Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Selasa, 22 Julai 2008

Anwar Hero!!!????

Selama ini ramai (penyokong dan mereka yang simpati) beranggapan Anwar seorang yang berani dan mungkin layak digelar "hero" atau superman di Malaysia. Sebab sejarah beliau begitu hebat menggerakkan rakyat menentang kerajaan. Lihatlah ketika mengetuai rusuhan pelajar berhubung Peristiwa Baling ketika dia masih di UM dahulu. Kemudian gerakan reformasi sejurus selepas dipecat sebagai TPM kerana salah laku (baca: liwat) dan kini menyusun gerakan menentang Najib selepas didakwa meliwat (baca: kes kedua).

Namun, kalangan penyokong dan mereka yang simpati sama ada sedar tetapi enggan menerima hakikat, sedar tetapi mengabaikannya, antara sedar tak sedar, atau mereka yang bengap sehingga tidak sedar sama sekali bahawa Anwar sebenarnya seorang PENGECUT! Berikut adalah contoh senarai tindakan "tiada telur" oleh Anwar berhubung beberapa insiden yang dicetuskan beliau sendiri:

1) Rusuhan pelajar semasa Peristiwa Baling - Melarikan diri dengan VW-nya apabila menyedari kehadiran FRU. (Disahkan oleh salah seorang rakan seperjuangannya di UM dahulu dan ramai lagi saksi).

2) Reformasi 1998 - Menghilangkan diri selepas membuat provokasi di Masjid Negara selepas menyedari kehadiran FRU. Sebab itu beliau sendiri tidak pernah ditahan ketika reformasi berlaku, melainkan atas dakwaan salah laku seks.

3) Melarikan diri ke Jerman selepas dibebaskan konon nak dapatkan rawatan sakit belakang. Beliau takut menerima rawatan di Malaysia, sebab takut dianiaya. Siapa aniaya siapa DS?

4) Bersembunyi di kedutaan Turki apabila mendapat tahu Saiful membuat laporan polis kerana diliwat, dengan alasan takut ancaman bunuh. Pooodah....!!

5) Takut bermubahalah (bersumpah atas nama Allah) untuk membuktikan kebenaran bahawa laporan Saiful palsu atau dirinya tidak bersalah. Kalau tak bersalah buat apa takut bersumpah?

6) Takut memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kes liwatnya. Sehingga polis terpaksa menahannya. Polis kata Anwar cuba larikan diri...

7) Takut diambil sampel DNA dengan berikan pelbagai alasan. Hai, kalau tak bersalah buat apa takut? Berani kerana benar, takut kerana salah, DS! Itulah antara senarai tindakan Anwar yang menggambarkan bahawa beliau sebenarnya seorang pengecut, penakut, tiada telur dan apa sahaja istilah yang bersamaan dengannya!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin hari semakin ramai yang meragui Anwar. Tindak tanduk Anwar kebelakangan ini terutama dalam kes dakwaan 'liwat 2' membuka mata rakyat. Malah ada suara yang berani menyatakan bahawa Anwar sememangnya melakukan perbuatan tersebut.

Pelbagai syarat yang diletakkan Anwar hanyalah alasan untuk melambatkan dan mengganggu peroses sisasatan. Kes yang terlalu mudah untuk diselesaikan menjadi terlalu rumit. Masa dan wang rakyat telah, sedang dan akan dugunakan untuk menyelesaikan kes ini hanya kerana yang terlibat adalah Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim telah banyak menyusahkan rakyat, dahulu, sekarang dan akan terus menyusahkan rakyat dimasa akan datang. Bagi mereka yang masih menyanjung Anwar, masanya telah sampai untuk menyoal diri anda sendiri SIAPA ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA. Carilah jawapannya sekarang dan nilailah Anwar Ibrahim berdasarkan fakta dan bukan berdasarkan emosi yang lahir hanya dengan mendengar pidato Anwar.

Tanpa Nama berkata...

Saya ada satu kata-kata yang perlulah direnungi oleh manusia-manusia sejagat:

seorang penyiasat tak semestinya mencari bukti objek sahaja,gerak-geri suspek juga akan dinilai.

Tanpa Nama berkata...

Saudara-saudari sekelian.,
Bukan kah Islam mengajar kita satu perkara tentang hukum... "Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah" Dalam erti kata lain, "Innocent until proven guilty"..... Jangan la kita ikut tabiat AS.... Guilty until proven innocent..... itu dah salah aqidah tu......

Kalau betul DSAI bersalah, ikut channel yg betul.,
Memang pelik tindakan DSAI pergi ke duta Turki, tapi kita tak tau apa punca nya? Mungkin dia inform CIA pasal kedudukan beliau... atau mungkin memang ada ugutan untuk membunuh beliau..... kita memang tak tau.....

Yang penting dia pun dah kene tangkap hari tu.... dah lepas dah pun... kalau kita ague macam mana sekali pun, ia takkan dapat membuat DSAI ditangkap semula......

Tanpa Nama berkata...

Letih la citer pasal Anwar ni... Bila nak selesai? Lepas dia jadi PM kut?

Pasal DNA, Sumpah Laknat, perakuan bersumpah, saman menyaman, keterangan kat BPR, kat Polis... pergi ceramah.....kan banyak kerja tu... kenapa tak ikut prosedur betul-betul? lagi mudah kerja badan bertanggungjawab?

Ini tidak...yang buat perakuan bersumpah dah cabut entah kemana...(Ada jugak Uncle tertanya-tanya dalam hati... APA PERLUNYA ANWAR HADIR SAMA SEMASA SI BALA TU BUAT PERAKUAN BERSUPAH PERTAMA tu?)

Anwar masih selamat dalam negeri (tak pulak sibuk soal ancaman bunuh sekarang).

Masa keluar dari Kedutaan Turki rasa macam dah selamat... sebab Paklah bagi jaminan. Tau pulak takut mati.

Mintak maaf...kalau mati cepat nanti kempunan pulak jadi PM ye tak.... Putih bijik mata....

Minta dibagikan sample untuk DNA taknak bagi...suruh guna yang lama. Nak kan pakar luar negara. Tapi katanya sample yang lama dimanipulasi? Nanti ada pulak bantahan pasal guna yang lama. BERBARIS PANJANG PEGUAM YANG MENYOKONG.

Suruh bersumpah pun taknak. Buat laporan Qazaf pulak. Pergi JAWI nak memenangkan diri sendiri. Pun kata ada pandangan dari Ulamak dalam dan luar negara. Nanti kalau JAWI buat kes nak dipanggil segala Ulamak satu dunia berkumpul pasal kes dia yang satu ni.

Aduh...kecoh betul. Ni baru satu kes. Kena lagi banyak kes boleh terbengkalai kerja lain. Bila dah terbeban ngan banyak kes nanti dituduh pulak kerajaan dan jentera kerajaan tak cekap, tak bersih, tak bertanggungjawab. Tuntut pulak nak ambik alih kerajaan biar semua jafi lancar... dibawah pemerintahan dia lah..... Walhal yang buat masalah dia... kendian salahkan orang lain.

MATI RAKYAT KALAU DAPAT PEMIMPIN NO 1 MACAM NI.....

Yang senang bagi kerjasama..susah sangat ke? Ada ke nak ambil sample sampai mengancam nyawa? Takkan sampai macam tu bahaya?

YANG BAHAYANYA KALAU SAMPLE DNA TU TEPAT BERKAIT NGAN LAPORAN SI SAIFUL.

Yang sebenarnya saja Anwar ni nak bikin kecoh. Macam-macam hal.. mentang-mentang lah dia ni Penasihat PKR...Pemimpin Agung....

Yang menyokongnya pun satu hal...membangkaaaaaaaaaaaaaaaang tak habis-habis. Cubalah nasihatkan PEMIMPIN AGUNG tu. Ini tidak...makin banyak minyak dicurahkan kedalam api......

Atau ke memang Anwar ni memang tak makan nasihat? Kalau dah macam tu perangai dia kenapa diagung-agungkan lagi?

Tanpa Nama berkata...

Akum...

Siapa yang tidak kenal dengan Anwar. Dia tidak lebih hanyalah seorang pelakon yang sedang ketandusan kotrak dan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan simpati dan perhatian kalangan pengarah filem untuk mengambilnya berlakon walau terpaksa membawa watak seorang pelakon filem lucah. Tidah hairanlah sekiranya setiap tindakannya hanyalah untuk mengundang publisiti murahan bagi menarik perhatian dan simpati rakyat.

Tidak mustahil sekiranya selepas ini akan timbul lagi pelbagai isu yang tidak munasabah termasuk berunsur fitnah dan omongan kosong serta janji palsu yang lahir dari mulut Anwar. Itulah kelebihan Anwar. Tidak pernah kering dengan idea penipu dan pelingkup.

Tanpa Nama berkata...

KES 1
Orang yang menuduh lepas bebas, sedangkan yang dituduh direman dan duduk lokap

KES 2
Orang yang menuduh diusung keluar mahkamah, sedangkan yang dituduh bebas bergerak

LU PiKiR Lah SENDIRI………………………