Hari ni dalam surat khabar Nik Aziz keluarkan statement :
Sumpah pegang Quran tiada dalam Islam: Nik Aziz
BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kaedah sumpah laknat yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memegang kitab suci al-Quran adalah satu perbuatan yang menyalahi ajaran Islam.
Nik Aziz berkata perbuatan memegang atau menjunjung al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.
Sedangkan pada 4 Julai 2008 yang lalu ini kenyataannya :
Nik Aziz: Bersumpah junjung al-Quran tentukan kebenaran
04-07-2008 10:04:01 PM
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “mubahalah” atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.
Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan manamana pihak yang bersalah.
“Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Pemerhati Dunia: Ulama' Akhir Zamanlah katakan. Munafik benorlah Nik Aziz ni... Saya sertakan sabda nabi:
"akan tiba satu zaman dimana pada siang harinya seorang itu Islam dan pada malam harinya dia menjadi kafir"-
Guan Eng Mungkin Ke Kabinet Lepas PRN Johor Atau N.Sembilan
-
Aku berada di beberapa tempat di Johor, kali ni aku datang bukan untuk
bertugas, tapi sebagai pelancong politik, tugas politik dah bertahun aku
tinggalka...
2 bulan yang lalu




