Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Aku dah lama nak bercakap perihal saiful bukhari dan & DSAI nih.Tetapi setelah sekian lama aku pendam, br aku dpt luahkan. Aku igt kata2 orang tua yang penah aku jumpa, "Setiap apa yang kita lakukan walaupun sebesar zarah,kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Setiap perlakuan & keputusan kita akan dipersoalkan sebab2 kita melakukan sedemikian".
So dengan pesanan ini aku jadikan asas untuk aku fikirkan hal ini. Dan aku jua amik iktibar dari hujah2 yang pernah dikeutarakan oleh dikeutarakan oleh Mufti Perlis. Pada tahun 1998-1999 dimana skandal liwat pertama dikeluarkan, aku sendiri yang masih mentah turut tidak mempercayai seseorang yang begitu tinggi profile dan akhlaknya sanggup melakukan perbuatan liwat. Manakan tidak, anak isteri semua bertudung. Muka berseri2 dengan cahaya keimanan. Itu membuatkan aku agak sukar nk percaya yang DSAI melakukan perbuatan berkenaan.Ingat lagi untuk kes tu, beberapa saksi telah dikemukakan. Still kebanyakan orang percaya ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan beliau.
Namun sekarang, seorang lagi manusia yang aku memang tak kenal mengaku bahawa dia diliwat. Malah katanya beberapa kali tanpa rela diliwat(kalau dah beberapa kali tu still tanpa rela ke?) Namun ramai yang masih mempercayai insan bergelar DSAI ini tidak melakukannya. Namun apakah justifikasi yang anda hendak berikan pada Allah s.w.t ketika disoal nanti jika kita menyokong beliau @ tidak?
Aku?aku ambil pendekatan yang pernah dikeutarakan oleh Mufti Perlis, iaitu berada ditengah2. Persoalan yang aku timbulkan dalam hati ialah kalau betul DSAI tidak bersalah,kenapa tidak terus beliau bersumpah? Kenapa macam2 alasan hendak dikemukakan kepada rakyat? Ingatlah, berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan susah pun nak sebut "Wallahi Wabilahi Watallahi". Dan kini saiful kata dia nak angkat sumpah. Bagi pihak yang terlalu fanatik dengan DSAI, anda mungkin akan kata, "Alaa..dia (saiful)berani kena panah petir kat punggung"..."alaa..dia tak takut kena murka oleh Allah s.w.t", "dapat duit juta2 bleh la buat tufduhan mcm 2" dan macam2 lagi.Tapi mana buktinya? DSAI pula mendakwa dia dengar nasihat dari pelbagai,sebab itu beliau ambil keputusan untuk tidak bersumpah lagi buat sementara ini. Sekarang beliau mengambil cara menggunakan mahkamah syariah untuk mengadili beliau dalam kes ini. Sepertimana yang kita tahu, untuk mendakwa seseorang melakukan zina perlu ada 4 saksi, dan 4 saksi ini perlulah betul2 'berkaliber' dari segi pegangan agamanya. Dalam zaman sekarang, mana senang nak cari orang yang 'berkaliber' macam tu..ada memang ada, tapi semasa kejadian adakah mereka berada di tempat kejadian yang membolehkan mereka menjadi saksi? sudah tentu mereka ini tak pergi tempat2 'pelik' dimana berlakunya kejadian berkenaan.
Oleh yang demikian, salah satu hujah digunapakai oleh Mufti Perlis bagi memikirkan perkara ini iaitu peristiwa yang berlaku pada Nabi Yusoff a.s dimana beliau dituduh menggoda zulaikha (sori kalo salah quote dan kurang jelas perkara ni). Tapi bahan bukti yang digunapakai bukanlah 4 saksi, namun pakaian beliau yang telah koyak - untuk perkara ini aku kurang jelas sebab aku sendiri tak ingat sangat, tapi semua boleh semak Surah Yusoff -. inilah yang di'state' dalam Quran, dan kita percaya dan tahu bahawa Allah s.w.t 'menyembunyikan' banyak ilmu pengetahuan untuk diterokai oleh mereka yang benar2 beriman dan percaya kepadaNya. Maka dengan ini, 'alasan' untuk menggunapakai bahan bukti lain selain 4 saksi adalah 'applicable' untuk kes jenayah sebegini (hujah Mufti Perlis).
So berbalik kepada kes ini, saksi tiada. Nak guna alasan 'tilam jadi saksi' orang taknak terima. Nak guna alasan pemeriksaan hospital,kita curiga. So bagi aku 1-1nya jalan penyelesaian ialah angkat sumpah. Jika Saiful Bukhari angkat sumpah dahulu, dan DSAI masing enggan bersumpah sampai beliau meninggal dunia pun, siapa yang akan anda percayai? Kalau aku,minta maaf cakap,aku pilih saiful itu benar sebab justifikasi aku pada Allah s.w.t kelak ialah beliau bersumpah dan DSAI dicurigai sebab enggan bersumpah. Dan yang perlu menjawab pada Allah s.w.t jika ditipu adalah beliau (saiful) sendiri - begitu juga sekiranya keadaan sebaliknya berlaku -. Tetapi jika 2-2 bersumpah, sudah tentu juga aku akan berada ditengah2 sekali lagi sebab aku tak tahu siapa yang benar, dan siapa yang salah.Ingatlah semua manusia ada kekurangan masing-masing, dan sudah menjadi lumrah manusia untuk seboleh-bolehnya menyembunyikan kelemahan yang ada.
Bagi aku kalau sesiapa sahaja menggunapakai gambar2 saiful bukhari bersama VVIP sebagai justifikasi beliau berkomplot, itu alasan/justifikasi yang agak lemah. Tak payah kata dia seorang penah bergambar dengan menteri2, aku & rakan2 seperjuangan pun pernah. Malah ramai pemimpin2 pelajar lain (ASPIRASI @ BUKAN ASPIRASI) pernah bergambar dengan VVIP.So apa la nak hairan dengan gambar2 tuh. Sekarang apa yang perlu dipertimbangkan ialah bukti-bukti pendakwaan bagi kes liwat (sememangnya susah nak buktikan dan kalau ada pun bukti, penyokong DSAI pasti mencurigai bukti-bukti berkenaan). Bukannya bukti-bukti yang beliau sememangnya pemimpin pelajar yang suka bergambar dengan VVIP. Bukti pemeriksaan kesihatan saiful pun jadi satu hal, mana boleh pemeriksaan kesihatan bagi kes-kes polis diambil di hospital swasta,kena hospital kerajaan. So PENDAPAT aku, laporan pemeriksaan yang disebarkan di internet tu, boleh dicurigai. Tapi pengikut fanatik ini memang akan kata itu buktinya DSAI dianiaya.So sekali lagi aku kata, angkat sumpah ini amat penting. Jika 2-2 angkat sumpah, yang bersalah akan berhadapan dengan Allah s.w.t kelak kerana menipu rakyat di Malaysia dan 'mengambil enteng' laknat Allah s.w.t.
Ada juga yang kata, "tengoklah isteri dan anak-anak DSAI.Takkanlah orang macam depa ini nak tipu rakyat.dah la bertudung, ayu, sejuk hati memandang"...Namun zaman sekarang, apa ada pada tudung, apa ada pada jubah, serban dan kepiah,apa ada pada muka yang menyejukkan mata.Perempuan2 melayu berlambak2 bertudung sambil buat 'projek' di taman2, dibawah tangga, di celah-celah bangunan dan banyak lagi.Pakcik2 malah ada kes2 tertentu tok imam pun rogol cucu sendiri. so justifikasi penampilan diri ini (judge a book by its cover) tak boleh dipakai. Dan pernahkah anda terfikir (MUNGKIN) isteri beliau terpaksa bermuka-muka untuk menyembunyikan perkara benar ini dari khalayak ramai untuk menjaga maruah anak-anak beliau? Bagi aku ada kemungkinannya, tapi tak boleh percaya pada kemungkinan aku tuh sebab ia hanya kemungkinan dan aku tiada bukti.
Kesimpulannya, terpulanglah pada anda. Tepuk dada,tanya minda,tanya hati dan tanya iman anda. Pesan aku, kita tidak sempurna. Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jangan dengar rumours sahaja. Jangan nilai orang bermula dengan hanya penampilannya sajah. Jika ada bukti hitam putih tunjukkan bukti,jangan kata orang macam2. Jangan percaya semua kata orang politik (termasuklah pembangkang @ tak), siasat sendiri sebelum kita ambil sebarang keputusan supaya tidak dipertangungjawabkan atas apa yang kita telah buat.Fikir sedalam-dalamnya.Tapi ingat sekali lagi setiap apa yang kita putuskan, akan dipersoalkan oleh Allah kelak. Jika kita salah nilai walaupun terdapat bukti-bukti kukuh didepan mata disebabkan dek kelemahan kita sendiri,mohonlah ampun pada Allah s.w.t. Tetapi jika kita still menerima orang yang salah itu betul walaupun bukti-bukti berada didepan mata kita disebabkan ke'fanatik'an kita, maka terimalah azab yang Allah s.w.t berikan kelak kerana kita dianggap bersyubahah (bersubahat). Maka sesiapa nak percaya dengan beberapa gambar bersama VVIP itu menjelaskan/membuktikan dia terlibat buat konspirasi dan DSAI tidak pernah meliwat,teruskan.Tapi jika diakhirat kelak dia (saiful) di pihak yang benar, jelaskanlah pada Allah s.w.t.
*Saiful claim dia ada bukti kukuh, kalau bukti itu ialah VIDEO menunjukkan perbuatan yang didakwa dilakukan oleh DSAI pada saiful. Tak dapat ku bayangkan apa perasaan pengikut2 DSAI.
*Fanatik kepada pemimpin adalah salah satu ciri ajaran sesat.
*Siapakah kita untuk menilai orang lain?perfect sangatkah kita?Ingatlah, sekali kita menuding jari kepada orang lain,4 jari yg lain akan menuding kepada diri sendiri.
Wassalam...
Guan Eng Mungkin Ke Kabinet Lepas PRN Johor Atau N.Sembilan
-
Aku berada di beberapa tempat di Johor, kali ni aku datang bukan untuk
bertugas, tapi sebagai pelancong politik, tugas politik dah bertahun aku
tinggalka...
2 bulan yang lalu





