Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Sabtu, 26 Julai 2008

Sajak: Kita Tidak Tahu

Kita tidak tahu
Apa yang sedang menanti
Di penghujung jalan
Di atas duniawi
Apakah nasib bila dipertemui
Dengan Malaikat yang menyoal kita nanti
Apakah yang telah kau lakukan
Ketika waktu menahkodakan pelayaran hidup ini
Di atas dunia yang sementara ini


Kita tidak tahu
Betapa bakal bergemanya
Dunia ini
Apabila terpisahnya nyawa dari badan
Apabila dikatakan
Bagai dihiris seribu kali dengan pedang
Tapi, kenapa?
Kita masih leka dengan segala-galanya?
Masihkah ada masa kita?
Jangan sampai Izrail memanggil!
Jangan tunggu Sangkakala ditiup!
Barulah mula mengalir air mata taubat ini


Janganlah rakan
Marilah rakan
Selagi bernafas di dada
Selagi bintang belum terpadam kelipannya
Selagi itulah
Kita beribadat padanya
Selagi itulah
Kita menjadi hamba yang soleh
Insyaallah, Syurga sedang melambai
Di atas sana
Di kala nikmat Allah
Sudah terjamin
-hasil nukilan Nur Helmi bin Afandi, 15 TAHUN...

Tiada ulasan: