Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Selasa, 15 Julai 2008

Ulasan Mengenai Debat Harga Minyak.

Assalamualaikum, ketika saya menulis artikel ini, saya baru sahaja habis menonton debat yang berlangsung di TV9, AWANI DAN BERNAMA TV. Dan debat tersebut berlangsung dengan agak menarik dan aman, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagi, saya ini sudah membuktikan ketulusan kerajaan di dalam mentadbir negara. Ialahkan, siapa yang berani berdebat dengan Anwart Ibrahim yang memang sudah terkenal dengan lidah petahnya itu, pasti jikalau diajak singa sekalipun, belum tentu ngauman raja rimba itu mampu mengalahkan kepetahan lidah Anwar. Namun, YANG INGIN saya tekan menganai keberanian , (terlupa pulak namanya) saya tabik spring kepada Menteri Penerangan kita, beliau memang barani kerana benar!!!
Apa yang saya dapat lihat, saya tidak nampak yang Anwar yang seperti diwar-warkannya, akan membentangkan Magic Formulanya, yang kononnya akan menurunkan sekaligus harga minyak Malaysia, jika dia menjadi PM - tetapi saya tidak kenapa pulak dia kali ini, di dalam debat itu tiba-tiba menekankan hanya 50 sen jer... Mungkin dia tahu terlalu mustahil!
Beliau hanya mengatakan kalaulah kita guna 5 billion daripada Petronas sahaja, kita mampu menunurunkan. Mungkin Menteri Penerangan kita tu terlepas dengar apa yang dicakapkan oleh Anwar, guna 5 billion untuk menurunkan harga minyak.
Pemutar alam betul DSAI tu. Cuba para pembaca fikirkan kembali...
Rakyat Malaysia= 30 Juta orang (kajioan terkini).
Rakyat Yang Menggunakan Kereta= 2/3.
Rakyat Miskin= 4.5 %
Subsidi setiap satu: 50 sen
Kira sekarang jumlah kerajaan terpaksa tanggung:
(2/3 X 30 Juta Orang) X 50
Jadi rakyat miskin dikecualikan di dalam memiliki kereta. *miskin ialah yang mempunyai gaji 1200 kebawah.
Jumlahnya ialah lebih daripada 100 Billion ringgit!!!!! 5 biilion tu mungkin adalah angan-angan si Anwar itu sahaja.
Apa yang menarik perhatian saya lagi ialah mengenai MP kita, beliau mengatakan bahawa kita menaikkan harga minyak dengan mendadak atas sebab kita tidak mahu kuantiti dan rizab minyak negara akan hampir kosong, dan sekarang pula kita menurunkan harga minyak step by step dan kemudian minyak kosong, kita dah tak apa nak jual, dan masa tu kita menaikkan harga minyak sebanyak lebih daripada sekarang dan kadar inflasi akan bertambah.
Pada masa itu pula, saya dah masuk Universiti mungkin dan saya tak nak masa tulah mak dan bapa saya bersusah payah untuk mencari wang yang masa tu mungkin lebih mahal daripada sekarang. Jadi, ini ialah rancangan jangka panjang!!! Kita tidak perlulah melolong tak tentu pasal macam DSAI yang cakap tak serupa bikin.
Jadi saya akhiri ulasan saya dengan mengajak para pembaca renungi kata-kata org2 tua melayu dulu-dulu. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian.
P.S: Jangan jadi tamak dan pentingkan diri. Mana semnagat cintakan negara???

6 ulasan:

Diana berkata...

pegi la ko nyer MP tue...

ckp smpi air liur terkumpul. sungguh menjijikkan... memang tak de tokoh ar nak jadi menteri. gi resign ar.

MP ko bagi auta...

DSAI bagi Fakta....

memutar belit kan isu... dgn menyentuh hal peribadi DSAI

tak sedar diri..... diri sendiri pon dari semangat 46.

Diana berkata...

paham2kan diri yg tak paham pasal fomula DSAI.

Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.

Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.

Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar.

"Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.

Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.

Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.

Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya.

Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.

Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.

Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat inyak tertinggi dari segi keuntungannya.

Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.

Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.

Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.

Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.

Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.

Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.

Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.

Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.

Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.* lu pikir la sendiri

Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.


tq to www.malaysiakini.com

Dr Tan Kee Hui berkata...

Bagi saya siapa yang tak banyaK membacalah yang menagatakan bahawa Anwar mengatakan yang fakta tetapi Shabery mengatakan yang auta,

Saya merupakan seorang yang berpengalaman di dalam bidang debat, dan pernah dipilih sebagai juri bagi pertandingan debat antarabangsa, jadi saya dapat mengesan yang manakah fakta ataupun auta.

Jika ditinjau daripada peraturan pertandingan debat antarabangsa 1987, menyerang peribadi lawan - dibenarkan sekiranya berkaitan dengan isu yang dibawakan sebagai topik di dalam debat tersebut - ini juga dikira sebagai permainan psikologi di dalam pertandingan debat.

Pendebat boleh mengungkit peribadi lawan seperti mempersoalkan kewibaan pendebat atau apa-apapun. Tetapi, kenyataannya, memang rakyat Malaysia masih mentah dan kurang bijak; termasuk di dalam debat - atau di dalam konteks yang lebih senang, rakyat Malaysia masih kekal sebagai rakyat yang berminda mundur.Buktinya, berdasarkan apa yang dikatakan oleh Diana di dalam koment yang sebelumnya. Maaf jika terasa, tetapi inilah realitinya. Bukan anda sahaja Diana masih berminda kelas ketiga tetapi, hampir 97 peratus rakyat Malaysia tergolong di dalam golongan tersebut.

Kembali kepada tajuk, saya ulaskan satu persatu, Anwar jelas seorang yang tidak jujur, janji manis yang kosong dan hanya rhetorik berupa kenyataan (orang yang mencari perhatian dengan kepopularism) semata mata dengan menjanjikan bahawa RM 5 billion subsidi boleh diberikan dari pelaksanaan semula perjanjian pembelian tenaga dengan pembekal tenaga bebas (IPP).

Dengan RM 5 billion ini, beliau menjanjikan pengurangan serta merta RM 0.50 seliter harga runcit petrol dari RM 2.70 sekarang ini.

Setakat yang orang ramai sedar, Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.

Anwar mendakwa berlaku ketirisan dan kebocoran ketara dalam perjanjian pembelian tenaga, yang kununya memihak kepada pembekal tenaga bebas (IPP) dan mengaut RM billion dari keuntungan. Anwar sengaja memanipulasikan fakta bahawa beliau merupakan Menteri Kewangan semasa kebanyak perjanjian ini ditanda tangani dan beliau pada masa itu mempunyai kuasa veto untuk menentukan perjanjian yang membebankan TNB tidak dilaksana.

Mungkin Anwar juga percayai rata rata rakyat Malaysia akan terlupa bahawa syarikat pembekal tenaga bebas seperti Kumpulan MRCB (Malakoff dan Segari) merupakan ‘kroni’ beliau, semasa menjawat Menteri Kewangan. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Genting dan Arab Malaysian, juga pembekal tenaga bebas yang aktif.

Menteri Penerangan Dato’ Ahmad Shabery Cheek juga berjaya memberi gambaran yang baik mengenai kemampuan Anwar membuat keputusan strategik dalam soal ekonomi dengan memberikan contoh preskripsi IMF yang Anwar bawa semasa krisis ekonomi dan kewangan 1997-8, yang sememangnya memberikan kesan buruk kepada banyak syarikat dan industri, samada IKS maupun yang gergasi.

Memperjudikan ekonomi negara dengan menjanjikan subsidi yang tidak mungkin dapat ditampung jangkamasa panjang kerana sistem menentukan harga pasaran minyak mentah bukanlah sesuatu yang Kerajaan Malaysia mampu mengawal.

Kebarangkalian Anwar sebenarnya mempunyai kefahaman amat lemah mengenai sistem harga runcit petrol dan kos sebenar saringan dan penyediaan petrol, termasuk kos penghantaran dan pemasaran, adalah tinggi. Anwar juga gagal menjelaskan perjanjian pengeluaran minyak mentah yang rata rata secara majoriti dikuasai kontraktor asal industri minyak Malaysia.

Petronas, yang ditubuhkan 1974, mula bergiat melombong minyak dengan sendiri lebih sepuluh tahun kemudian. Ini lebih kurang 80 tahun lewat berbanding Shell, di Sarawak.


Melemparkan sesuatu yang didambakan rakyat dengan harapan mengunung, adalah memang cara biasa Anwar untuk meraih sokongan. Subsidi yang Anwar janjikan ini lambat laung akan membebankan Kerajaan dan sebagaimana Shabery mempersoalkan, apakah wajar Malaysia berhutang untuk mengekalkan subsidi yang Anwar janjikan ini, tatkala harga pasaran minyak mentah makin naik, terutama akibat penyangak pasaran hadapan.

Anwar, dengan cara penyampaian oratori hebat yang mengaburi pemikiran, mungkin berjaya memberikan rakyat Malaysia gambaran bahawa Malaysia merupakan pengeluar penting bahan bakar paling berharga dunia itu. Malangnya, sebagai pengeluar berjumlah 700 ribu tong sehari, kedudukan Malaysia sebagai pengeluar bersih (net producer) adalah hanya 1.2% dari keperluan dunia.

Memang ada kewajaran bahawa bekalan minyak sekitar perairan negara tidaklah banyak tinggal lagi kerana telaga sekitar Malaysia yang telahpun mula dikorek semenjak seabad ini (jauh lebih awal dari negara seperti Saudi dan Kuwait, pengeluar paling utama dunia).

Anwar juga gagal menjelaskan bahawa Malaysia lebih bergantung kepada pendapatan dari pengeluaran gas asli dan subsidi yang diberikan kepada bahan bakar ini sebenarnya hampir RM 2.00 seliter.


Kewajaran hujah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencadangkan subsidi ini ditarik berperingkat sementara peluang meningkatkan pendapatan dipelbagaikan merupakan sesuatu yang Anwar sebenarnya mampu permodalkan.

Malangnya, sebagaimana biasa, kepentingan Negara dan rakyat tidak langsung, terutama jangkamasa panjang dan strategik, menjadi perkiraan Anwar, yang sememangnya mendambakan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Kegagalan Anwar ini hanya kerana pembohongan akan berjaya menurunkan harga runcit petrol yang berjaya dilaksanakan sebagai strategi ekonomi, merupakan modal yang dicanang sebelum Pilihanraya Umum ke XII, dimana harga pasaran minyak mentah pada masa itu tidaklah setinggi pada hari ini.

Anwar Ibrahim ada juga mengatakan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara. Tetapi, itu adalah Auta! Apa yang sebenarnya ialah 140 dolar setong, membawa pulangan RM 360 Juta. Jelaslah bahawa anwar bermain dengan kata-katanya. Inflasi? Fahamkah saudari Diana dengan Inflasi? Jika harga barang semua naik, itu dikira sebagai Inflasi? Saya tergelak-gelak, gelak, gelak! Diana, yang dimaksudkan dengan inflasi ialah bukan sahaja dengan harga barang, jumlah bekalan dan tahap ekonomi. Inflasi yang naik 8 peratus bagi MALAYSIA hanyalah jumlah kecil buat sesebuah negara jika dibandingkan dengan negara-negara yang mempunyai harga minyak yang rendah, 30% jumlahnya. Mungkin harga minyak mereka rendah, tp jk dibandingkan dengan inflasi dari segi lain, merekalah yang tertinggi di DUNIA. Inflasi di Malaysia tidak memberikan kesan yang besar.

Lagi satu, Diana ada tgk ker debat semalam? Kata MP, kita mesti jadi macam Norway dan Finland, bkn kita dah jadi, dan ini juga satu putar belit DSAI.

Ada 'bodoh' juga penyokong PKR yang bernama Diana tu yer, maaf, tapi ini hakikatnya, kita beli minyak, dalam masa yang sama kita import minyak, sbbnya, kita x prnh jual minyak kita, saya yakin yang Diana tahu sebabnya.

Jadi keuntungan 360 Juta setong itu tak kemana... Lagi satu, Petromas korek minyak pun, bukan guna teknologinya, tapi pinjam kat luar, jadi kos yang hendak dibayar juga meningkat.

TaksukaAnwar berkata...

Alah Anwar boleh turunkan harga minyak. Mintakla kat USA (kawan baik dia) tu yang control harga minyak,pi turunkan bukan gitu?

kiran berkata...

oppss lupa pulak nak pesan kat bung nuar..jgn lupa besok pi balai polis esok ye...bangun awai sikit...tapi jgan buat temberang cam dalam debat tadi pulak..ini kes polis bukan cam debat tadi! kakakak

Tanpa Nama berkata...

Dr Tan Kee Hui said...
Bagi saya siapa yang tak banyaK membacalah yang menagatakan bahawa Anwar mengatakan yang fakta tetapi Shabery mengatakan yang auta,

Saya merupakan seorang yang berpengalaman di dalam bidang debat, dan pernah dipilih sebagai juri bagi pertandingan debat antarabangsa, jadi saya dapat mengesan yang manakah fakta ataupun auta.

Jika ditinjau daripada peraturan pertandingan debat antarabangsa 1987, menyerang peribadi lawan - dibenarkan sekiranya berkaitan dengan isu yang dibawakan sebagai topik di dalam debat tersebut - ini juga dikira sebagai permainan psikologi di dalam pertandingan debat.

Pendebat boleh mengungkit peribadi lawan seperti mempersoalkan kewibaan pendebat atau apa-apapun. Tetapi, kenyataannya, memang rakyat Malaysia masih mentah dan kurang bijak; termasuk di dalam debat - atau di dalam konteks yang lebih senang, rakyat Malaysia masih kekal sebagai rakyat yang berminda mundur.Buktinya, berdasarkan apa yang dikatakan oleh Diana di dalam koment yang sebelumnya. Maaf jika terasa, tetapi inilah realitinya. Bukan anda sahaja Diana masih berminda kelas ketiga tetapi, hampir 97 peratus rakyat Malaysia tergolong di dalam golongan tersebut.

Komen saya :

Ni lagi satu Dr bodoh auta yg belajar dari pusat pengajian yang tidak menitikberat tumpuan fakta perdebatan. Dr. auta, bila berdebat kita jgn lari daripada tajuk....kalau tajuknya minyak petroleum jangan berdebat tentang minyak attar (macam shabiri-biri cakap semalam). Dan jika dalam ujian dimana-mana universiti yang pernah Dr auta belajar, setiap essei atau ulasan yang lari dari tajuk, yang pastinya kertas ujian Dr auta berakhir di dalam tong sampah....hehehe....baik Dr belajar balik SRP ke.



Kembali kepada tajuk, saya ulaskan satu persatu, Anwar jelas seorang yang tidak jujur, janji manis yang kosong dan hanya rhetorik berupa kenyataan (orang yang mencari perhatian dengan kepopularism) semata mata dengan menjanjikan bahawa RM 5 billion subsidi boleh diberikan dari pelaksanaan semula perjanjian pembelian tenaga dengan pembekal tenaga bebas (IPP).

Dengan RM 5 billion ini, beliau menjanjikan pengurangan serta merta RM 0.50 seliter harga runcit petrol dari RM 2.70 sekarang ini.

Setakat yang orang ramai sedar, Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar.

Komen saya :

Ye la.....bila dah tak de tempat nak kaut duit masuk dalam poket sendiri, kat situ je la dia pegi....konon subsidi.....kalau subsidi....kenapa tak bagi subsidi pada petronas sahaja????? petronas kan syarikat kerajaan malaysia????yang sekarang ni kenapa malaun2 BN tu bagi subsidi kepada syarikat minyak asing seperti Shell, Esso, BHP dll???? Biar la mereka bersaing dengan petronas. Walaubagaimaanapun kenaikan minyak secara langsung akan menaikkan kos barang. Naiknya kos barang, maka berlakulah inflasi. Cuma malaun BN sahaja yang sedar prinsip asas ekonomi.


Senang cerita la, awak ni pun saya tengok banyak auta drpd fakta macam anak sedara saya yang berada di tingkatan 3. Entah betul ke tidak dr. ni....dr beli kut???? datuk pun boleh RM30k.....kuang...kuang...piiiiiraaaaaah.....hang cakap panjang2 pun tak guna.

Yeaaa...barua2 negara telah pergi menangkap anuar.....semua reporter kena letak jawatan tak boleh buat liputan lagi....so tak de la berita pusing2.....kikikik