Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Memaparkan catatan dengan label ISA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISA. Papar semua catatan

Rabu, 8 Oktober 2008

Kenapa ISA masih relevan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara.


Buat kebelakang ini dan semenjak 8hb Mac 2008 banyak pehak yang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan.

Antara pihak-pihak, badan-badan dan individu yang mahukan ISA dihapuskan ialah Majlis Peguam-Peguam, BERSIH, pemimpin-pemimpin DAP, PKR, PAS, MCA, Gerakan, PPP, SUHAKAM dan beberapa lagi badan.







Nama Akta itu ialah tentang Keselamatan Dalam Negeri. Tetapi mereka undang-undang itu dihapuskan. Mengapa? Mereka semua tak pentingkan keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam dan rakyat 26 juta, pekerja-pekerja dan peniaga-peniaga serta pelancung-pelancung yang datang dari Luar Negeri ke?

Pada pandangan dan pendapat saya, mereka semua mahukan ISA dihapuskan kerana mahu kebebasan 100% untuk berucap, untuk berforum, untuk berseminar, berdailog, berpidato tentang isu-isu sensitif seperti:

1. DEB;
2. Bahasa Ibunda @ Melayu, Cina, Tamil dll di sekolah;
3. Masuk Islam, keluar Islam;
4. Laungan Azan di Masjid dan surau;
5. Kebebasan bercakap dan menulis;
6. Kuil Hindu;
7. Mencium keris oleh Pemuda UMNO;
8. Keistemewaan orang Melayu dll

Bila ISA dan jika dihapuskan maka apa jadi? Semjua orang, semua media, semua blog BEBAS bercakap, menulis dan berbincang perkara-perkara sensitif.

Bila semua orang bebas bercakap hal-hal sensitif Bolehkah kita rakyat Malaysia dan badan-badan penguatkuasa seperti POLIS membendungnya, mengawlnya daripada merebak, menjadi panas, menjadi api seperti api dalam sekam bila ditiup angin makin merebak dan semakin membesar dan membakar?

Cakap sahaja, "Polis boleh kawal, boleh ambil tindakan, boleh dakwa di Mahkamah." senang.

Berapa banyak kes di bawah Seditious Act yang dapat didakwa dan dibicarakan di Mahkamah?

Berapa banyak kes yang tidak dapat dibawa ke Mahkamah kerana tidak ada saksi, tidak ada bukti?

Majlis Peguam, DAP, PKR,PAS, PPP, Gerakan, NGOs kena didik dan ajar rakyat Malaysia menjadi ""More civic minded, rela menjadi saksi Polis dan Pendakwa Raya dan berani menjadi saksi dan memberi keterangan di Mahkamah barulah ISA boleh dihapuskan.

Kalau ISA dihapuskan Negara kita tak menjadi selamat, tak nyaman, tak makmur, tak maju, tak harmoni.

TUN DMM, PAK LAH dan Tengku Razaleigh sendiri kata "Malaysia mempunyi 1st Class Facilities but 3rd Class mentalities".

Kalau dah macam tu bukan senang nak tangkap, tuduh, dakwa dan bicarakan orang, pemimpin-pemimpin yang main "bunga api".

Macam Singapura, kita di Malaysia masih perlukan ISA. Kalau tidak macam mana nak ambil tindakan undang-undang terhadap orang yang baling "bom"?

Mungkin ada bukti tetapi tak ada saksi. Ada saksi tapi tak ada bukti. Kalau ada lapuran risikan dan maklumatdari beberapa punca dan pehak macam mana?

Nak hapuskan ISA boleh. Tetapi masyarakat dan orang ramai, ahli-ahli parti politik dan penyokong-penyokong mereka kena diberi krusus khas dahulu.

PKR, DAP, PAS, UMNO, MCA, MIC dll parti politik, Senator Zahid Ibrahim, Majlis Peguam, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Teresa Kok, BERSIH dll badan NGOs kena beri krusus atas tajuk-tajuk berikut:-


1. Apa dia Akta Hasutan dan Akta Cetak?
2. Apakah dan siapakah yang dimaksudkan dengan racialist dan religious extremists dll yang berkenaan?
3. Bagaimana nak bantu Polis dalam siasatan keatas kes-kes hasutan dan kes cetak mencetak termasuklah penulis blog dan artikel di laman web .
4. Bagaimana nak bantu Polis dan Pendakwa Raya dalam perbicaraan di Mahkamah dalam kes-kes hasutan dan cetak mencetak.

Bila orang ramai semua sudah faham, sudah bersedia dalam perkara-perkara di atas barulah ISA dikaji semula sama ada boleh dipinda atau di gantung atau di hapuskan demi kepentingan keselamatan dalam negeri kita.


sumber http://mykmu.net/

Ahad, 21 September 2008

Artikle dari blog Amin Iskandar, Pengencing Rakyat!!!

Kata Pengencing Rakyat ni:

Syukur…. Teresa Kok telah dibebaskan.

Selepas tujuh hari ditahan, polis membebaskannya oleh kerana tidak ada sebab lagi untuk menahannya.

Ini bukti bahawa ISA digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk melindungi kesejahteraan politik Barisan Nasional dan bukan bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam.

Teresa Kok mahu menyaman kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo diatas penahanan beliau. Klik disini.

Saya sokong. Ketiga-tiga pihak ini memang patut disaman dan diheret ke mahkamah.

Kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia dan Khir Toyo memang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Untuk mengajar lagi ketiga-tiga pihak yang jahat ini, saya cadangkan agar Teresa Kok dan Pakatan Rakyat membawa isu ISA ini ke mahkamah pengadilan antarabangsa di The Hague.

Kerajaan Malaysia telah menggunakan ISA untuk mengekalkan kuasa mereka selama berpuluh tahun lamanya.

Masa telah tiba untuk mengajar mereka.

Pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang mendedahkan tentang konspirasi liwat terhadap Anwar Ibrahim masih lagi merengkok dalam tahanan ISA.

Protes dan perjuangan untuk membebaskan beliau harus diteruskan. Begitu juga dengan tahanan-tahanan ISA lain yang menderita selama bertahun-tahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting.

Mereka berhak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah jika benar-benar bersalah.

Tidak ada bezanya kerajaan Malaysia dibawah Barisan Nasional dengan Imperialis Amerika Syarikat yang telah memenjarakan ramai orang tanpa bicara di Guantanamo Bay.

ISA adalah musuh negara. ISA adalah warisan penjajah British. Umno dan BN mahu mempertahankan ISA kerana mereka dahulu adalah boneka penjajah British.

Islam pula diperalatkan oleh regim Abdullah-Najib untuk mengekalkan kuasa. Islam digunakan untuk memenjarakan Raja Petra dan Teresa Kok untuk survival politik BN.

Sedangkan regim Abdullah - Najib memenjarakan kumpulan-kumpulan Islam seperti Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI) untuk menyokong kempen “perang anti-terorisme” George Bush.

Tidakkah anda melihat pembohongan mereka?

Jika anda anti ISA dan mahu Raja Petra dan 64 orang lagi yang sedang dalam tahanan ISA dibebaskan, klik disini dan sokong Petisi Online Kepada Perdana Menteri untuk membebaskan kesemua tahanan ISA.

Pemerhati Dunia: Awatlah si Amin Iskandar ni sewel bin Bengap bin Tolol bin Bahalol bin BABI hah? ISA adalah sesuatu yang mujarab untuk menjaga KESELAMATAN NEGARA? Ai Amin... Kenapa ang tak bangkitkan sebab Dajjal-dajjal diatas ditahan?

Terressa Kok:

Ditahan atas kesalahan merungut dan menyuruh azan diperlahankan. Hang sukalah? Sebab hang nikan PENGKHIANAT AGAMA DAN SI MUNAFIK yang selandasan dengan Awar Ibrahim. Lagi Satu, si Terresa Kok ni marah sbb papan jalan raya ada tulis jawi. O.... Kau sokong sbb tak tahu baca jawi ek? Nak bukti? Bawah ni apa? Dah terang lagi bersuluh Dajjal Betina ni buat onarkan?




Raja Petra: Manusia jahiliyah ni yang bodoh sangat tentang ISLAM dan telah diberi banyak amaran mengutuk Isteri Rasullulah Yang Tersayang, Siti Khadijah. Tapi, hang kan Islam Ynag Bebas... Macam sahabat Anwar Ibrahim, SI ASGahr ALI!!! KAN!! PEREMPUAN BOLEH JADI TOK KADI! Fuh... Amin memang bengap al tolol!