Sekejap sahaja enam berlalu dan tibalah lagi 'waktu itu'. Rasanya tidak ramai di antara kita yang minat ke klinik gigi. Melainkanlah kalau buah hati memang kebetulan bertugas di klinik gigi atau doktor gigi itu sendiri si buah hati.
Dr. Robert Tan memang dentist kami sejak 26 tahun yang lalu. Ya, kami sama sama meniti usia tua. Hobi Dr. Tan ini adalah jungle trekking dan tiap-tiap tahun akan ke Sabah bercuti. Dr. Tan pernah bertarung dengan barah perut tetapi hari ini sihat dan masih ke Sabah.
Dua orang pekerja di klinik Dr. Tan, Karen dan Alice pun bertugas dengannya sejak 26 tahun tu jugak. Masih setia dengan tugas masing masing walaupun klinik ini telah dua kali bertukar lokasi.
Semasa hendak bayar bil, Karen memulakan perbualan dengan bertanya pada diri ini, mengapa sekarang keadaan semua tak macam dulu lagi. 'Terasa macam lain sedikit, kecoh- senang cerita." Rupa-rupanya semua kita rakyat Malaysia berperasaan 'tak senang'.
Aku senyum sahaja dan dengan selamba menjawab bahawa ini semua orang Politik dan penyokong taksub mereka punya kerja. Alice setuju dengan saranan aku dan menambah bahawa di antara kita semua sebenarnya macam biasa sahaja, 'dia orang' sahaja yang buat bising nak kacau antara kita.
Tiba-tiba Alice bertanya sesuatu yang menarik "Why, ah, some of you Malays dont believe in Saiful swearing even tough he swore in your Gods name and held your holy Quran?" "I thought you told us you all hold dear to your holy book and your Gods name??"
"............err", Aku mesti cari jawapan yang sesuai memandangkan Alice dan Karen bukan Melayu dan bukan Islam dan memang kadang kadang masa budak budak kecil kecil dulu memang susah nak buat appointment jumpa Dr. Tan sebab ada kelas Agama dan Mengaji disebelah petang. Jadi Alice dan Karen tahu apa dia mengaji dan Al Quran itu kitab suci orang Islam.
"Of course our holy Quran is more than just dear to us, its our guidance and yes Saiful did swear in our God's names and we believe him, but because it involves Politicians things just get twisted to suit each and everyone of their political agenda".
"Wah, even with God they are not afraid ah... Puan.."
"Yes, Alice and Karen..I am afraid you are right on this one, I am very sad but you seem right..."
Benarlah isu Sumpah Saiful ini sekarang topik hangat satu Malaysia tak sahaja di kalangan orang Melayu awam macam diri ini, para cendikiawan Melayu, Alim Ulama, Tok Tok Guru atau ahli Politik tetapi semua rakyat Malaysia.
Bagi diri ini, dari segi teknikal mungkin Saiful tak perlu pegang Al Quran semasa berSumpah Laknat tempoh hari, tetapi apa-apa pun ungkapan "WaAllahi WaBillahi WaTauAlhi" telah pun dia lafazkan. Jadi aku terima pakai sumpah dia. Dia menyebut nama Allah swt yang suci, ini satu satunya langkah yang amat berani bagi seorang muda yang baru berusia 23 tahun, berani mengambil risko. Risko yang amat besar memandangkan perjalanan hidup yang masih jauh.
Tidak ada insan yang waras mahu mengambil risko dengan bermain dengan nama Allah swt. Dan tidak ada juga yang berani bershubahat dengan sesuatu seperti ini. Dan bagi pihak lain yang tidak mahu bersumpah, itu aku tak ada komen.
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan