Bagai anwar istimewa layanan
Pembantu lapor anwar liwatkan
Pembantu segera polis siasatkan
Si anwar bebas sana sini keliaran
Bila si anwar tampil buat laporan
Tehadap IGP dan AG dituduhkan
IGP dan AG dulu BPR disiasatlan
16.07.08 anwar rakam keterangan
Dalam kes liwat kedua gemparkan
Lapor pada polis konon difitnahkan
Ikut hukum Syariah mahu bicarakanSebab tiada empat saksi melihatkan
Tak boleh bayang apa jadi
Gaya anwar, OKT beraksi
Bila semua OKT menuruti
Helah ganggu siasatan rapi
#OKT bermaksud orang kena tuduh...
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
1 ulasan:
ni pulak puisi merapu dari blog DSAI. credit utk rendah diri
Puisi untukmu Dato Seri Anwar Ibrahim..
Tajuk: Anwar yang jahat
Aku hairan dengan kerajaan sekarang,
Sungguh takut kepada Anwar seorang,
UMNO tak peduli apa kata orang,
Yang penting fitnah Anwar liwat orang.
Dulu Tun M cakap Anwar liwat nalla,
Tun M cakap engkau juga liwat azizan sekalila,
Totok-totok UMNO semua pakat percayala,
Pejuang dan penyokong Anwar yang jahat tak percayala.
1998 engkau dimasukkan dalam tahanan,
engkau ditumbuk semasa di tahanan,
Rahim Nor kan polis yang baik di tahanan,
engkau yang jahat jadilah mangsa tahanan.
Adakah ini tanggungjawab kerajaan,
Beban rakyat tidak dipedulikan,
Yang penting Anwar mesti dipenjarakan,
Supaya Pak Lah dan menantu kekenyangan.
Oh Anwar kenapa engkau jahat,
Kroni-kroni UMNO kata Anwar jahat,
Totok-totok UMNO kata Anwar jahat,
Hanya mereka sahaja yang tak jahat.
Banyak gelaran jahat untuk engkau Anwar,
Ejen yahudi dan barat ialah Anwar,
Ejen rasuah dan macam-macam ialah Anwar,
Jahat sungguh engkau Anwar.
Debat Anwar dengan Shabery takkan dilupai,
Kata-kata jahat engkau punca rakyat memahami,
Kata-kata baik Shabery punca rakyat dikaburi,
Formula engkau yang jahat takkan kulupai.
Janji jumpa pukul dua di balai polis IPK,
Sekali pukul 1 datang pula polis bertopeng UTK,
Tak sangka kejahatan kau memerlukan bantuan khas UTK,
Betapa komitednya UMNO nak hantar kau ke IPK.
Kes terbaru engkau dituduh liwat lagi,
Saiful bukhari empunya diri,
Orangnya muda gagah sekali,
tapi sanggup memfitnah sekaligus mengaibkan diri.
Laporan Saiful polis tak bagi,
DNA engkau juga diminta lagi,
Engkau yang jahat sudah tentu taknak bagi,
Dibuatnya UMNO yang baik buat manipulasi.
Susah payah UMNO nak reka bukti,
Ini kerana kejahatan engkau tidak terbukti,
Kasihan aku pada UMNO yang berbakti,
24 jam 7 hari nak reka dan palsukan bukti.
Anwar sungguh engkau ini jahat,
Apa salahnya bagi UMNO sedikit bukti,
UMNO dah terdesak nak buktikan engkau jahat,
Engkau tak kesian ke pada UMNO yang nak berbakti.
puisi merapu oleh aku yang rendah diri lagi jahat.
Catat Ulasan