Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Memaparkan catatan dengan label Minyak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak. Papar semua catatan

Isnin, 18 Ogos 2008

Malaysian People Are Lucky



clik pada imej untuk dibesarkan!

Rakyat Malaysia seharusnya menerima tindakan Kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak dengan hati dan minda yang terbuka, kata Ketua Pengarah sebuah syarikat dari Rusia, Invest-Capital Ltd, Akhmed Shaptukaev.

"Anda sememangnya bertuah kerana masih lagi menikmati subsidi minyak. Malah, harga minyak di sini tidak begitu mahal.

"Rusia mengeluarkan 10 juta tong minyak sehari, itu adalah 10 kali ganda dari apa yang dihasilkan oleh Malaysia. Tetapi harga minyak kami adalah jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia manakala paras gaji di negara kami juga jauh lebih rendah.

"Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keadaan sebenar atau situasi pasaran harga minyak yang berlaku kini kerana simpanan atau faedah dari subsidi minyak Kerajaan akhirnya akan dinikmati oleh rakyat Malaysia sendiri.

Shaptukaev adalah salah seorang dari 4 delegasi dari Republik Chechnya yang dalam rangka lawatan selama 5 hari ke Malaysia yang bermula dari 14 Julai 2008. Lawatan itu bertujuan untuk meneroka peluang-peluang perniagaan dan pelaburan di sini.

Mereka telah berjumpa dengan pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, DRB-Hicom, Majlis Promosi Perabot Malaysi (MFPC), Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC), Universiti Limkokwing dan lain-lain lagi badan yang berkaitan.

Perbincangan banyak menjurus kepada isu-isu perdagangan dan pelaburan dua hala di dalam bidang minyak dan gas, petrokimia, automotif dan komponen-komponen pengeluaran, projek-projek infrastruktur dan pendidikan.

Di atas ialah transalsi yang dibuat berdasarkan artikel akhbar NST.

Selasa, 15 Julai 2008

Ulasan Mengenai Debat Harga Minyak.

Assalamualaikum, ketika saya menulis artikel ini, saya baru sahaja habis menonton debat yang berlangsung di TV9, AWANI DAN BERNAMA TV. Dan debat tersebut berlangsung dengan agak menarik dan aman, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagi, saya ini sudah membuktikan ketulusan kerajaan di dalam mentadbir negara. Ialahkan, siapa yang berani berdebat dengan Anwart Ibrahim yang memang sudah terkenal dengan lidah petahnya itu, pasti jikalau diajak singa sekalipun, belum tentu ngauman raja rimba itu mampu mengalahkan kepetahan lidah Anwar. Namun, YANG INGIN saya tekan menganai keberanian , (terlupa pulak namanya) saya tabik spring kepada Menteri Penerangan kita, beliau memang barani kerana benar!!!
Apa yang saya dapat lihat, saya tidak nampak yang Anwar yang seperti diwar-warkannya, akan membentangkan Magic Formulanya, yang kononnya akan menurunkan sekaligus harga minyak Malaysia, jika dia menjadi PM - tetapi saya tidak kenapa pulak dia kali ini, di dalam debat itu tiba-tiba menekankan hanya 50 sen jer... Mungkin dia tahu terlalu mustahil!
Beliau hanya mengatakan kalaulah kita guna 5 billion daripada Petronas sahaja, kita mampu menunurunkan. Mungkin Menteri Penerangan kita tu terlepas dengar apa yang dicakapkan oleh Anwar, guna 5 billion untuk menurunkan harga minyak.
Pemutar alam betul DSAI tu. Cuba para pembaca fikirkan kembali...
Rakyat Malaysia= 30 Juta orang (kajioan terkini).
Rakyat Yang Menggunakan Kereta= 2/3.
Rakyat Miskin= 4.5 %
Subsidi setiap satu: 50 sen
Kira sekarang jumlah kerajaan terpaksa tanggung:
(2/3 X 30 Juta Orang) X 50
Jadi rakyat miskin dikecualikan di dalam memiliki kereta. *miskin ialah yang mempunyai gaji 1200 kebawah.
Jumlahnya ialah lebih daripada 100 Billion ringgit!!!!! 5 biilion tu mungkin adalah angan-angan si Anwar itu sahaja.
Apa yang menarik perhatian saya lagi ialah mengenai MP kita, beliau mengatakan bahawa kita menaikkan harga minyak dengan mendadak atas sebab kita tidak mahu kuantiti dan rizab minyak negara akan hampir kosong, dan sekarang pula kita menurunkan harga minyak step by step dan kemudian minyak kosong, kita dah tak apa nak jual, dan masa tu kita menaikkan harga minyak sebanyak lebih daripada sekarang dan kadar inflasi akan bertambah.
Pada masa itu pula, saya dah masuk Universiti mungkin dan saya tak nak masa tulah mak dan bapa saya bersusah payah untuk mencari wang yang masa tu mungkin lebih mahal daripada sekarang. Jadi, ini ialah rancangan jangka panjang!!! Kita tidak perlulah melolong tak tentu pasal macam DSAI yang cakap tak serupa bikin.
Jadi saya akhiri ulasan saya dengan mengajak para pembaca renungi kata-kata org2 tua melayu dulu-dulu. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian.
P.S: Jangan jadi tamak dan pentingkan diri. Mana semnagat cintakan negara???

Rabu, 11 Jun 2008

Harga Minyak Naik!!! Kenapa?

Assalamualaikum kepada para pengunjung laman webblog ini,





Topik saya hari ini berkisarkan tentang topik yah semakin hangat diperdebatkan dan dibincangkan di dalam mana media massa dan juga di kopi. Topiknya tak lain tak bukan ialah mengenai HARGA MINYAK!!! Seperti yang sedia maklum, harga minyak di negara kita telah naik hampir 80 sen. Bagi saya tindakan saya itu wajar TAPI BERSEBAB. Mengapa saya berpendapat sebegitu? Pertama, atas sebab pengharaman belian minyak oleh warga asing, kerajaan terpaksa membayar kerugian SEBANYAK LEBIH 3 Bilion kepada stesen-stesen minyak di Malaysia dengan tujuan subsidi kepada rakyat Malaysia tidak digunakan oleh warga asing dengan sewenang-wenangnya. Apa kes? Ada juga saya dilayangkan dengan pertanyaan daripada segelintir pihak yang mempersoalkan jika minyak, negara kita yang jual, kenapa tak digunakan sahaja minyak kita untuk diberi kepada warganegara ini. Bukankah lebik baik?Memang lebih baik sekiranya kita ingin lihat ramai lagi orang Malayisa yang jatuh bankrap, wahai pembaca yang budiman. Hal ini kerana harga minyak kita di pasaran ialah hampir 7.00 dolar amerika seliter, mampukah rakyat kita membelinya? Okey, ada juga yang kata mengapa tak dijual sahaja kepada rakyat Malaysia dengan harga yang murah? Boleh kalau kita nak lihat negara Malaysia terpaksa menanggung rugi yang hampir 1 Trillion. Mahukah? Lu pikirlah sendiri... Itu kata-kata saya. Anwar Ibrahim, bekas timbalan menteri Malaysia dan menteri kewangan Malaysia, di dalam ceramahnya sebelum ini berkata.





"Najib kata, Depa tak tau ekonomi, kalau harga minyak turun serta-merta, maka ekonomi akan bankrap! Saya, menteri kewangan selama 8 tahun berturut-turut, tapi harga minyak tetap sama RM 1.18, tak bankrap pun?! Jadi bila saya jadi PM esok, saya akan turunkan harga minyak serta merta!"








Kata-katanya kemudian disambut dengan tepukan oleh ribuan penyokongnya yang sah BODOH DAN BUTA. TANGKAP SAHAJA APA YANG DIKATAKAN OLEH DEWA MEREKA ITU. Hey, sedarlah,masa tu harga minyak masih belum berada di ambang kenaikan harga minyak!








Demontrasi dan kononnya protes Sejuta Rakyat yang menyuruh harga minyak turun. Saya puji tindakan manusia yang menganjurkannya tetapi ada juga saya keji, tok usah salahkan kerajaan, hang kalau nak buat demontrasi sangat, pi kat pejabat kedutaan amerika sebab depa yang dok kawal harga minyak, pi hancurkan atau buat apa-apa yang patut, barulah harga minyak yang turun sebab Amerika yang kawal! USA IS THE ONE WHO CONTROLE THE OIL PRICE!!!! UNDERSTAND TO THE STUPID MALAYSIAN PEOPLE? Saya minta maaf sekiranya bahasa saya kali ini agak kasar tetapi kemarahan di dalam tubuh saya tidak dapat di bendung lagi.




Di atas ialah senarai harga minyak dunia (negara-negara UTAMA DI DUNIA yang mengeluarkan minyak? Mengapa negara kita tidak di bandingkan dengan negara-negara pengeluar tersebut? Hey, bukalah minda sikit? Diorang tu negara pengeluar utama minyak di dunia, kita ni hanyalah SAMPINGAN! Mengapa saya berkata sedemikian?Pertama, minyak mereka akan bertahan lebih daripada 50 tahun (terutama Venezuela, 80 tahun lagi, sebab mereka memulakan pengalian petroleum mereka pada awal 1999) sedangkan stok minyak di negara kita akan bertahan sekurang-kurangya 5 tahun lagi (2013)! Tahukah anda mengapa harga minyak semakin naik (bukan sahaja di Malaysia di dunia)? Pertama, sebab Amerika yg naikan (kalau lepas ni nak buat demontrasi sgt, wat kat pejabat kedutaan amerika) dan keduanya ialah MINYAK SEMAKIN BERKURANG DI DUNIA! Jadi atas sebab minyak Malaysia semakin berkurang, sebab itulah minyak Malaysia naik harganya... Lagi satu... Mereka tak beli minyak, tapi kita beli minyak sbb org malaysia tak mampu nak bli minyak sendiri. Tahukah anda yang kualiti minyak Malaysia jika dibandingkan dengan arab saudi, Malaysia jauh lebih bagus sebab Petroelum di dasar laut dengan padang pasir, Petrolieum dasar laut lebh tahan lama. Negara belanda merupakan negara yang memiliki harga minyak plg mhl sbb dia beli minyak kita (harganya dalam 8.50 dolar amerika). Jadi, mampukah rakyat kita beli minyak kita? Kita pula membeli minyak Indonesia yag rendah kualitinya. (Harga minyak Indonesia lebih mahal sebab mereka semakin kekurangan minyak jika dibandingkan dengan Malaysia). Terima kasih.... -Helmi.
Jadi dengan artile yang dibuat secara terburu-buru di atas, diharap rakyat Malaysia BUKA MATA SEDIKIT.