Pengikut-pengikut setia Anwar Ibrahim tentu teruja dan 'bangga' apabila 3 bekas pemimpin organisasi dunia telah bersuara dan menggesa supaya Malaysia menggugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar Ibrahim.
Mereka ialah bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin; Bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Michel Camdessus dan bekas Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn.
- Siapakah mereka yang sebenarnya?
- Apakah kenyataan bersama mereka itu layak dipandang serius oleh rakyat dan kerajaan Malaysia?
- Apakah mereka benar-benar faham terhadap situasi dan undang-undang negara yang berdaulat seperti Malaysia?
- Apakah mereka itu hanya merupakan bekas-bekas pemimpin yang tidak lagi mempunyai maruah diri dek perbuatan silam semasa menerajui organisasi masing-masing?
ATAU
- Apakah pengikut-pengikut Anwar Ibrahim dan PKR patut berasa malu apabila Anwar Ibrahim mempunyai kaitan yang erat dengan ketiga-tiga pemimpin itu?
1. Paul Martin
Paul Martin merupakan bekas Perdana Menteri Kanada. (12 December 2003 – 6 February 6 2006) yang jatuh tersungkur dan menanggung malu apabila tiga parti pembangkang bersepakat untuk menjatuhkan beliau menerusi pengundian usul tidak percaya di House of Commons (Dewan Rendah).
Parti Liberal berhaluan tengah-kiri pimpinan Paul Martin ketika itu menghadapi pergolakan politik dan juga dihantui skandal rasuah.
Paul Martin hanya menjawat jawatan Perdana Menteri selama 3 tahun sahaja, satu sejarah baru bagi negara Kanada.
Paul Martin hanya menjawat jawatan Perdana Menteri selama 3 tahun sahaja, satu sejarah baru bagi negara Kanada.
Yang menimbulkan persoalan besar mengenai gesaan beliau supaya Malaysia menghormati hak individu ialah pemahaman Paul Martin sendiri mengenai maksud hak dan konsep moral itu sendiri.
Dalam masa pemerintahan beliau yang singkat itu, Paul Martin telah meluluskan satu akta yang memualkan iaitu Akta Perkahwinan Awam (Civil Marriage Act) atau pun Bill C-38 pada 1 Februari 2005 di House of Commons.
Akta tersebut telah meluluskan perkahwinan sesama jantina kononnya di atas dasar hak asasi manusia!
Maksudnya, Paul Martin telah membenar dan menggalakkan perkahwinan lelaki dengan lelaki (gay) dan perempuan dengan perempuan (lesbian).
Dan Kanada merupakan negara keempat di dalam dunia ini yang membenarkan perkahwinan songsang itu.
Dengan wujudnya Akta yang songsang dan terkutuk ini, negara Malaysia sebagai negara Islam pastinya membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Paul Martin itu.
Dan orang yang menghalalkan perkahwinan songsang itu juga patut dikutuk dengan keras!
Dengan menyetujui akta perkahwinan sesama jantina, kita tentu dapat memahami penerimaan Paul Martin mengenai seks luar tabii yang pada pendapat beliau adalah satu bentuk seks yang lumrah di antara pasangan gay dan lesbian!
Dan untuk pengetahuan pembaca sekalian, encik Michael Hendricks dan encik René Leboeuf merupakan pasangan lelaki (gay) yang pertama berkahwin secara sah di Quebec, Kanada. (rujuk foto)
Tanya diri sendiri, tidakkah ianya satu akta yang memualkan?
Dan Paul Martin pula adalah sahabat baik Anwar Ibrahim yang kini disiasat kerana dituduh meliwat Saiful.
James David Wolfensohn merupakan Presiden Bank Dunia ke sembilan (1995 - 2005). Beliau dilahirkan di Sydney, Australia dan berketurunan Yahudi.
Beliau juga merupakan trustee kepada Rockefeller Foundation , satu sindiket kebajikan di mana pengasas-pengasasnya dikatakan berasal daripada Yahudi keturunan Sephardic ( Yahudi campuran Sepanyol dan Portugis) .
Apabila Wolfensohn bersara pada tahun 2005, tempat beliau diganti pula oleh Paul Wolfowitz, seorang lagi sahabat baik Anwar Ibrahim.
Paul Wolfowitz adalah daripada keturunan Yahudi Poland yang dianggap tidak berhak memegang jawatan itu kerana beliau adalah pemimpin neocon - ekstrem berhaluan kanan yang menggubal dasar penguasaan dominasi AS di dunia, tidak langsung berminat memperjuangkan nasib golongan miskin dan juga memainkan peranan penting dalam pencerobohan negara itu ke atas Iraq.
3. Michel Camdessus
Michel Camdessus pula merupakan Pengarah Urusan Dana Kewangan @ International Monetary FundAntarabangsa (IMF) pada tahun 16 Januari 1987 hingga 14 Februari 2000.
IMF di bawah Camdessus pernah menyelar langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia bagi menangani krisis Mata Wang Asia pada tahun 1997.
Seperti yang kita ketahui hari ini, Malaysia hampir menerima pakej bantuan IMF yang disarankan oleh Anwar Ibrahim (sahabat Camdessus) tetapi Dr Mahathir telah menolak pakej tersebut.
Oleh kerana tindakan Dr Mahathir itu, Malaysia terselamat, tahap ekonomi negara dapat dikekalkan dan rakyat tidak sengsara seperti di negara-negara jiran.
(Dr Novandri : Masaalahnya ialah kerajaan hari ini dan ramai yang sudah terlupa jasa Dr Mahathir!)
Dan apabila Dr. Horst Koehler menganti IMF pada tahun 2000, beliau berkata: ``Mahathir betul... prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.''
(Dr Novandri : Masaalahnya ialah kerajaan hari ini dan ramai yang sudah terlupa jasa Dr Mahathir!)
Dan apabila Dr. Horst Koehler menganti IMF pada tahun 2000, beliau berkata: ``Mahathir betul... prestasi ekonomi sejak krisis itu menunjukkan dia betul.''
Camdessus juga pernah campur tangan di dalam hal-ehwal negara Malaysia apabila beliau mencadangkan supaya kerajaan Malaysia menilai semula polisi kawalan harga ke atas petrol dan barangan keperluan asas termasuk beras, tepung, susu dan gula.
Cadangan ini dikritik dengan keras oleh pihak Malaysia kerana ia bermakna tiada lagi subsidi kerajaan ke atas barangan itu dan kemungkinan harga barang kawalan akan naik mendadak jika harganya ditentukan oleh kuasa pasaran.
Kesimpulannya, jika berdasarkan kepada matlumat-matlumat di atas, kita perlu berhati-hati. Sahabat-sahabat Anwar Ibrahim mempunyai personaliti dan motif yang amat mencurigakan.
Kita tanyakan kepada diri sendiri, apakah motif dan kaitan di antara Anwar Ibrahim dengan Paul Martin, pejuang kahwin sesama jenis, James David Wolfensohn, keturunan Yahudi dan Michel Camdessus, bekas ketua IMF yang hampir meranapkan Malaysia pada 1997?
Kita tanyakan kepada diri sendiri, apakah motif dan kaitan di antara Anwar Ibrahim dengan Paul Martin, pejuang kahwin sesama jenis, James David Wolfensohn, keturunan Yahudi dan Michel Camdessus, bekas ketua IMF yang hampir meranapkan Malaysia pada 1997?
Apakah kenyataan bersama ketiga-tiga pemimpin itu hanya merupakan satu kebetulan?
Atau ianya merupakan satu komplot terancang satu organisasi besar dunia yang memperalatkan
Anwar Ibrahim?
Kepada rakyat dan pengikut-pengikut Anwar Ibrahim, sedarlah dengan segera.
dipetik dan diubahsuai daripada http://novandri.blogspot.com/2008/07/bekas-pm-kanada-pejuang-anwar-ibrahim.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan