Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Memaparkan catatan dengan label Permatang Pauh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permatang Pauh. Papar semua catatan

Rabu, 20 Ogos 2008

Aduh! Ana Geleng Kepala Bila Freemason un ikut Anwar Ibrahim!!!

dibawah adalah artikel yang saya petik daripada anwaribrahimdotcom.blogspot.com




Bahang Freemanson Amerika menular di Permatang Pauh?


Pemandu pajero yang membawa bersama gambar Anwar dan pemimpin dunia yang lain. Meriah nampaknya pajero ini dengan gambar gambar. Selalunya iklan yang dilekatkan di badan teksi dan bas berbayar. Apakah gambar-gambar ini berbayar juga?

Atau ada sponsor tertentu di Permatang Pauh, hinggakan Gus Dur dan Estrada sanggup tumpang sekaki berkempen untuk Anwar Ibrahim. Jangan lupa, Gus Dur dan Wolfowitz adalah orang yang ditemui oleh Anwar di Munich, Jerman ketika Anwar baru sahaja lepas dari penjara pada Oktober 2004.

Anwar baik dengan Wolfowitz? Anwar sering berkunjung ke Washington menemui Wolfowitz selepas keluar penjara pada Oktober 2004. Dengan bantuan Wolfowitz, Anwar mendapat tiga jawatan pensyarah universiti di luar negara. Selepas itu, Nurul Izzah pun sambung pengajian di John Hopkins. Malah keakraban yang terjalin ketika Wolfowitz menjadi Duta Indonesia itu membawa kepada perbincangan tertutup dalam Pentagon.

Keintiman Anwar dan Wolfowitz lebih terserlah bila Wolfowitz melantik Anwar sebagai Penasihat Bank Dunia. Ketika nyawa Wolfowitz di Bank Dunia nipis akibat skandalnya dengan Shaha Ali Ridha, Anwar datang menghulurkan bantuan hayat melalui sepucuk surat dari Yayasan Masa Depan untuk menukarkan teman wanita Wolfowitz ke pejabat Anwar.

Wolfowitz membalas jasa Anwar itu, dengan menulis artikel memuji Anwar dalam majalah Time untuk mempromosikan Anwar sebagai antara 100 orang terhebat di dunia. Kini, Anwar bertanding di Permatang Pauh, apakah Wolfowitz (seorang yang berbangsa Yahudi dan mempunyai warganegara Israel) akan menolong Anwar lagi?




dibawah adalah artikel yang saya petik dari blog

Gambar Anwar bersama dengan Bush yang dipaparkan pada sebuah pajero yang penuh dengan bendera PKR tadi di Permatang Pauh. Mengapa perlu ada gambar Bush? Reaksi senyuman Bush dan Anwar hampir serupa, apakah mereka mendapat khidmat nasihat daripada pakar perunding imej yang sama?

Yang pasti, kedua duanya rapat dengan Paul Wolfowitz. Bush rapat dengan Wolfowitz atas kapasiti Wolfowitz sebagai penasihat perangnya semasa menyerang Afganistan dan Iraq. Wolfowitz ketika itu adalah Penolong Setiausaha Pertahanan di Pentagon. Malah Wolfowitz adalah orang yang bertanggungjawab menulis surat menggesa Bush menyerang Afganistan ketika masih lagi menjawat jawatan Dekan di John Hopkins, University.




Apakah kriteria sebenar pemilihan logo bendera PKR ini disebabkan oleh hanya imej mata lebam semata mata? Atau warna biru muda dan bulan sabit yang berlogo mata ini mempunyai maksud yang lain?



Berikut adalah sticker kempen PKR di Permatang Pauh. Mengapa ada logo mata sebegini dalam sticker yang diedarkan kepada pengundi Permatang Pauh? Apakah mata tersebut ada kaitan dengan mata yang tertera pada logo bendera PKR atau simbol mata yang lain?







Ini adalah logo kepada gerakan Freemanson yang mempunyai ahli seramai 5 juta orang di seluruh dunia. Ada mata di atas piramid tersebut. Freemason dipelopori oleh orang Yahudi (Neo-Konservatif) yang ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.

Kemudian akan melebarkan pemerintahan mereka ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Bukankah usaha ini sudah dilakukan oleh Wolfowitz? Siapakah orang harapan Wolfowitz di Malaysia ini? Jika hubungan dengan Saiful, Anwar enggan bersumpah. Bagaimana pula hubungan baik Anwar dengan Amerika dan Neo-Konservatif? Apa yang pasti dalam beberapa temubual antarabangsa, Anwar tidak pernah menafikan hubungan baiknya dengan Wolfowitz.

Artikel tulisan:
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Nak baca artikel asal?

layarilah http://anginperubahan.blogspot.com/2008/08/pengaruh-freemanson-di-permatang-pauh.html

Setelah membelek-belek komen yang di lemparkan di blog YANG BAGUS TU, saya bercadang nak siarkan di sini..

Anonymous said...
Salam!
Sekali lagi balaci BTN ini sudah memasukkan jarum permusuhan sesama muslim.Islam tidak menganjurkan kita berburuk sangka sesama muslim.Apakah ini suatu yang dibolehkan Islam.Mengapa Penulis Blog ini sanggup menulis kenyataan seperti ini pada jam 4 pagi semata-mata untuk terus mengelirukan ummah??? Maksud Firman Allah " Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara baik dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam oerkara dosa dan permusuhan".

Sudahlah saudara azrinizam. tuan tidak sepatutnya menambah racun ke dalam minda ummah di saat Ramadhan kian menjelang. Apakah demi politik songsang BN,tuan sanggup memperjudikan aqidah tuan demi mememuaskan nafsu sesetengah pemimpin yang sepatutnya sudah sedar bahawa suara rakyat telah memeutuskan mereka tidak lagi layak untuk meneruskan tampuk pemerintahan negara. Tidak cukupkah lagi dengan bolotan harta rakyat oleh PM dan anak-beranaknya??? Tidak cukupkah lagi bolotan harta rakyatvoleh mantan PM dan anak bernak???

Dalam dua tiga komen saya sebelum ini, saya telah menyeru tuan agar bersumpah menyatakan kebenaran tuan dalam usaha menulis ulasan dan isu dalam blog tuan ini tetapi sampai sekarang tuan masih belum berbuat demikian demi membuktikan bahawa apa yang ditulis tuan benar dan tiada langsung unsur fitnah.

Hentikanlah sifat mazmumah yang subur dalam hati tuan ini.Allah Maha Mengetahui akan apa yang tuan lakukan. Moga tuan selamat dalam setiap perjalanan tuan dengan kereta baru tuan itu.

Abu 'Asim

August 20, 2008 8:26 AM
ayor lemuju said...

Satu lagi petanda:-
Cuba lihat akronim (parti keadilan rakyat) PKR dan (raja petra kamaruddin) RPK sebagai salah seorang yang instrumental dalam proses membersihkan nama Anwar Ibrahim serta memburuk-burukkan kerajaan. Atau Ketua Pakatan Rakyat (KPR). Seperti menunjukkan sesuatu.

Cuba google dan cari penerangan tentang sifat-sifat Dajjal. (Dajjal ini sering dikaitkan dengan Illuminati, NWO, Freemason, dsb. iaitu satu konspirasi yang paling licik dan meluas untuk menguasai dunia). Salah satu sifatnya ialah tanda di dahi iaitu tulisan "kaf" "fa" dan "ro".

PKR, RPK, KPR = jika abjad rumi itu digantikan jawi... Jawablah sendiri.

Wallahu a'lam

August 20, 2008 9:30 AM
Anonymous said...
blogger neh x habeh2 nak wat persoalan fitnah.

August 20, 2008 9:35 AM
akukah tanggang said...

apa saja yg anwar buat/ckp pengikut yg fanatiknya mesti percaya.. walaupun secara terang2 nye dorang nie leh nampak sape yg sbenarnya bkerjasama ngan yahudi selama ni tapi tak nak trima kenyataan..kronologi pertemuan mereka ni dah nmpk depan mata..[apa lagi?budget pilihanraya yg lepas, sape yg bagi? sampai mencurah2 PKR ni tabur poster???] alih-alih salahkan org yg bercakap/menulis..tapi bila si RPK buat tuduhan atas najib/rosmah percaya pulak bulat2 walaupun xder bukti lgi.. bila si saiful dah bersumpah tak pulak percaya.. ckp macam2 kt saiful ni..padahal anwar tak berani nak bersumpah pun dan pandai guna ayat putar utk tak nak bersumpah..huhhhh.pandai betul guna propaganda. (kalo anwar tak salah n dia bersumpah, takkan ruginya dia)apa yg dia nk takut??? berani kerana benar beb.. hanya Allah, Saiful n Anwar jer yg tahu kebenarannya..cuba renung-renungkan ke dalam mata anwar yg merah tu, anda akan dapat jawapannya.. lu pikirlah sendiri!!!!

August 20, 2008 10:40 AM
ysnizam said...
Aperlah pengikut "FANATIK" anwar nie..

Biler ader fakta tak menyebelahi dieorg..
Mula lah.. kater FITNAH...
Konspirasi...
Time nie suruh sumpah la pulak..

Biler ader fakta tak menyebelahi kerajaan..
Abis.. semuer dijaja..
Time nie tak nak pulak ingat ALLAH..
Sumpah dgn nama ALLAH pon tak laku..

Aper salahnya kiter dengar dan menilai semua fakta..
Kemudian serah pader ALLAH S.W.T.
Amacam..???

August 20, 2008 12:57 PM
Anonymous said...

Sememangnya Anwar ni agen Yahudi & proksi US. kepada Abu 'Asim, yang ko duk bela Anwar ni, Anwar janji mahligai ke kat neraka nanti? ko masuk la neraka nanti sama2 dengan Anwar, nanti ko tahan la punggung ko kat Anwar, biar puas nafsu Anwar.

Ahmad Said

August 20, 2008 1:30 PM
Anonymous said...
WAHAI AYER LEMUJU,

KALAU NAK TUAN NI BODOH NANTI MARAH PULA TUJUH KETURUNAN...APA HAL PULA HURUF FA TU NAK GANTI DENGAN HURUF JAWI JADI PA PULAK??? DALAM HURUF JAWI KAN DAH ADA HURUF FA DAN PA KHUSUS UNTUK HURUF 'F' DAN 'P'....KALAU HURUF P TU NAK NAK DIARABKAN JADI BA...NAK FIKIR MACAMANA LAGI???

SUSAHLAH KALAU ORANG BELAJAR TERLALU TINGGI ILMU FITNAH NI..

TUAN BLOGGER...

ABU 'ASIM SURUH BERSUMPAH APA YANG TUAN KATAKAN DALAM BLOG INI ADALAH KEBENARAN YANG HAKIKI....BUKAN FITNAH YANG ABADI...JADI BILA NAK BERSUMPAH...OK JUGA CADANGAN ABU 'ASIM NI...KALAU TUAN BERSUMPAH MESTI SAH TUAN BLOGGER INI ORANG BENAR DAN MUNGKIN BOLEH DIFGELARKAN SEBAGAI AS-SIDDIQ SEBAB APA YANG TUAN TULIS KIRA RAMAI JUGA YANG PERCAYA....

SEKADAR MENJENGAH
"AIR JAMPI"

August 20, 2008 1:35 PM
melayusejati said...
mamat yang sokong PKR ni takat berani guna nama anonymous je.

x nampak lagi ke kereta tu. penuh gambar bapak penjaham agama. termasuklah lah anwar penjubur.

itu pun x boleh fikir ke.

orang PR ni memang bebal. aku sekarang ni baru faham kenapa ada orang taksub dengan ayah pin, arqam, dan lain-lain. mereka semua nampak macam biasa tetapi pemikiran dah taksub. semua bukti tentang kesalahan mereka tak boleh terima.

samalah macam orang PR. dah taksub sangat. walaupun bukti depan mata. lapik pulak dengan imam-mam hamPAS yang sokong semuanya tak kira salah ke tidak. diorang tu semua bermazhab pas. sebab apa. ayat-ayat al quran disalahtafsirkan, dipermainkan dan dibelitkan supaya memberi manfaat pada mazhab hamPAS. kalau memberi keuntungan, apa je cara halal, kalau menyusahkan, yang betul pun diubah supaya jadi salah. yang lagi bes, pengikut fanatik diorang telan je. dah nama fanatik, bila imam-imam pas cakap, nganga mulut dan telan. x payah fikir-fikir dah. otak semua taruk kat lutut.

subhanallah......

August 20, 2008 1:48 PM
Anonymous said...
Orang guna nick anonymous pun nak dijadikan isu...

Camne plak ngan Imam Hadhari yang gi tabik hormat kat Tugu Negara tu...cuba melayusejati tolong bagitau, syirik ke tak...takkan takde ulamak hadhari tegur imam mereka nie...

Ko la bodoh...belum ada kajian saintifik menunjukkan otak kat lutut...otak ko la kot kat lutut...

orang bukan sokong PKR la...orang sokong kebenaran...ikut Al Quran dan Sunnah...

Bukan ikut perlembagaan UMNO, PAS or PKR...guna nama Allah (subhanallah), tapi tulisan penuh ngan caci maki kat orang...sama macam orang PKR la ko nie...

Ko g la ajak dia orang menyanyi lagu 'KITA SERUPA'....

August 20, 2008 1:59 PM
azrinizam said...
salam semua,

saya menulis perkara yang benar di sini. jika ada sesuatu yang tidak benar boleh dakwa saya di mahkamah. berani kerana benar. takut kerana salah. Selagi ada bulan dan matahari, selagi itu saya akan menulis untuk menyedarkan umat Islam tentang bahayanya ancaman Yahudi dan Nasrani. Siapa yang nak ikut mereka juga, silalah...balasan Allah SWT amat berat. Jika tulisan saya ini tidak benar, maka balasan Tuhan juga kepada saya. Buat mereka yang takut dedahkan identiti, usah lagi sibuk hendak komen di sini.Takut? Pergilah suruh Anwar bersumpah dulu. Teruskan perjuangan kita sahabat sahabat yang lain, selamat berjuang.

Salam.

August 20, 2008 3:55 PM
Anonymous said...
buat renungan...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

renungkanlah....

August 20, 2008 4:31 PM
Anonymous said...
Kempen kali ni anuar ada buat tari menari x?

Aku suke la cara dia menari hari tu... heheheh

August 20, 2008 6:52 PM
mr.thex said...
bagus ar blog ni.99 peratus blog lain hanya kutuk kerajaan je.haha.ni kutuk pembangkang.bagus jgk.lol

August 20, 2008 10:26 PM

Apa kata anda?

Selasa, 19 Ogos 2008

Utusan Untuk Pengundi Permatang Pauh!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengunjung blog Pemerhati Dunia.

Hidup kita pada detik 19 ogos 2008 ini diwarnai dengan isu-isu panas!!! di Permatang Pauh. Memandangkan seluruh rakyat Malaysia sedang menumpukan kelima-lima pancaindera mereka ke atas tempat yang'keramat' bagi Anwar Ibrahim, saya ada utusan untuk para pengundi Pematang Pauh.

Kalau anda mengundi di sana, nak pangkah nama Anwar Ibrahim, ingat UITM.



khalid, budak suruhan anwar yang sanggup mengorbankan hak ketuanan melayu...ingat....


Permatang Pauh.... Ingat bila nak pangkah Anwar, ingatlah saat Jalur Gemilang diterbalikkan.



Bila anda ingat Anwar, ingatlah...

*gmbr jalur gemilang diterbalikkan telah diremove selaras dengan arahan Pak Lah.
SUMPAH SAIFUL!!!



INGAT JANGAN PANGKAH NAMA ANWAR KAT PERMATANG PAUH!!!


gambar dipetik dari http://pilihan-anda.blogspot.com/

Isnin, 18 Ogos 2008

Wan Azizah letak jawatan MP - Dato Pirdaus boleh diisytiharkan sebagai MP Permatang Pauh

Satu pendapat yang agak menarik daripada seorang forummer yang menggunakan nama samaran Bak_Arisya seorang Panelis Muda di mykmu.net. Komen beliau adalah berdasarkan Perlembangan Persekutuan — Part IV Chapter 4 (federal legislature) dan Part VIII (elections) serta Election Act, 1958 dan Elections (Conduct of Elections) Regulations, 1981

“Setelah membaca Perlembagaan Persekutuan beberapa kali tentang pIlihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya serta undang-undang berkaitan pilihanraya, saya berpendapat SPR tidak perlu memanggil pilihanraya kecil Permatang Pauh berikutan peletakan jawatan Wan Azizah. Ini kerana walaupun peletakan jawatan MP dibenarkan, ia tidak bermakna kerusi itu kosong secara automatik. Ini berbeza dengan keadaan di mana MP hilang kelayakan seperti menjadi gila ataupun pemilihan MP itu diisytihar tidak sah oleh mahkamah. Bagaimanasekalipun, SPR mempunyai kuasa untuk menentukan samada sesebuah kerusi itu kosong and menentukan samada hendak memanggil pilihanraya kecil.

Dalam kes peletakan jawatan dan kematian MP serta keadaan di mana mahkamah mengisytiharkan pemilihan MP tidak sah, SPR boleh; – mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memangil pilihanraya kecil, atau – mengisytiharkan calon dengan undi kedua terbanyak dalam pilihanraya sebelumnya sebagai MP baru. Dalam kes MP hilang kelayakan, kerusi menjadi kosong secara automatik dan SPR perlu memangil pilihanraya kecil tetapi ia boleh menentukan bila kekosongan kerusi itu seterusnya bila pilihanraya kecil akan dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan. Mengenai kematian MP, secara konvensyen, SPR akan memanggil pilihanraya kecil. Tentang peletakan jawatan… kalau tak silap cuma satu insiden iaitu selepas Mat Tyson letak jawatan MB dan Abu Hasan dilantik penganti. Di Bukit Bintang tak lama dulu (kalau tak silap) mahkamah telah melantik calon dengan undi kedua terbanyak sebagai MP setelah mengistiharkan pemilhan calon dengan undi terbanyak tidah sah. (Kuasa mahkamah dalam kes seperti ini telah di “delegate” kan kepada SPR berikutan satu pindaan undang-undang.”

Saya telah meneliti peruntukan undang-undang yang dimaksudkan dan juga merujuk kepada pengamal undang-undang di mana mereka bersetuju dengan pendapat penulis bernama Bak_Aresya.

Oleh yang demikian, saya, hangjebat aka hajilosong di Pembela Melayu.com dengan ini menyeru pihak SPR agar mematuhi peruntukan yang sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tersebut. Pilihanraya Kecil ini adalah tidak perlu sama-sekali dan keputusannya kelak boleh dicabar di Mahkamah!

aetikel ini dipetik dari http://pembelamelayu.com/?p=528

Pastikan Anwar Ibrahim tewas dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh jika anda sayangkan agama, bangsa dan negara!!

Saya menyeru semua penyumbang setia artikel di PembelaMelayu.com agar meluangkan masa untuk menulis artikel berkualiti mengenai sejarah buruk dan jelek Anwar anak Ibrahim ini.

Saya bukan hendak bermain politik atau menyokong UMNO di Permatang Pauh. Objektif saya ialah memastikan manusia yang bertopengkan syaitan seperti Anwar dan merupakan agen DAP kafir harbi (US, Yahudi dan DAP) ini dihalang daripada memasuki Dewan Rakyat.

Ini kerana jika Anwar berjaya memenangi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, maka dia akan menggunakan wang yang akan disalurkan oleh Yahudi dan US melalui syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Wang-wang daripada Yahudi dan US yang ingin melihat kejatuhan kepimpinan umat Islam ini akan dibawa masuk sebagai satu bentuk pelaburan untuk mengaburi mata rakyat. Hakikatnya ianya adalah salah satu cara “money laundering” untuk membeli ahli-ahli parlimen BN yang mata duitan.

Tidak dinafikan juga ada juga di kalangan ahli-ahli BN bukan Melayu dan bukan Islam akan mengambil peluang ini untuk melompat parti demi menguatkan bangsa mereka serta mula menuntut segala hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dihapuskam. Mereka akan mengambil kesempatan daripada pepecahan bangsa Melayu dan umat Islam untuk menghancur kita. Ini tentunya didalangi oleh DAP kafir harbi yang sememang sejak awal penubuhan mereka anti Melayu dan Islam. Mereka ini sememangnya tidak pernah senang dengan kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa Melayu dan agama Islam sejak kemerdekaan.

Seterusnya, jika Anwar anak Ibrahim ini berjaya membayar ahli-ahli parlimen BN untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah.Kemudian, Anwar akan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri yang baru. Maka, kita akan melihat bertapa kejinya manusia bernama Anwar anak Ibrahim ini menggunakan politik wang demi kepentingan peribadi. Dengan wang daripada Yahudi dan US ini, Anwar akan membentuk kerajaan paling korup kerana kerajaan dibentuk menggunakan ahli-ahli parlimen mata duitan yang sanggup menggadaikan segalanya.

Anwar anak Ibrahim ini akan mula melantik di kalangan pemimpin DAP kafir harbi memegang jawatan penting seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan dan Menteri Dalam Negeri. Dengan jawatan penting ini, DAP kafir harbilah yang sebenarnya menguasai negara Malaysia. Mereka akan meminda dan menggubal polisi pendidikan yang baru, memastikan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan agama selain Islam dan bukan Melayu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kuasa yang ada sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri untuk melemahkan angkatan tentera dan polis supaya mereka tidak memberontak. Ini termasuk melantik golongan bukan Melayu pro-DAP kafir harbi untuk memegang jawatan penting dalam kedua-dua badan beruniform itu. Mereka akan mula mengurangkan peruntukan dan menjual asset-asset penting yang dilihat mungkin dapat digunakan untuk mengulingkan kerajaan boneka DAP yang dipimpin oleh Anwar anak Ibrahim.

Anda tentu tertanya-tanya kenapa Anwar selaku Perdana Menteri akan membiarkan perkara ini berlaku? Hakikat yang sebenarnya semua rahsia Anwar anak Ibrahim ini berada dalam tangan Karpal Singh semasa dia menjadi peguambela Anwar dalam perbicaraaan kes liwat yang terdahulu.

Sememangnya, DAP kafir harbi ingin Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana dengan rahsia yang dipegang oleh Karpal, dia akan menjadi PM boneka sahaja. Anwar akan menjadi PM boneka yang takut rahsia sebenar yang dipegang Karpal terbongkar. Sifat Anwar yang suka menjadi popular dikalangan rakyat memudahkan lagi DAP kafir harbi menguasai dan memperkudakan Anwar. DAP melihat Anwar adalah pemimpin Melayu yang mudah diperbodohkan kerana kelemahan IQnya serta sikapnya yang terlalu gelojoh untuk menjadi pemimpin no 1 Malaysia dengan apa cara sekali pun.

Ini sebenarnya percaturan dan strategi yang telah lama dirancang oleh DAP kafir harbi. Mereka sedar amat mustahil untuk mereka menguasai Malaysia sekiranya bangsa Melayu dan umat Islam bersatu. Satu-satunya cara untuk menguasai politik di Malaysia ialah dengan memastikan pepecahan bangsa Melayu. Mereka mempelajari perkara yang sama daripada Yahudi yang berjaya menguasai Palestin kerana rakyat dan pemimpin mereka berpecah. Begitu juga, Amerika berjaya menguasai Iraq dengan menggunakan alasa kekejaman Saddam Hussien untuk meraih sokongan daripada rakyat Iraq. Lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan Iraq hari ini, dan cara yang sama sedang digunakan oleh DAP kafir harbi untuk menguasai Malaysia.

Anda mungkin tertanya-tanya mengenai pemimpin PAS. Tidak mungkin PAS akan hanya berdiam diri melihat keadaan ini. PAS yang hanya menang 16 kerusi Parlimen hanya akan ditawarkan jawatan Menteri yang tidak penting seperti Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Perpaduan Rakyat dan Wanita. Dengan jawatan di kementerian yang tidak penting ini, tiada apa yang dapat dilakukan oleh PAS untuk memulihkan keadaan. Sikap sesetengah pemimpin PAS seperti MBB Nizar dan Hassan Ali yang gilakan kuasa akan menyebabkan PAS semakin goyah dan akan berlaku pepecahan di dalam PAS sendiri. Antara mereka yang benar-benar ingin berjuang atas nama Islam dan pemimpin yang gilakan kuasa seperti MBB Nizar dan Hassan Ali.

PAS yang mungkin tidak puashati dengan keadaan itu dan cuba keluar daripada Pakatan Syaitan… opps Pakatan Rakyat. Tetapi disebabkan PR sudah makin kuat dengan sokongan MP bukan Melayu daripada BN yang melihat kejayaan DAP kafir harbi mengawal dan membonekakan Anwar Ibrahim serta melakukan banyak pembaharuan yang memihak kepada bangsa dan agama mereka. Saya tidak hairan jika MP daripada Gerakan, MIC dan MCA akan turut sama menyertai Pakatan Rakyat kerana desakan oleh pengikut mereka yang mudah terpengaruh dengan dakyah DAP. Kejayaan DAP mengubah dasar dan polisi yang selama ini hanya dalam mimpi sahaja Gerakan, MIC dan MCA serta parti komponen bukan Islam Sabah dan Sarawak sekiranya mereka terus berada dalam BN.

Pada masa tersebut, Pakatan Syaitan… ops Pakatan Rakyat tidak akan hairan jika PAS yang hanya memenangi 16 kerusi Parlimen meninggalkan mereka. Jika ini berlaku, maka DAP kafir harbi telah berjaya menguasai politik Malaysia sepenuhnya. Mereka akan mula meminda dan menggubal mana-mana perlembagaan yang memihak kepada agama Islam, bangsa Melayu, bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Pada ketika itu, orang Melayu Islam hanya dapat berputih mata kerana tidak dapat berbuat apa-apa pun. Jika hendak melakukan pemberontakan tentera pun mungkin akan susah kerana DAP kafir harbi sudah pasti akan meminta bantuan Singapura, US dan Yahudi untuk membantu mereka mengekang kebangkitan pihak tentera.

Oleh sebab itulah, saya merayu agar setiap umat Islam dan orang Melayu berjuang memastikan Anwar anak Ibrahim ini gagal dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh. Anda boleh menyumbang dengan menulis artikel yang berguna dan menggunakan PembelaMelayu.com sebagai medium untuk menyampaikan idea anda.

Dengan bantuan teknikal dan pengalaman yang mendalam dalam bidang IT, pembelamelayu.com sentiasa mendapat tempat pertama dalam senarai enjin pencarian (search engine). Jika anda tidak percaya cubalah menggunakan “keyword” tertentu dan anda pasti melihat bahawa PembelaMelayu.com akan tersenarai ditempat teratas. Terima Kasih diucapkan kepada Hang Lekir.

artikel dipetik dari http://pembelamelayu.com/?p=689

Artikel dipetik dari,