Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Isnin, 28 Julai 2008

Perempuan Memang tak Guna!!!

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya. (boleh hantar pada ruangan komen dibawah)
1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehinggaterbayang kulitnya. Kerana dia tahu,bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai olehperempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secarakimia) yg digunakan utk membuatpewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahusesiapa sahaja yang bercakap perkarayang keji adalah mereka yang rendahakhlaknya. Lelaki atau perempuan yangbercakap menggunakan perkataan yangburuk @ jahat, adalah seperti sepohonpokok yang rosak akar tunjangnya. Diatahu bahawa perumpamaan perkataan yangbaik dan buruk dinyatakan dengan jelasdalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborakuntuk mengatakan hal-hal orang yangdisekitarnya atau dengan kata lainmengumpat, memperkatakan keabaiansaudaranya. Dia tahu bahawa sekiranyaorang yang suka mengumpat baik lelakiatau perempuan dia seolah-olah memakandaging saudaranya sendiri. Apakahsanggup kita memakan daging saudarasendiri? Persoalan ini ditanyakankepada kita dalam firmanNya ayat 12.surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudungtiga segi, apabila memakainyadiselempangkannya sehingga nyatabentuk perbukitan pada badannya(tudung siput babi). Sememangnya iamenjadi tatapan mata lelaki yang jahatyang terkena panahan syaitan. Dia tahuapabila bertudung, dia mestimelabuhkan tudungnya sehingga menutupalur lehernya dan tidak menampakkanbentuk di bahagian dadanya. PesanRasul seperti yang disuruh oleh Allahtersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yangbergelar suami mesti memberiperingatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggokbahasa yang boleh menggoda seoranglelaki. Jika bercakap dengan lelakiyang bukan mahramnya, bercakaplahdengan tegas. Jangan biarkan suaralentukku untuk menarik perhatianlelaki yang sakit dalam hatinya.Sememangnya suara perempuan bukanlahaurat, jika aurat maka Allah tidakakan menjadikan perempuan bolehberkata-kata. Bertegaslah dalampercakapan, jangan gunakan suaramuuntuk menarik perhatian lelakisehingga menjadi fitnah buatmu. Bahayasuara wanita yang bercakap dengan gayamembujuk yang boleh mencairkan keegoanlelaki (yg bukan mahramnya) dicatatdalam ayat 32 surah al-Ahzab. Maknaayatnya lebih kurang begini"Makajanganlah kamu tunduk dlm berbicarasehingga berkeinginanlah orang yangada penyakit dlm hatinya danucapkanlah perkataan yang baik"'Tunduk' di sini ditafsirkan sbgberbicara dgn sikap yang bolehmenimbulkan keberanian orang untukbertindak jahat kpd mereka. "Penyakitdlm hati" adalah keinginan seoranglelaki utk melakukan perbuatan sumbangdgnnya seperti berzina. Mengapa?Lelaki sangat mudah tertarik kpdseorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan memang tidak guna alatmake-up untuk menonjolkankejelitaannya melainkan di hadapansuaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepadawanita muslim (muslimah) keranasemestinya kecantikannya adalah hakekslusif yang mesti persembahkankepada suaminya. Jika ingin keluarbekerja, dia memakai make-up secarabersederhana sahaja sehingga tidakjelas kelihatan pada wajahnya diabersolek. Jangan bersolek sehinggacantiknya anda sehingga kadang2 wajahanda menjadi seperti hantu. Hendakbergincu? Jika bergincu, pakailah ygtidak menyerlah warnanya. atau Mengapatidak pakai lipstick sahaja?
9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnyajala yang digunakan untuk memukathaiwan akuatik. Kerana apabila memakaitudung seperti ini, akan nampak jugabahagian yang sepatutnya ditutup rapidari pandangan orang lain. Rambutadalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' denganmenayangkannya tanpa sebarangperlindungan. Jika mahkota berhargadisimpan dengan rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untukmenjaga keselamatannya, maka demikianjuga dengan rambut wanita. Sangkar ituadalah kain litup yang sempurna danpengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

Tiada ulasan: