Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca blog yang sedang meningkat naik ini. Hari ini, setelah lama bercakap panjang mengenai politik, saya beralih angin pula kepada soal agama. Di sekolah, saya memang dikenali sebagai seorang pelajar yang hebat di dalam bidang perbandingan agama ini, walaupun saya baru sahaja berumur 15 tahun. Saya telah didatangi oleh rakan cina saya yang beragama Krsitian. Beliau tiba-tiba membangkitkan isu tuhan agama Islam yang kami sembah ialah ialah tuhan kepada bulan. Terkejut beruk saya apabila diajukan oleh pertanyaan yang sedemikian rupa. Saya bertanya kembali kepada dia:
"Mok, (nama beliau), mana kamu dapat keyataan yang menghina sebegini?"
"Maafkan saya, tetapi inilah yang dikatakan oleh paderi di gereja **. ******* ketika saya pergi ke sana untuk mendengar ceramah!" balasnya dengan sopan. Dia juga memberikan beberapa ayat yang dipetik daripada Al Quran kepada saya. "Helmi, cuba awak dengar terjemahan kitab ini, "Among His Signs are the Night and the Day, and the Sun and the Moon. Adore not the sun and the moon, but adore God, Who created them, if it is Him ye wish to serve. (The Noble Quran, 41:37)"
"Oh... itu. Biar saya jelaskan, sebenarnya tuhan agama kami adalah tuhan untuk semua. Nampaknya, sekali lagi awak dipesongkan oleh paderi kristian kamu itu, kalau begitu, maksud kamu tuhan agama kristian ialah tuhan yang hanya untuk manusia? Bukan untuk semua makhluk ciptaanya? Inilah bukti kebesaran Allah, tuhan sekalian Alam, bukan macam tuhan kamu yang hanya tuhan untuk manusia sahaja bukan?
Selepas hujah yang begitu menyakinkan itu, rakan saya itu terdiam lalu berlalu pergi. Niatnya untuk cuba menghina Allah kemudian terpalit pada tuhannya Jesus. Subhannallah, maha suci Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan