Sebelum meneruskan perbincangan mengenai topik ini, amatlah perlu bagi kita mengenali apa itu yang dimaksudkan dengan ‘kaki perempuan’. Jika ingin memasuki zon Islam untuk mempertikaikan atau menuduh atau menyatakan sesuatu, penggunaan akal fikiran perlu diutamakan. Insyallah, selepas ini, saya mengharapkan tiada lagi manusia yang melemparkan tomahan terhadap junjungan nabi kita, hendaknya. Dalam Islam tiada zon sembrono dan membuta tuli. Dalam Islam juga tiada ruang argumentasi dan toleransi bagi bukti-bukti palsu. Yang ada hanyalah kebenaran yang dinyatakan bahawa benar setelah menilaikannya menggunakan akal fikiran dan juga setelah merujuk kepada Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi sebagai permulaan, kita seharusnya mula menggunakan akal untuk memahami apa itu yang dimaksudkan dengan perkataan ‘Kaki Perempuan’. ‘Kaki Perempuan’ yang dibincangkan di sini bukanlah terminology yang membawa maksud kaki bagi seorang perempuan. Tetapi ‘kaki perempuan’ yang dibincangkan di sini ialah satu terminology yang digunakan untuk menggambarkan sifat dan tabiat semulajadi seorang lelaki hidung belang yang pengisian hidupnya diisi dengan perbuatan mempermain-mainkan perasaan wanita, menggunakan mereka sebagai objek pemuas nafsu dan akhirnya mereka-mereka ini ditinggalkan sehabis madu mereka diteguk.

Lelaki yang dinamakan sebagai ‘kaki perempuan’ ini juga memburu wanita untuk ditundukkan bagi memenuhi keperluan material dan nafsu syahwat mereka. Terdapat satu perkataan yang digunakan secara meluas hampir di seluruh dunia samada secara rasmi atau pun tidak rasmi. Perkataan itu membawakan erti yang sama dengan ‘kaki perempuan’. Perkataan itu ialah KASANOVA atau CASANOVA dalam Bahasa Inggerisnya. Menurut kamus Oxford, erti tepat bagi memberikan maksud kepada perkataan ini adalah seperti yang tertera di bawah:

Casanova
• noun a man notorious for seducing women.

(terjemahannya : Kata Nama lelaki yang terkenal jahatnya dalam menggoda wanita)

Perkataan Casanova ini diambil sempena nama seorang pengembara Itali bernama Giovanni Giacomo Casanova (1725-1798).

Oleh kerana Rasulullah s.a.w. telah ditohmah dengan meluas dalam jaringan maya sebagai seorang ‘kaki perempuan’ atau ‘casanova’, maka disinilah bermulanya langkah pertama bagi saya untuk membuktikan apa yang dinyatakan itu tidak lebih hanya kepada menggambarkan kebodohan minda bagi mereka yang mencanangkannya dan juga yang terus mempercayainya.

Jika seseorang menggelarkan anda sebagai Einstein di dalam kelas, maka seharusnya andalah yang paling bijak dalam kelas anda tersebut dan pemikiran anda mendahului rakan-rakan anda. Sama seperti kualiti yang ada pada Einstein yang pemikirannya mendahului pemikiran saintis-saintis semasa dengannya. Apabila anda digelarkan sebagai kasanova pula, kualiti dan cara hidup yang ada pada Giovanni Giacomo Casanova juga seharusnya ada kepada anda sehingga melayakkan anda untuk digelarkan sedemikian rupa. Tetapi, personaliti 'kaki perempuan Muhammad' itu memang langsung tiada kelihatan pada Rasullulah. Selama kita belajar sejarah, adakah pernah kita mendengar bahawa hidup Rasullulah itu sering bergelumang dengan wanita? Bahkan dialah yang menentang sekeras-kerasnya amalan 'kaki perempuan' masyarakat Arab Jahiliyah itu. Jadi, masakan boleh beliau di gelar 'Muhammad Si Kaki Perempuan!'.

Untuk membuktikannya - Oleh kerana pihak penentang Islam yang kematian akal dan korup modal gemar menggelarkan Rasulullah s.a.w. sebagai Casanova, maka kita selidiki apakah benar cara hidup Rasulullah s.a.w. sama seperti orang tidak bermoral yang disamakan dengannya.

Dengan ini, saya mengambil usaha mencari biografi hidup Giovanni Giacomo Casanova untuk dibuat perbandingan. Di bawah ini nanti, saya serba sedikit akan menceritakan kepada anda siapa itu Giovanni Giacomo Casanova dan cara hidupnya. Selepas dari itu, saya akan menceritakan pula mengenai riwayat hidup Rasulullah s.a.w. untuk dibuat perbandingan. Pembaca dan pengunjung yang bijak dan mahu menggunakan akal pastinya mereka akan dapat membuat satu keputusan samada tohmahan ‘casanova’ ke atas Rasulullah s.a.w. itu mengandungi kebenaran atau pun hanya tohmahan yang dilemparkan oleh golongan yang bebal akal fikirannya.

Giovanni Giacomo Casanova dilahirkan di Venice pada 1725. Beliau merupakan anak kepada seorang aktres bernama Zanetta Farussi, isteri kepada pelakon bernama Gaetano Giuseppe Casanova yang merupakan sepupu kepada Wolfgang Amadeus Mozart.

Di dalam biografinya, dia menyatakan bahawa dia kehilangan terunanya pada usia 16 tahun kepada dua orang gadis adik beradik yang menurutnya, mereka menyerahkan diri mereka kepadanya. Pada usia tersebut juga, dia menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang perundangan dari Universiti Padua. Dia juga mengambil kursus dalam falsafah moral, bidang kimia dan matematik di universiti yang sama. (ed- agak menarik apabila mengetahui bahawa beliau juga mengambil kursus dalam falsafah moral tetapi tidak pernah mempraktikkannya. Ironinya pula sepertimana yang dinayatakan Michael H. Hart dalam petikan di atas tadi, Rasulullah, seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis, merupakan orang yang bertanggungjawab menegakkan sistem moral dan etika dalam masyarakat yang sangat tidak bermoral pada waktu tersebut.)

Pada 1740 Casanova kembali ke Venice di mana dia memulakan kerjayanya sebagai pendakwah bagi hal yang berkaitan undang-undang di gereja. Tetapi dia tidak menghabiskan banyak masa dengan kerjayanya di gereja oleh kerana sifat semulajadinya yang agak liar dan lebih banyak terdorong dengan aktiviti-aktiviti seksual. Kerjayanya di gereja juga banyak terpalit dengan skandal-skandal akibat tabiat buruknya tersebut. Selepas meninggalkan gereja, dia memasuki perkhidmatan tentera sebagai pegawai rendah tentera bagi Republik Venice. Dia dihantarkan ke Constantinople (Istanbul sekarang) untuk berkhidmat. Oleh kerana dia merasakan bosan dan menganggap kariernya dalam bidang ketenteraan tidak menjamin masa depannya, maka sekali lagi dia menukar karier.

Kembali ke Venice, dia menjadi seorang pemain biola dalam Teater San Samuele. Pada usia 21 tahun, dia telah menyelamatkan nyawa seorang bangsawan Venice dari keluarga Bragadin, yang mana mereka inilah yang menjadi tempatnya bergantung dan seterusnya mereka inilah yang menjadikannya sebagai salah seorang lelaki yang kaya raya. Casanova sekali lagi meninggalkan Venice pada 1748, kali ini juga disebabkan oleh satu lagi skandal di mana dia dituduh memperkosa seorang gadis. Bagaimanapun pertuduhan ke atanya ini ditarikbalik dan dibersihkan namanya.

Dia kemudian menghabiskan masa dengan berhijrah ke beberapa tempat seperti Paris, Dresden, Prague dan Vienna. Akhirnya pada 1753 dia kembali ke Venice. Dalam tahun 1755, pada usia beliau 30 tahun, dia ditahan dan dituduh sebagai mengamalkan ilmu hitam oleh Inquisitori di Stato Venice dan dia dipenjarakan di I piombi, sebuah penjara terkenal di sana. Dia dipenjarakan selama 5 tahun tanpa diberikan apa jua bentuk perbicaraan atau pun dijatuhkan sebarang hukuman yang ditetapkan. Dalam memoirnya, dia menyatakan bahawa dia mengetahui apa kesalahan yang dilakukannya tetapi dia tidak menyatakan bentuk kesalahan yang dilakukan untuk dicatatkan dalam memoirnya.

Bagaimanapun pada 1756 dia berjaya meloloskan diri dari penjara tersebut dan melarikan diri ke Paris. Sebelum darinya belum ada seorang pun banduan yang ditahan berjaya melepaskan diri dari penjara yang dikatakan paling ketat kawalannya.

Di Paris, dia menjadi seorang pemegang amanah bagi Loteri Kebangsaan yang pertama. Kedudukannya ini menjadikannya dapat mengumpul kekayaan yang amat besar. Bagaimanapun sebahagian dari kekayaan yang terkumpul hilang akibat banyak kegiatan tidak bermoralnya dengan wanita-wanita yang menjadi pekerjanya. Akibat dari itu, dia menanggung hutang piutang yang banyak lalu dipenjarakan selama 4 hari atas sebab ini.

Dia sekali lagi cuba ditahan pihak berkuasa akibat masalah hutangya di beberapa tempat lain, tetapi berjaya meloloskan dirinya ke Switzerland di mana perancangannya pada mulanya dia ke sana, dia berhasrat untuk menjadi seorang paderi Katolik. Bagaimanapun niat itu ditukar dan dia kemudiannya mengunjungi Albrecht von Haller dan Voltaire. Bermula 1760, dia mula mengelarkan dirinya dengan gelaran Chevalier de Seingalt (Chevalier merupakan gelaran bagi pangkat seperti panglima) dan terkadangnya dia menggunakan gelaran Count de Farussi (Farussi merupakan nama asal ibunya) dengan niat mengelabui mata orang ramai dan mencari kedudukan dalam masyarakat. Bagaimanapun akhirnya, Pope Clement XIII akhirnya pada satu ketika menganugerahkannya dengan anugerah pingat Éperon d'Òr. Akhirnya Casanova memperolehi gelaran Chevaliar yang diidam-idamkannya secara sah menerusi pemberian angurah dari Pope tersebut.

Casanova bersara pada 1785 dan seterusnya dia berkhidmat sebagai pustakawan kepada Count Joseph Karl von Waldstein, seorang chamberlain (pengurus kediaman diraja) bagi Maharaja di Istana Dux, Bohemia (kini dikenali sebagai Istana Duchov, Republik Czech). Disinilah tempatnya di mana dia memulakan usahanya menulis autobiografinya. Kehidupan diakhir-akhir penghujung usianya sangat membosankan, menyakitkan dan mengecewakan dirinya. Semua yang bekerja di Istana Dux tersebut membenci sikap dan perangainya dan dia bukanlah merupakan seorang yang dihormati di sana malah dibenci. Pada 1798 akhirnya dia menghembuskan nafas yang terakhir di tempat di mana ramai manusia disekelilingnya membenci dirinya.

Itu serba sedikit yang mampu dicatatkan mengenai Giovanni Giacomo Casanova. Jika anda ingin mengetahui kisahnya yang lebih mendalam, google saja namanya dan bacalah untuk menambah fakta yang tidak terhidang dan sengaja tidak dihidangkan di sini kerana rasanya agak tidak sesuai dengan imej umum blog ini.

Sebagai perbandingan, saya ceritakan serba sedikit pula mengenai sejarah hidup Rasulullah s.a.w. untuk dibuat perbandingan. Bagi yang sudah biasa dan arif benar dengan kisah Rasulullah, anggaplah ini sebagai mengimbas kembali apa yang biasa didengar dan dipelajari. Bgai yang masih mentah di dalam sejarah hidup manusia agung ini, anggaplah ini sebagai tutor untuk anda agar tidak lagi terpesong. Perlu bagi saya menceritakan sedikit sebanyak perihal baginda bagi yang kurang biasa dengannya bagi mengenali budi pekerti baginda yang sebenarnya dan diakhirnya dapat dibuat perbandingan dengan orang yang disinonimkan dengan perkataan ‘kaki perempuan’ untuk dinilaikan smaada tuduhan tersebut benar ataupun tidak.

Muhammad Bin Abdullah merupakan putera tunggal bagi pasangan Abdullah dan Siti Aminah. Ayahanda baginda meninggal dunia dalam satu perjalanan mengikuti kafilah perniagaan ke Syam semasa baginda masih dalam kandungan lagi. Baginda dilahirkan dalam kabilah Bani Hasyim yang merupakan antara keluarga yang paling dihormati di Mekah. Datuknya Abdul Mutallib merupakan penjaga kota suci Mekah.

Semasa kanak-kanak, baginda diserahkan kepada sebuah keluarga miskin untuk disusukan oleh ibu susuannya iaitu Halimatus Sa’adiah. Pada usia 6 tahun, ibunya, Siti Aminah pula meninggal dunia dan meninggalkannya sebagai yatim piatu dan dipelihara pula oleh datuknya Abdul Mutallib.

Baginda kemudiannya diserahkan kepada bapa saudaranya Abu Talib untuk dipelihara. Menerusi cadangan Abu Talib, baginda mula berniaga atas amanah membawa dagangan milik seorang wanita Quraisy yang kaya raya. Wanita tersebut ialah Sayyidah Siti Khadijah Binti Khuwailid r.a., beliau bersetuju membenarkan baginda Rasulullah s.a.w. membawa dagangan miliknya untuk di niagakan di Syam atas kepercayaan beliau kepada baginda yang sudah sedia terkenal diseluruh Kota Mekah sebagai As Siddiq (Yang Benar) dan Al Amin (Yang Amanah).

Gelaran ini diberikan oleh penduduk kota Mekah yang rata-ratanya senang dengan keperibadian Rasulullah s.a.w. Tiada yang jelek dimata mereka mengenai keperibadian Rasulullah. Baginda tidak pernah terlibat dengan apa jua bentuk aktiviti maksiat yang sangat berleluasa di Kota Mekah pada ketika tersebut.

Walaubagaimanapun, Sayyidah Siti Khadijah menugaskan seorang wanita yang menjadi orang kepercayaannya yang bernama Maisarah untuk memerhatikan gerak geri Muhammad sepanjang aktiviti perdagangan itu berlangsung. Sehabis pulang dengan keuntungan lebih dari biasa, Muhammad s.a.w. kembali kepada tuan punya barang dagangan yang diamanahkannya untuk didagangkan. Siti Khadijah yang teramat suka dengan hasil untung perniagaan yang lumayan, berkat dagangan yang diuruskan Muhammad s.a.w. mendapat satu lagi berita gembira yang disampaikan kepadanya oleh Maisarah sebaik baginda s.a.w. pulang.

Maisarah menyampaikan kepada Siti Khadijah bahawa Muhammad itu merupakan sejujur-jujur pemuda yang memegang amanah. Tutur kata, budi bicara dan hemah baginda dalam mengendalikan amanah Siti Khadijah itu disampaikan oleh Maisarah. Maisarah juga menyatakan kepada Siti Khadijah bahawa dia belum pernah melihat dan mengenali mana-mana pemuda yang tulus serta halus budi pekerti sebelum ini. Pemuda-pemuda Kota Mekah pada ketika tersebut tidak jauh bezanya dengan sikap dan sifat majoriti pemuda di zaman sekarang. Jadi benarlah apa yang sering diperkatakan oleh penduduk Mekah. Memang baginda s.a.w. seorang yang teramat amanah. Hati mana yang tidak tertarik dengan budi pekerti mulia. Hati mana yang tidak tertarik dengan wajah seindah purnama.

Atas sifat kejujuran dan amanah yang dinilaikan Sayyidah Siti Khadijah dan dibenarkan pula oleh yang memerhatikannya dengan lebih dekat, Maisarah. Maka tercetus rasa terpikat dalam hati Siti Khadijah kepada pemuda bernama Muhammad ini. Siti Khadijah pada ketika itu berusia 40 tahun dan merupakan seorang janda yang pernah berkahwin sebanyak dua kali. Suaminya yang pertama merupakan lelaki Quraisy yang diriwayatkan bernama Athieq bin Abid. Athieq meninggal dunia tidak berapa lama setelah mendirikan rumahtangga dengan Siti Khadijah r.a. Sesudah itu, Siti Khadijah r.a. dipinang pula oleh seorang lelaki Quraisy bernama Nabassyi Bin Malik dari Bani Usaid Bin Amr Bin Tamim. Sudah ditakdirkan Allah jodohnya dengan Nabassy juga tidak lama, Nabassy juga meninggal dunia semasa masih menjadi suami Siti Khadijah r.a. Kesabarannya diuji dengan ujian kematian suami-suaminya sebelum ini akhirnya diganti Allah dengan nikmat yang lebih baik.

Muhammad s.a.w. pada ketika itu berusia 25 tahun. Seorang pemuda yatim piatu dari keluarga miskin tetapi amat dihormati masyarakat oleh kerana keturunannya serta luhur budi pekertinya. Baginda yang berniaga bagi membantu keluarga bapa saudaranya, kemudiannya dirisik oleh seorang lagi pelayan Siti Khadijah r.a. yang bernama Nafisah bagi membantu hajat tuannya meminang Muhammad s.a.w. Apabila ditanyakan Nafisah kepada baginda apakah baginda tiada keinginan untuk berumahtangga? Lalu baginda memberikan jawapan bahawa dia hanyalah merupakan seorang pemuda yang masih belum tetap mata pencarian dan tiada kemampuan baginya untuk mencukupkan keperluan nafkah rumahtangganya apabila didirikan kelak. Nafisah kemudiannya bertanya lagi apakah baginda mahu berkahwin sekiranya yang ingin bersuamikannya merupakan seorang wanita yang kaya raya dan tidak kisah dengan kedudukannya yang miskin. Baginda kemudian bertanyakan apakah ada wanita berhati mulia sedemikian yang mahukannya sebagai suami. Nafisah menyatakan bahawa ada dan dia menyatakan bahawa Siti Khadijah r.a. yang menghantarnya untuk bertanyakan hal ini. Rasulullah yang gembira dengan kenyataan yang keluar dari mulut Nafisah kemudiannya menyatakan bahawa, dia tidak dapat memberikan keputusan sebelum menimbangkannya serta berbincang dengan bapa saudaranya terlebih dahulu.

Artikel tambahan mengenai Muhammad itu Phedophile dan kaki perempuan? I

Memperbetulkan Serta Menjawab Pertuduhan Yang Menyatakan Rasulullah s.a.w. seorang Kaki Perempuan dan Paedophile.

Terkadang ada juga ketikanya fikiran agak buntu dengan langkah dan kemajuan seterusnya yang harus dilangkahi. Segalanya bergantung kepadaNya jua. Jika Dia memutuskan sesuatu itu, tiada apa atau siapa yang dapat menghalangNya. Semoga kita semua sentiasa mendapat ruang Keredhaan daripadaNya dalam melakukan setiap suatu. Pada kali ini, jika diizinkan Allah, saya akan cuba mengupas dengan mendalam mengenai perihal pertuduhan yang sentiasa dicanangkan golongan pewaham Islam terutamanya laman-laman Evangelist yang kehabisan modal dalam melemparkan fitnah ke atas satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t.
Golongan ini sebenarnya telah lama mati akal untuk menyatakan bahawa Al-Qur’an itu bukan wahyu dari Allah, kerana pada setiap kali diperdebatkan serta dibahaskan tentang ayat-ayat Al-Qur’an, maka kitab-kitab mereka yang ditangan pula yang kelihatan terlalu banyak cacatnya. Sebaliknya pula yang berlaku dengan ayat-ayat Al-Qur’an, semakin banyak didebat dan dibahaskan, semakin kelihatan benar ianya wahyu-wahyu yang diutuskan Allah. Maka untuk menyerang menggunakan kaedah dan modal sama yang semakin memakan diri, mereka kini beralih arah dengan menyerang peribadi utusan Allah yang menyampaikan wahyu-wahyu tersebut.

Kerana bagi mereka disitulah tertampak kelemahan-kelemahan yang dapat dimanipulasikan untuk memesongkan mereka-mereka yang tiada pengetahuan serta kurang mengenali peribadi baginda Rasulullah s.a.w. Sebenarnya kaedah yang digunapakai ini juga amatlah mudah untuk dipatahkan tetapi memerlukan kaedah penjelasan yang tepat dan bernas yang membuka minda serta bukti-bukti yang boleh dijadikan contoh.

Ulasan bagi menjawab pertuduhan ini juga didorong oleh persoalan yang dicadangkan oleh YangMelihat dalam 'kotak lolongan' pada beberapa hari yang lepas .InsyaAllah dalam posting kali ini, saya akan cuba memberikan penjelasan tentang pertuduhan-pertuduhan ke atas peribadi Rasulullah s.a.w. seperti yang tersebut dalam tajuk utama posting ini. Saya akan membahagikan posting tentang perkara ini kepada beberapa bahagian mengikut kesempatan dan bahan-bahan yang dimuatkan serta menurut keizinan Allah s.w.t. Antara bahagian-bahagian yang akan dimuat dalam membuat penjelasan ini ialah:

Mengenali Peribadi Rasulullah s.a.w. menurut kaca mata para sahabat dan musuh-musuh baginda.
Mengenali apa itu yang dimaksudkan dengan poligami serta membuat perbandingan dengan cara pelaksanaan poligami dalam Islam dibandingkan dengan tradisi Judeo-Kristian dan beberapa agama lain.

Perkahwinan-perkahwinan Rasulullah s.a.w., mengenali para Ummul Mukminin (Isteri-isteri baginda) dan sebab-sebab yang mendorong kepada perkahwinan-perkahwinan tersebut dilangsungkan.

Menjawab pertuduhan Rasulullah s.a.w. sebagai kaki perempuan.

Memberikan penjelasan kepada pengertian ‘paedophile’, sejarah Judeo-Kristian, Hindu, sejarah dunia dan pembentangan fakta-fakta serta statistik mengenai perkara sama yang berlaku dalam dunia kini.

Rasional, hikmah dan kebenaran disebalik perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Saidatina A’isyah r.a.

Tajuk-tajuk di atas merupakan apa yang akan saya kupas dalam posting yang akan dibahagikan kepada beberapa bahagian. InsyaAllah saya akan muatkan dalam tempoh terdekat satu per satu bermula dari minggu ini.

*Kesemua artikel yang berkaitan DENGAN TAJUK DIATAS dipetik dan diubahsuai dari www.satuhala.blogspot.com

Ranking Terbaru Badminton (Beregu Lelaki)

Beregu Lelaki

1. Markis Kido-Hendra Setiawan - 83502
2. Jung Jae Sung-Lee Yong Dae - 70806
3. Cai Yun-Fu Haifeng - 69566
4. Chong Tan Fook-Lee Wan Wah - 60709
5. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong- 59631
6. Paaske Lars-Rasmussen Jonas - 57165
7. Tony Gunawan-Chandra Wijaya - 56300
8. Chandra Alvent Yulianto-Luluk- 56060
Hadiyanto.
9. Xie Zhongbo-Guo Chendeong - 53365
10. Muhammad Zakry Abdul Latif-Muhammad Fairuzizuan Tazari - 53956

Sidinket Dadah Di San Peng Yang Seolah-olah tiada penghujungnya...

Assalamualaikum para pembaca yang budiman,

Saya adalah salah seorang penghuni Flat Sri San Peng yang sememangnya terkenal di seluruh Malaysia dengan sidinket dadahnya yang merupakan antara yang terbesar di Malaysia. Sidinket dadah ini bukan baru tetapi sudah berlarutan lebih daripada 20 tahun!!! Namun, ia masih segar dan tetap bugar seolah-olah San Peng ialah tempat yang paling suci di dunia.
Apa yang saya ingin sentuh di sini ialah berkisarkan tentang pihak berkuasa yang sering juga melakukan serbuan yang sia-sia. Mungkin mahu mengaburi mata penduduk San Peng dengan mengatakan bahawa mereka sememangnya sedang menjalankan tugas tetapi sememangnya kami yang sudah masak dengan keadaan di sini, selalunya, yang ditangkap bukanklah pengedar tetapi penagih. Pengedar dadahnya entah tidak tahu bagaimana dan kenapa, mereka selalu melarikan diri lebih awal daripada kedatanga polis seolah-olah ada orang dalam yang mendalangi hal ini. Ataupun, polis sendiri yang mengambil rasuah. Tolonglah buat sesuatu.... Kami dah tak sanggup lagi tinggal di kawasan yang dadah adalah raja kami. Jika ada manusia yang mampu mengambil tindakan, ambillah sekarang juga. Ataupun saya rayu kepada para pembaca untuk menyiarkan artikel ini di TV3. Biar padan sikit muka polis-polis kita!!!

Rabu, 25 Jun 2008

Muhammad itu Phedophile?

Phedophile kalau dirujuk di dalam kamus dewan bahasa ada bermaksud mempunyai keinginan seks ke atas kanak-kanak kecil dan itulah sering dilemparkan kepada kita mengenai Muhammad atau Rasullulah. Mereka cuba dan cuba untuk memburukkan-burukan nabi junjugan kita itu. Tujuan saya menulis artikel ini adalah ingin menjawab pertanyaan daripada YangMelihat kepada saya. Di bawah adalah artikel yang dipetik dan diubahsuai daripada http://effysaiful.blogspot.com/.


Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi merupakan seorang 'pedophile', berdasarkan fakta bahawa Nabi mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun (tetapi hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun..)Ye ke?Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.


Anda boleh membaca tentang perbahasan umur Aisyah r.a. di sini.


Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.Macam mana nak jawab?


1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.


2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.


3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.


4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.


5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun..


Apa buktinya?Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketika mana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar kepada mereka untuk menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari IniPerkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun.. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika.Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.Sempena Maulidurrasul kali ini, marilah kita sama-sama memuliakan serta membersihkan nama Nabi kita di kalangan masyarakat dunia. Ini merupakan tanggung jawab serta kewajipan setiap individu muslim. Jangan hanya berkobar-kobar menyambut maulid, tetapi melupakan Nabi sebaik sahaja tamat sambutan..


Sebarkanlah artikel ini jika anda benar2 mencintai rasulullah s.a.w.

Selasa, 24 Jun 2008

Zakry dan Fairuz, klon Razif dan Jalani?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, setelah lebih daripada 15 tahun beregu legenda Malaysia itu menarik diri, Piala Thomas masih belum berada di dalam gengaman tangan kita. Malah belum ada mana-mana beregu MALAYSIA yang sehebat mereka, walaupun Koo dan Tan, yang mencuri perhatian kita, tetapi dengan 'tidak beradab' melemparkan semula perhatian yang kita beri - serupa macam Hafiz Hashim.


Namun, pernantian tersebut mungkin berakhir apabila lahirlah kedua-dua sepasang mutiara buat negara kita, Muhammad Zakry Abdul Latif dan Muhammad Fairuzizuan Tazari, beregu terbaru yang dilahirkan oleh Rexy Mainaky yang mempunyai corak permainan yang hampir serupa. Namun persoalannya, adakah mereka berjaya memperoleh dan mengekekalkan kejayaan-kejayaan yang sehebat 'klon' mereka itu? Kejuaraan Singaporean Super Siries Open dan Indonesian Super Siries Open bukanlah ukuranya! Mereka perlu menggandakan lagi usaha untuk bergelar legenda!!!


Di bawah adalah maklumat dan biodata mengenai pemain ini:

Muhammad Fairuzizuan Tazari

Birth name: Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari
Date of birth: February 5, 1983 (1983-02-05) (age 25)
Place of birth: Perak
Height: 1.72 m (5 ft 7+1⁄2 in)
Men's doubles
Country: Malaysia
Handedness: Right

Beliau merupakan seorang pemain yang berkaliber.Bersama dengan gandingan beliau, Mohammad Zakry Abdul Latif, pernah mencetuskan fenomena di dalam arena badminton dunia dan juga negara, berjaya mara ke peringkat akhir Indonesian open 2007, selepas menewaskan Tony Gunawan dan pasangannya. Tetapi tersungkur kepada mutiara ke lahiran China, Fu Haifeng dan Cai Yun.

Tetapi bermula suram pada tahun 2008. Namun, separuh akhir Piala Thomas merupakan batu loncatan untuk mereka mencipta nama, buktinya 2 gelaran super siries sudah berada di dalam gengaman kedua-dua anak muda ini.


Muhammad Zakry Abdul Latif

BWF ID : 13137

Gender : Male
Date of Birth :
Place of Birth : Negeri Sembilan
Height : cm
Category : Doubles
Plays : Right Hand

Di bawah adalah senarai kejayaan yang telah dicapai oleh kedua-dua anak muda ini:

Year Tournament Achievement
2008 Indonesia Open Super Series Winner
2008 Singapore Open Super Series Winner
2008 Badminton Asia Championships Quarter-Finalist
2008 Swiss Open Super Series Semi-Finalist
2007 China Open Quarter-Finalist
2007 Chinese Taipei Open Semi-Finalist
2007 Indonesia Open Runner-Up

2007 Singapore Open Quarter-Finalist
2007 Asian Championships Semi-Finalist
2006 Malaysia Satellite Runner-Up
2006 China Open Quarter-Finalist
2006 Japan Open Quarter-Finalist
2006 Chinese Taipei Open Quarter-Finalist
2006 Malaysia Open Quarter-Finalist
2006 Asian Championships Quarter-Finalist
2006 All England Semi-Finalist
2005 Malaysia Satellite Winner
2005 Hong Kong Open Quarter-Finalist
2005 Asian Championships Quarter-Finalist
2005 China Masters Quarter-Finalist
2005 Vietnam Satellite Winner
2005 Thailand Open Semi-Finalist
2004 Malaysia Satellite Semi-Finalist
2003 India Satellite Winner
2003 Singapore Satellite Semi-Finalist
2002 Malaysia Satellite Quarter-Finalist
2002 Vietnam Satellite Quarter-Finalist

Yang diwarna gelap adalah kejayaan Zakry dan pasangannya Fairuzizuan.

Jumaat, 20 Jun 2008

Fadhilat Solat...

Fadhilat Solat

Tahukah anda yang ada seorang doktor fizik daripada eropah (bukan beragama Islam) ada membuat beberapa kajian mengenai fadhilat solat dan mengepakah ada perbezaan antara rakkat solat. Hal ini akan saya jelaskan di bawah ini:

Solat Zohor
Berdasarkan kajian beliau, beliau menemui mengapakah Allah mensyariatkan Solat Zohor kepada 4 Rakaat? Hal ini kerana solat zohor otu pada waktu di mana orang bekerja, jadi solat ini disyariatkan 4 rakaat kerana orang yang bekerja itu bolehlah melancarkan segala penggerakan darah dengan membuat solat 4 rakaat.

Solat Asar
Begitu juga dengan solat Zohor, seperti yang beliau kaji mempunyai sebab yang sama.

Solat Maghrib
Mengapakah solat ini disyariatkan sebanyak 3 rakaat? Hal ini kerana pada waktu maghrib itulah waktu orang balik daripada kerja, jadi solat ini dijadikan sebanyak 3 rakaat bertujuan untuk merehatkan orang ramai.

Solat Isyak
Mengapakah solat isyak ini di syariatkan sebanyak 4 rakaat sedangkan tiada aktiviti berat yang di lakukan ketika waktu itu? Hal ini juga merungsingkan pengkaji barat tersebut, namun selepas kajian yang mendalam di lakukan, pengkaji atau doktor fizik itu menemui bahawa Allah mensyariatkan solat isyak dengan 4 rakaat dengan tujuan untuk membolehkan kita bangun solat tahajud.

Solat subuh
Mengapakah solat subuh disyariatkan dengan dua rakaat? Saya pasti yang rakan-rakan pembaca yang budiman semua sudah tentu dapat mengagak mengapa? Hal ini kerana kita baru sahaja berehat panjang daripada tidur yg pnjg, jd solat subuh disyariatkan dengan dua rakaat hanya untuk menyegarkan tubuh kita.

Solat Agama Islam di dalam Bible?
Saya ingin memetik beberapa potongan ayat daripada bible untuk membuktikan bahawa kata-kata saya itu benar:

(Genesis 17:3) ‘And Abraham fall down on his face to the earth, and the Lord God went on talking with him...’


(Exodus 34:8) ‘Then Moses quickly went down on his face in worship.’


(Joshua 5:14) ‘...Then Joshua, falling down with his face to the earth in worship...’


(Matthew 26:39) ‘And he (Jesus) went forward a little and falling down on his face in prayer...’


(Holy Quran 32:15) ‘Only those believe in Our Signs, who, when they are recited to them, fall down in prostration, and celebrate the praises of their Lord, nor are they (ever) puffed up with pride.’


(Holy Quran 22:77) ‘O you who believe! Bow down, prostrate yourselves, and adore your Lord; and do good; that you may prosper.’

Namun, pada hari ini, hanya orang muslim yang mengamalkan ajaran tersebut. Ini membuktikan bahawa agama Islam adalah agama yang benar. Alhamdullilah...

Petikan debat dengan pederi (bukan diri saya)...

SIRI DIALOG BERSAMA PADERI - BENARKAH NABI ISA DISALIB –Bahagian akhir


Oleh: Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid

Penulis merupakan anak murid kepada Bro Ungku yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Friendly Comparative Religion, saba’ islamic Media. Beliau juga pernah mengisi satu slot Kelas Peradaban Nabawi semester 1 06/07 di Surau Murni


BAB KETIGA: TRINITI I(ANAK TUHAN DAN KETUHANAN JESUS)


Apakah dia Triniti?

Triniti merupakan Akidah Utama di dalam Agama Kristian. Ia bermaksud Tuhan itu satu tetapi di dalam tiga keperibadian. Triniti terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Holy Spirit. Ketiga-tiga Tuhan ini bersatu dan tidak pernah berpisah. Orang-orang Kristian meyakini akidah Triniti ini berdasarkan (Yohanes 5 :7-8):


“Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama”.


Namun tahukah anda? Ayat ini telah dibuang dari cetakan Bible RSV (Revised Standard Version) kerana Ulama-Ulama Kristian mengakuinya sebagai ayat palsu serta ditokok tambah!


Di dalam (Matius 3:16-17) menyatakan:


Setelah Jesus dibaptis, Dia keluar dari air sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Jesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atasnya. Kemudian terdengarlah suara Allah berfirman: “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku”.


Di dalam (Lukas 3:21-22):


Setelah semua orang itu dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka dan roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu terdengar suara dari syurga mengatakan: “Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku”.


Inilah dalil-dalil yang menyatakan wujudnya tiga kesaksian atau Triniti dalam Agama Kristian. Ketiga-tiga keperibadian ini tidak terpisah dan mereka adalah satu. Jika benar Tuhan-Tuhan ini tidak pernah berpisah, mengapa ketika Jesus mati di tiang salib, Tuhan Bapa dan Holy Spirit masih hidup? Ini menunjukkan ‘Tuhan-Tuhan’ ini bercerai dan mempunyai Tiga keperibadian yang berasingan!


Holy Spirit di Dalam Agama Kristian

Orang-orang Kristian percaya bahawa selain dari Allah sebagai Tuhan Bapa dan Jesus sebagai Anak Tuhan, mereka juga meyakini bahawa Holy Spirit adalah oknum ketiga di dalam akidah Trinity mereka. Ketiga-tiga oknum ini adalah Tuhan dan mereka semua adalah satu.

Holy Spirit adalah pengganti Jesus di bumi ini. Dialah yang mengambil alih tugas Jesus yang sekarang ini berada di sebelah kanan Tuhan Bapa di langit. Orang-orang Kristian mendakwa bahawa mereka semua adalah umat ‘kelahiran kembali’ dan mengakui Holy Spirit atau Ruh Kudus telah menguasai mereka. Di dalam (Yohanes 3:3) menyatakan:

Jesus menjawab: “Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan kembali”.


Bahkan untuk memahami Al Kitab pun, mereka mendakwa harus mempunyai Ruh Kudus atau Holy Spirit terlebih dahulu. Di dalam (Korintus 2: 13-14) menyatakan:


Oleh itu, ketika kami menjelaskan hal-hal tentang Allah kepada orang yang mempunyai Ruh kudus, kami tidak berkata-kata menurut kebijaksanaan manusia, tetapi menurut ajaran Ruh kudus. Sesiapa yang tidak mempunyai Ruh kudus, tidak dapat menerima kurnia daripada Ruh Kudus, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya sebagai satu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Ruh Kudus hanya dapat dinilai secara rohani.


Inilah dalil yang selalu digunakan oleh orang-orang Kristian ketika menjawab soalan-soalan tentang percanggahan di dalam kitab mereka. Mereka mengatakan: “Kamu harus mempunyai Ruh Kudus terlebih dahulu sebelum memahami kitab kami!”.


Holy Spirit yang membisu!

Ketika berpeluang mengunjungi salah sebuah gereja di Selangor, kenalan Kristian saya telah menceritakan bahawa terdapat sebuah keluarga Melayu telah menganut Agama Kristian manakala seorang melayu di Puchong pula, telah pun menjadi Paderi!


Dengan harapan agar cerita tadi dapat ‘merangsang’ saya untuk menjadi ‘saudara baru’ mereka, maka kenalan Kristian saya yang berbangsa Cina dan India itu, cuba memberi kefahaman pada saya tentang akidah mereka. Antaranya, bagaimanakah Jesus di anggap sebagai Anak Tuhan dan Tuhan oleh Penganut Kristian.


Mereka mengatakan Jesus sebagai Anak Tuhan kerana di dalam Bible sendiri menyatakan demikian. Saya bertanya kepada mereka: “Adakah semata-mata kerana Bible menggunakan kalimah Anak Tuhan maka Jesus dianggap Anak Tuhan? Sedangkan Jesus juga menggunakan kalimah Anak Manusia di dalam Bible. Bahkan penggunaan kalimah Anak Manusia lebih banyak berbanding dengan kalimah Anak Tuhan”.


‘Anak-anak Tuhan’

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Kalaulah semata-mata penggunaan kalimah Anak Tuhan ini dijadikan dalil dan bukti untuk menerima Jesus sebagai Anak Tuhan, maka ramailah Anak Tuhan di dalam Bible”. Di dalam Old Testament (Kejadian 6:1-4):


…………anak-anak Allah mengahwini anak-anak manusia…………


Di dalam Old Testament (Keluaran 4:22):


……………Israel adalah anak-ku, anak sulung-Ku…………


Di dalam Old Testament (Yeremiah 31:9):


…………Efraim adalah anak-ku yang sulung…………


Di dalam New Testament (Lukas 3:38):


…………menurut pendapat orang… Dia (Jesus) anak Yusuf, anak Eli, anak Matat…… anak Enos, anak Set, Anak Adam, Anak Allah.


Di dalam New Testament (Roma 8:14):


Orang yang dipimpin oleh ruh Allah, maka mereka itu, anak-anak Allah.


Saya bertanya lagi: “Berapa ramaikah Anak Allah di dalam Bible?”. Mereka terdiam dan saya dapati salah seorang dari mereka agak tegang dan penuh emosi. Manakala yang lain pula (kemungkinan) berminat untuk mendengar hujah saya yang selanjutnya.

Saya tidak pasti mengapa dia tegang dengan situasi perbincangan dan soalan yang telah saya kemukakan. Sedangkan jika dia membaca di Dalam New Testament (1 Peter 3: 15-16) telah menyebut:


“Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai tuhan dalam hidup kamu, Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kritus, orang yang menfitnah kamu itu akan menjadi malu.”


Tanpa menghiraukan keadaan yang agak tegang tadi, saya meneruskan lagi dengan berkata: “Sebenarnya kalimah Anak Allah di sini ialah kiasan atau pun metafora di dalam bahasa Yahudi”.


Dengan memetik kata demi kata dari pidato Allahyarham Syeikh Ahmed Hoosen Deedat (semoga Allah merahmati beliau), saya membawakan contoh lain bagi mereka dengan mengatakan: “Saudara, cuba kita perhatikan New Testament (Yohanes 10:34-36):


Jesus berkata kepada mereka: “Bukankah tertulis di dalam Taurat kamu: Allah berfirman, ‘kamu Tuhan’? Kita tahu bahawa apa yang tertulis di dalam Alkitab berlaku untuk selama-lamanya. Allah menyebut, orang yang menerima firman-Nya sebagai ‘Ilahi’. Aku ini dipilih dan diutus oleh bapa ke dunia. Adakah kamu mengatakan aku mengkufuri Allah semata-mata aku mengatakan aku ‘anak Allah’? (Sedangkan dalam bahasa kamu, kamu dipanggil sebagai ‘Ilahi’)


“Inilah buktinya! Bukankah kalimah Anak Allah yang digunakan oleh Jesus berdasarkan ayat ini adalah metafora semata-mata dan di sinilah Jesus cuba memberi faham kepada umat Kristian, bahawa Allah tidak pernah mempunyai anak dan Jesus bukan Anak Allah seperti yang dipercayai oleh jutaan umat Kristian pada hari ini”.


Tuhan-Tuhan

Saya berkata lagi: “kalaulah semata-mata kalimah Anak Allah yang telah disebut oleh Jesus tadi kita menerimanya tanpa memikirkan unsur kiasan atau metafora, bagaimana pula dengan ayat-ayat ini?”. Di dalam Old Testament (Keluaran 7:1):


Tuhan berfirman kepada Musa, “Dengarlah, Aku akan menjadikan engkau Tuhan di depan Firaun, dan Harun sebagai Nabimu.


Di Dalam New Testament (Mazmur 82:6):


“Aku berkata bahawa kamu semua Tuhan, bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi”


`Di dalam New Testament (2 Korintus 4:4):


……Iblis adalah Tuhan pada zaman ini……


Di dalam New Testament (Yohanes 10:34) Jesus berkata kepada mereka:


“Bukankah telah tertulis di dalam Taurat kamu bahawa Allah telah berfirman: “Kamu adalah Tuhan?”.


`Saya bertanya lagi: “Adakah Tuhan yang disebutkan dalam ayat-ayat ini adalah Tuhan yang membawa makna hakiki?”. Mereka semua terdiam.


`Tanpa menunggu jawapan dari mereka, saya meneruskan hujah dengan berkata: “Inilah buktinya bahawa kalimah Anak Tuhan dan Tuhan di dalam ayat-ayat yang saya nyatakan tadi merupakan metafora di dalam Bahasa Yahudi. Bila Jesus menyebutkan dia sebagai Anak Tuhan sebagaimana yang difahami oleh orang-orang Kristian. Maha Suci Allah s.w.t dari mempunyai anak atau diperanakkan”.


`Seterusnya saya menyambung lagi dengan berkata: “Al Quran telah menerangkan kepada manusia bahawa Allah SWT tidak mempunyai anak atau diperanakkan sebagaimana firman-Nya”:


Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah yang Maha Esa. Allah tempat bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya. (Surah Al-Ikhlas 112:1-4)


“Sekarang, cuba anda terangkan kepada saya, dari sudut manakah lagi yang ingin anda pertahankan bahawa Jesus itu sebagai Anak Tuhan dan juga Tuhan?”


“Jika anda katakan dia memang Anak Tuhan dan juga Tuhan kerana telah menghidupkan sahabatnya yang telah mati iaitu Lazarus sebagaimana yang telah dikisahkan dalam (Yohanes 11: 38-44), Elia dam Elisha juga pernah menghidupkan orang yang telah mati”. Elia pernah menghidupkan seorang kanak-kanak kecil yang telah mati sebagaimana yang tercatat di dalam (Old Testament, 1 Raja-Raja 17: 20-22):


Kemudian Elia berdoa dengan suara kuat, “Ya tuhan, Allahku, mengapakah engkau melakukan perkara yang sedahsyat ini kepada balu itu? Dia sudah memberikan tumpangan kepadaku, tetapi engkau telah membunuh anaknya!”. Kemudian Elia menelengkupkan badannya di atas anak itu tiga kali sambil berdoa, “Ya TUHAN, Allahku, hidupkanlah semula anak ini!” Tuhan mengabulkan doa Elia. Anak itu mula bernafas lagi, lalu hidup semula.


Bahkan, cara Elisha menghidupkan orang mati lagi mengkagumkan. Ini adalah kerana Elisah telah menghidpkan orang mati setelah Elisha sendiri mati dan telah pun menjadi tulang. Perhatikan (Old Testament, 2 Raja-Raja 13:21):


Pada suatu hari, ketika orang Israel sedang menguburkan orang mati, mereka nampak gerombolan orang Moab. Oleh sebab ketakutan, mereka melemparkan mayat itu ke dalam kubur Elisha, lalu melarikan diri. Sebaik sahaja mayat itu terkena pada tulang-tulang Elisha, mayat itu hidup semula dan berdiri tegak.


“Dan jika anda katakan dia adalah Anak Tuhan dan juga Tuhan kerana tidak mempunyai bapa sebagaimana manusia yang normal, bagaimana pula dengan adam A.S? Adam tidak mempunyai ibu dan juga bapa. Bukankah begitu?”

Dan sudah tentu anda pernah membaca tentang Melkisedik sebagaimana yang tercatat di dalam New Testament (Ibrani 7: 1-3):

“Melkisedik adalah Raja Salem dan Imam Allah Yang Maha Tinggi. Ia pergi berjumpa dengan Ibrahim untuk memberkatinya setelah Ibrahim kembali dari mengalahkan Raja-Raja. Ibrahim memberikan kepada Melkisedik sepersepuluh dari harta yang dirampasnya. Menurut erti nama Melkisedik itu ialah, Raja kebenaran. Oleh sebab dia adalah Raja Salem, maka namanya juga bermakna Raja Kesejahteraan. Ia tidak mempunyai bapa, tidak mempunyai ibu, tidak ada salasilah keturunan, harinya tiada permulaan dan hidupnya tiada kesudahan dan ia dijadikan sama dengan anak Allah, ia tetap menjadi Imam selama-lamanya”.


“Jadi, cuba anda terangkan kepada saya, di atas dasar apakah Jesus itu dianggap Anak Tuhan dan juga Tuhan?

Salah seorang dari mereka menjawab: “Kamu tidak boleh menggunakan akal semata-mata dalam memahami Tuhan. Dan yang paling penting seseorang itu seharusnya mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu sebelum menafsirkan ayat-ayat di dalam Alkitab”.

Saya menjawab: “Mengapa tidak boleh menggunakan akal? Bukankah Tuhan yang memberikan kita akal? Bahkan di dalam New Testament (Markus 12: 30) mengatakan:


“Cintailah Tuhan Allah mu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu dan dengan segala kekuatanmu”.


Dan banyak lagi ayat-ayat di tempat lain yang menyatakan pentingnya akal untuk menyintai Allah.


Ke mana Menghilangnya Holy Spirit?

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “Orang-orang Kristian mendakwa bahawa mereka adalah umat yang mempunyai serta dipimpin oleh Holy Spirit. Dan bila kami sebagai Muslim bertanya kepada kamu tentang percanggahan-percanggahan di dalam Alkitab, kamu mengatakan pula bahawa seseorang itu perlu mempunyai Holy Spirit terlebih dahulu untuk memahami Alkitab. Sungguh menghairankan! Apa yang telah Holy Spirit buat pada kamu sehinggakan kamu sebagai umat yang telah merasai Holy Spirit, terdiam membisu setiap kali soalan diutarakan kepada kamu? Ke mana menghilangnya Holy Spirit itu?”


Salah seorang dari mereka menyatakan secara ikhlas kepada saya: “Saya tak mampu untuk memberikan jawapan tentang apa yang telah kamu timbulkan tadi, tetapi saya berdoa semoga satu hari nanti, kamu mendapat hidayah dari Holy Spirit dan beriman dengan ketuhanan Jesus!”.


Lihatlah, betapa mereka masih mempertahankan akidah mereka yang rapuh itu walaupun segala bukti dan hujah untuk menolak idea dosa warisan ini datangnya dari kitab suci mereka sendiri!


Mereka meremehkan ajaran Jesus yang mana baginda sendiri telah menafikan idea dosa warisan dan penebusan dosa ini. Dan amat malang lagi, mereka lebih mempercayai apa yang dikatakan oleh Paul, Peter dan lain-lain berbanding apa yang dikatakan oleh Jesus sendiri!


Sedangkan Jesus menyeru mereka supaya mentauhidkan Allah yang Esa bukannya menyembah makhluk selain Allah SWT atau mensyirikkan-Nya dengan sesuatu!

Perhatikan apa yang telah dikatakan oleh Jesus terhadap mereka:


Jesus menjawab: “Inilah perintah yang paling utama, “Dengarlah wahai bangsa Israil Tuhan Allah KITA, Dialah Tuhan Yang ESA’. Kasihilah tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu”. (Markus 12: 29-30)


Dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri telah membenarkan apa yang dikatakan oleh Jesus melalui Firman Allah s.w.t. di dalam Al Quran yang telah diturunkan kepada Baginda:


Katakanlah (Wahai Muhammad): “Dialah Allah yang Maha ESA, Allah tempat bergantung segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada satu pun yang setara dengan-Nya.” (Surah Al-Ikhlas 112:1-4)


Inilah kalimah tauhid yang dibawa oleh para Rasul dan Nabi-nabi dan kaumnya termasuk Jesus sendiri.


Bagi mereka yang memerhatikan dalil-dalil ini dengan hati yang ikhlas dalam mencari kebenaran, maka sudah pasti mereka akan memilih Islam sebagai ‘Jalan Keselamatan’ hakiki, namun bagi mereka yang tertutup pintu hatinya dari kebenaran, maka mereka tetap mempertahankan akidah mereka walaupun telah datang cahaya kebenaran melalui utusan-utusan Allah SWT


Di dalam hal ini, Allah SWT telah menggambarkan kepada Muslim tentang sikap sesetengah mereka yang masih ingin mempertahankan akidah mereka yang bercanggah dengan apa yang telah diajar oleh Jesus sendiri serta menyeru umat Islam agar terus berdakwah kepada golongan Ahli Kitab ini. Firman Allah SWT:


Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf, dan mencegah dari kemungkaran dan beriman pada Allah. Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman, tentulah (keimanan) itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah Al-Imran 3:110)


Perhatikan, betapa benarnya Al-Quran dalam menyatakan sifat mereka ini terhadap Islam dan kita sebagai Muslim wajib menyampaikan dakwah ini kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w agar terus berakidah dengan akidah yang sebenar. Dan yakinlah, Allah SWT akan membantu kita yang membantu agama-Nya.

Firman Allah SWT:


Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (Agama) Allah, pasti Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu). (Surah Muhammad 26:7)