Hari ini saya ingin menyentuh pula tentang isu agama setelah beberapa hari ini saya agak fokus kepada isu politik dan orang melayu. Namun, hari ini bergantung kepada ilmu agama yang ada terbuku di mind asaya, saya ingin menjawab segala dakyah yang disebarkan oleh paderi-paderi kristian, yang mangatakan bahawa Agama Islam turut menyokong bukti bahawa Isa Al-Masih itu adalah tuhan! Mereka membuktikannya dengan mengambil beberapa potongan ayat daripada Al-Quran. Bayangkanlah betapa sakit hatinya kita sebagai orang Islam?
Dakyah pertama:
Dan sesungguhnya Isa itu benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat kerana itu janganlah kamu ragu tentang hari kiamat itu dan ikutlah Aku. Inilah jalan yang lurus ...
Daripada ayat di atas, mereka mengatakan bahawa Isa itu akan membawa kebenaran yang akan tersurat. Mereka telah salah mentafsir secara tidak sengaja dan selepas itu menyebarkan bahawa Agama Islam menyokong yang Isa Al Masih itu akan turun pada hari kiamat nanti dan menyatakan bahawa dia adalah anak tuhan.
Tafsiran saya:
Yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah sebelum kiamat Isa a.s. akan kembali ke bumi memusnahkan salib, arak dan khinzir serta mengembalikan Kristian kpd yang Islam. Yang dimaksudkan jalan yang lurus pula ialah Islam yg dibawakan semenjak Nabi Adam a.s. hingga Ibrahim hingga Isa & disempurnakan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu Muhammad s.a.w.
Allah berfirman dlm surah Al MAidah ayat 3.:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu..maka Islam itulah jalan lurus. Dan Isa, Ibrahim, Yaakob dan Muhammad sebahagian daripadanya & semua mereka ialah rasul Allah.
Dakyah Kedua:
Kata mereka bahawa Isa pembawa keterangan dan patut ditaati. Mereka mengatakan sedemikian berpandukan ayat yang tidak diambil secara keseluruhan cuma dipotong dan dikerat-kerat. Ayatnya berbunyi:
"Wa lammaa jaa-a 'Isa bil bayyinaati qaala qad ji'tukum bil hikmati wa li ubayina lakum ba'dhal ladzii tathtalifuuna fiihi fat taqullaaha wa athii'u..."
Maksudnya: Dan tatkala Isa datang membawa keterangan. Dia berkata sesungguhnya Aku datang membawa hikmat dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian yang apa kamu perselisihkan tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaKu...(Az Zukhruf, 43:63)
Hujah saya bagi membantah dakyah kristian itu:
Yang dikatakan dalam ayat itu ialah kepada orang-orang yahudi yg menolak isa sbg Rasul.. semua orang Islam menerimanya sbg Rasul dan Allah juga menyatakn bahaw Isa itu Rasul.
Az Zukhruf 59 :Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi), dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan) bagi kaum Bani Israil. Maka jelas Al Qur'an menyatakan bahawa Isa itu hamba Allah dan di utus kpd bani Israil sama spt yg dinyatakan dlm Bible.
Dakyah seterusnya:
Kata mereka lagi bahawa Nabi Isa AS itu mengatakan perkataan yang benar:
"Dzaalika 'isabnu Maryama qaulal haqqil ladzil fiihi yamtaruum..."
Maksudnya: Itulah Isa putra Maryam yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenaranNya...(Maryam, 19:34)
Hujah saya bagi membentes hujah di atas ialah:
Memang Isa menyatakan kebenaran & kebenaran itu ialah dia bukan anak Tuhan dan dia hanyalah hamba Allah & Rasul Allah.
An Nisaa' 171 : Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
Kata mereka lagi:
4.Isa AS itu utusan Allah dan FirmanNya:
"Inamal Masihu 'isabnu Maryama rasullahi wa kalimatuhu ...
Maksudnya: "Sesungguhnya Isa Al Masih putra Maryam itu utusan Allah dan FirmanNya...(An Nisa, 4:171)
Hujah saya:
Bagus.. akhirnya mereka ini baru hendak beriman dengan ayat yg menyatakan bahawa Isa itu utusan Allah dan putra Maryam.. Dan mempercayai ayat ini membawa mereka kepada pengakuan syahadah yg pertama iaitu Tiada Tuhan Disembah Melainkan Allah dan kamu juga telah dgn sedar menyatakan Isa itu bukan anak Tuhan.
Dakyah mereka lagi:
Dakyah yang kali ini agak sukar bagi saya untuk menjawabnya namun setelah berfikir panjang bagaimanakah cara untuk menjawab dan dibawah adalah ayatnya:
Isa AS adalah Roh Allah dan KalimatNya:
"Isa faa innahu Rohullah wa kalimatuhu..."
Isa itu sesungguhNya Roh Allah dan FirmanNya..(Hadis Anas bin Malik hal.72)
Kata saya pula:
Ruh Allah sudah saya jelaskan di atas dlm ayat An Nisaa' 171, ianya membawa maksud Ruh yg ditiupkan Malaikat Jibril ke rahim maryam dan membentuk manusia bernama Isa a.s. yang dilantik menjadi Rasul.
Hujah mereka yang seterusnya:
Isa AS adalah Roh Allah yang menjelma menjadi Manusia yang sempurna:
"... arsalnaa ilaihaa ruuhanaa fa tamatstsala lahaa basyaran sawiyya."
Maksudnya: ...Kami mengutus Roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya menjadi Manusia yang sempurna...(Maryam, 19:17)
Tafsiran saya:
Bukankah saya sudah dijelaskan di atas. Ruh Allah bermaksud, ruh yg ditiupkan malaikat Jibril tanpa persenyawaan benih lelaki dan membentuk manusia bernama Isa a.s.
Dakyah yang disebarkan seterusnya:
Isa AS adalah satu-satunya Imam MAHDI"Laa mahdia illa isabnu Maryama..."Tidak ada Imam MAHDI selain Isa putra Maryam...(Hadis Ibnu Majah)
Itu kata mereka, tapi kata saya:
Apabila Nabi Isa AlaihisSalam Turun Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda:
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya babi/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma'mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian"
Dakyah mereka lagi:
Isa AS dilahirkan bukan dari bapa Insani, tetapi dari Roh Allah:
"Wallatii ahshanat farjahaa fa nafakhnaa fiihaa mir ruuhinaa Wa ja'alnaahaa wabnahaa ayatal lil 'aalamiin"
Maksudnya: Ingatlah kisah seorang perempuan yang memelihara kehormatannya (Maryam) lalu Kami tiupkan kepadanya Roh Kami (Roh Allah) dan Kami jadikan dia dan Anaknya tanda (kuasa Allah) bagi semesta alam.(Al Anbiyaa, 21:91)
Bagi saya:
Tanyakan kpd semua org Islam, apakah mereka tidak beriman kpd ayat mengenai kelahiran Isa tanpa bapa? semua org Islam beriman dgn ayat tersebut & dgn yakin mengetahui bahawa Ruh telah ditiupkan oleh malaikat Jibril melalui perintah Allah ke dalam rahim Maryam. maka dgn memetik ayat ini, seharusnya juga mereka beriman dgn ayat tersebut. Tidak mungkin anda tidak beriman lalu hendak mngambil apa-apa ayat dari r Al Qur'an utk dijadikan hujah. Ini menunjukkn bhw mereka menyatakan Al Qur'an itu benar. Cuma mereka tidak menyedarinya...
Dakyah terakhir mereka:
Isa AS itu lahir, mati dan dihidupkan kembali,
"Wa salaamu 'alayya yauma wulittu, wa yauma amuutu, wa yauma ub'atsu hayaa.
Maksudnya: "Dan sejahtera atasNya pada hari Dia dilahirkan, pada hari Dia wafat, dan pada hari Dia dibangkitkan hidup kembali."(Maryam, 19:33)
Saya kata:
Ayat dari Isa itu bermula dgn ayat 30 surah maryam.Ia (Isa) menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi. Memang kelakar kalau mereka mengambil ayat2 Al Qur'an dar sumber Kristian.. perhatikan Uppercase letter yg sengaja diwujudkan oleh gologan pendakwah mereka dalam Al Qur'an terjemahan ayat surah Maryam 33 itu bukan spt yg mereka quote. Ianya seperti yg ditulis dlm komen yg seterusnya.
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".perhatikan perkataan aku dlm terjemahan di atas. Tiada uppercase letter. Mereka sebenarnya telah dikelirukan oleh pendakwah2 kristian kamu sama spt yg saya jelaskn sblum ini bhw prkataan son of god itu x boleh ditulis sbg Son Of God krn dlm bahasa Hebrew tiada wujud uppercase & lower case letter.
Mari kita baca sambungan ayat yg anda quote. mengapa hanya mngambil sbahagian shj. Ok smbungannya ialah ayat 34-36 surah sama Maryam.34. & segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)".35. Tiadalah layak bg Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: "Jadilah engkau", lalu menjadilah ia.
36. & sesungguhnya Allah ialah Tuhanku & Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul lurus ".
36. & sesungguhnya Allah ialah Tuhanku & Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul lurus ".
Kesimpulannya ialah mereka semua ini adalah cuma pembohong yang cuba mematahkan kebenaran. Jika adapa apa pertanyaan atau komen, anda boleh emailkan ke helmikonoha@yahoo.com atau lolongkan sahaja pendapat anda di ruangan komen. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan