Macam kanak-kanak terencat akal daaa.. Ada ke patut, disaat-saat keributan umum berkenaan dakwaan terbaru kes liwat melibatkan Anwar Ibrahim dan pembantunya ketika ini, Anwar pula ambil langkah menyongsang ke belakang dengan meminta perlindungan suaka politik daripada Kedutaan Turki.
Apa yang kemaruk sangat si Anwar yang kononnya hero rakyat ni, tak habis-habis nak bikin kalut dalam pemikiran rakyat Malaysia. Ada sahaja idea terbarunya untuk menghangatkan suasana dan mencipta kontroversi untuk publisiti.
Tiba-tiba pula puak PKR melalui 'pelakon air matanya' Wan Azizah, mengeluarkan cerita kononnya 'sejak seminggu lalu' suaminya yg tersayang itu telah menerima ugutan bunuh.Perihal ugutan tu kononnya dah seminggu, tapi di masa sama pemimpin PKR kata Anwar berada di Kedutaan itu baru sehari dua sahaja. Mana satu alasan mahu terima ni?Berita lanjut di bawah dipetik daripada BERNAMA.
Anwar Bersembunyi, Wan Azizah Bayangkan Dapatkan Suaka Politik
SHAH ALAM, 29 Jun (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menghadapi tuduhan terbaru meliwat seorang pembantunya dikatakan sedang "berlindung" dipercayai di Kedutaan Besar Turki, di ibu kota.Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata suaminya kini terpaksa "bersembunyi" setelah menerima ugutan bunuh seminggu lepas.Sambil enggan mendedahkan lokasi sebenar Anwar, Wan Azizah berkata beliau juga sedang berunding dengan barisan peguamnya mengenai keperluan mendapatkan suaka politik untuk Anwar. Dr Wan Azizah berkata demikian pada sidang akhbar khas bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan kes itu di sini, Ahad. Sehingga ini, Dr Wan Azizah atau mana-mana pemimpin PKR belum membuat laporan polis berhubung ancaman atau ugutan bunuh terhadap Anwar. Terdahulu, Dr Wan Azizah mempertahankan Anwar dan mengatakan tuduhan liwat itu satu lagi konspirasi politik untuk memburukkan imej suaminya. Dr Wan Azizah berkata polis sehingga ini belum mengambil keterangan daripada suaminya berhubung tuduhan itu.Semalam, seorang lelaki berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara. Sementara itu, pada sidang akhbar yang sama Timbalan Presiden PKR Datuk Syed Husin Ali berkata sebelum tuduhan liwat itu dibuat, pemimpin PKR tidak berhasrat untuk memaklumkan kepada umum berhubung ancaman bunuh terhadap Anwar kerana bimbang akan mencetuskan rasa bimbang di kalangan pengikut PKR dan mereka yang berminat menyertai parti itu. Menurutnya tuduhan terbaru itu juga adalah satu cubaan untuk melengahkan hasrat PKR dan pakatan parti politiknya membentuk kerajaan pusat yang baru bagi menggantikan Barisan Nasional. Pada sidang akhbar itu, Dr Wan Azizah juga menunjukkan kepada media foto pembantu khas Anwar yang membuat laporan polis terhadap suaminya itu yang diterima melalui telefon bimbit. Ditanya bilakah gambar itu diambil, Dr Wan Azizah berkata beliau tidak tahu dan sekadar menyebut ia diambil dari laman web Malaysia Today. Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula berkata PKR mempunyai bukti bahawa tuduhan liwat itu bermotifkan politik. Selain itu, Ketua Perhubungan PKR Tian Chua berkata tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Anwar itu tidak menjejaskan keyakinan parti terhadapnya dan parti juga tidak perlu meminta Anwar memberikan penjelasan berhubung tuduhan itu."Kami telah mesyuarat semalam dan keseluruhan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR memberi kepercayaan penuh terhadap Datuk Seri Anwar, serta kita anggap isu terbaru ini adalah serangan yang berniat jahat ke atas parti."Kami dari akar umbi ke pucuk pimpinan telah berikrar memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya. Di KUALA LUMPUR, sekumpulan kira-kira 30 orang pemimpin dan penyokong PKR berkumpul di hadapan kedutaan besar Turki sejak pukul 4 petang ini, dengan diawasi oleh polis.Antara mereka ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairuz Khairuddin dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.Seorang daripada pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan berkata Anwar berada di kedutaan itu sejak tengah hari ini bagi mendapat perlindungan.Bercakap kepada kumpulan pemberita, beliau berkata Dr Wan Azizah akan membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh terhadap Anwar esok.Sehingga pukul 6.15 petang, Dr Wan Azizah tidak kelihatan memasuki atau keluar dari kedutaan itu.-- BERNAMA
Baru saja kecoh laporan kes liwat, terus puak PKR buat iklan kononnya bos mereka terpaksa berlindung kerana menerima ugutan bunuh. Betul ke? Atau berlindung untuk memanaskan lagi keadaan saja, ataupun sebenarnya sebab takut ada rahsia terbongkar?.Memang luar tabie betul perangai sang penglipurlara yang bernama Anwar ini. Bagi orang lain, bila ada laporan polis dibuat ke atas mereka maka mereka faham bahawa wujudnya keperluan oleh pihak polis untuk menyiasat laporan itu dengan lebih lanjut untuk menentukan kebenaran laporan yang dibuat. Mahu tidak mahu, polis mesti merekodkan kenyataan insan yang dituduh atau dikaitkan dalam laporan polis tersebut. Jika siasatan awal menunjukkan ada bukti berkaitan penglibatan tertuduh, maka siasatan lanjut diperlukan dan tertuduh akan di tahan reman utk siasatan rapi. Proses biasa saja demi mencari kebenaran.Ini sang penglipurlara duk pi cari sebab dan cipta alasan kononnya menerima ugutan bunuh ni buat apa, kenapa tak buat laporan sejak awal lagi? Tiba-tiba saja kata ada orang nak bunuh dia sejak seminggu lepas tatkala baru sehari dua laporan liwat terhadapnya.Macam dalam ketakutan saja, mungkinkah sebab takut laporan perubatan pembantunya itu bila diketahui khalayak umum maka akan terdedah sesuatu yang luar tabie? Takut kerana salah, berani kerana benar. Tak gitu?
P.S: Apa komen anda mengenai artikel di atas?
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
4 ulasan:
no comment. salah satu media BN
Diana, hang tak da comment ka? Dah terbukti yang si Anwar Ibrahim tu pengkhinat bangsa. Pirahhhlah anwar!!!
He, anak orang jepun yang tak sedar diri, kau jaga bahasa sikit kt blog aku. Lagi satu, apa yang anwar da buat kat ko sampai tak puas hati sangat dengan Anwar? Katakankah! Boleh aku dedahkan. Ekk...ekk...ekkk Sama taraf dengan Ezamlah aku ni dek kata pengkoment-pengkoment yang sebelumnya.
Aku melayulah, bangang!!! Nama aku ni nickname, bknya betul. mmg Dasar tak guna!!!
Catat Ulasan