Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Jumaat, 1 Ogos 2008

Tolonglah Anwar... Jangan Nak Mempermainkan Hukum Islam

Artikel yang dipetik dari blog Anwar Ibrahim.




Segala puji bagi Allah dan selawat serta salam buat Rasul Junjungan, keluarga baginda, sahabat nya dan kepada seluruh yang mengikuti sunnahnya.



Mengikut ulama mazhab Shafi’i dan ulama tafsir sekaliannya hukum bagi qazaf zina juga terpakai bagi qazaf liwat sebagaimana yang termaktub dalam Surah al Nur.
Imam Malik dan Imam Ahmad juga berpendapat yang sama.
Pemfitnah dalam kes liwat juga dihukum sama dengan penfitnah dalam kes zina menurut Imam Malik dan Imam Shafii.

Para Ulama Shafii lainnya yang berpendapat sama:

1. Ibn Qudamah dalam “al Mughni” jilid: 10, mukasurat 209 Imam al Shafii berpendapat yang sama. Begitu juga al Hasan al Basri, al Nakha’i, al Zuhri, Malik, Abu Yusuf, dan Muhammad Ibn al Hasan.
2. Syarah al Zarqani dalam “Fath al Qadeer”, jilid 2, mukasurat 290, bersetuju dengan pendapat di atas.
3. Imam al Shawkani dalam “Syarah Fathul Qadeer” memperincikan ini (mukasurat 150 – 190).
4. Imam al Shirazi dalam “al Muhahthab” Jilid: 2, mukasurat 273 dan terperinci dalam Syarah al Shirazi, Jilid: 3, mukasurat .
5. Di kalangan ulama kontemporari yang bersetuju ialah al Shaheed Abdul Qadir Audah dalam karyanya “al Tashree al Jinae fi al Islam”
6. Juga boleh dirujuk The Encyclopedia of Fiqh (Kuwait) Jilid: 33, mukasurat 9
Ini juga merupakan pendapat Hasan al Basri, al Nakhai, al Zuahri, Imam Malik, Imam Ahmad, Muhammad ibn Hasan al Shaybani dan Abu Yusuf. Semuanya bersetuju dengan Imam al Shafi’i
7. Imam al Khateeb Al Sharbeeni dalam buku beliau “al Iqna’ dalam Fiqh al Shafii”, Jilid: 1, mukasurat 93.
8. Al Mawardi dalam “al Ahkam al Sultaniyyah” mukasurat 463.
**********************************************************


Awar Ibrahim, saya tak nafikan apa yang kamu katakan di atas, tetapi fatwa tersebut untuk orang ketiga yang menuduh liwat atau zina, tetapi masalahnya, Saiful adalah orang yang menjadi mangsa liwat, jadi tidak timbul isu tersebut Anwar. Anwar, tologlah faham bahawa, mereka yang kena mengemukakan saksi adalah mereka pihak ketiga yang menuduh, bukannya orang yang terlibat di dalam hubungan tersebut!!!
Kalaulah

Saudara Anwar tetap mahu mempertahankan hujah saudara Anwar diatas, maka jelaskan kepada saya di mana peristiwa Saidina Umar Al-Khatab menghukum anaknya Abdullah atas kesalahan merogol seorang wanita (berdasarkan kepada mangsa yang dirogol) tanpa 4 saksi!!!


Inilah tanda akhir zaman....
Sabda nabi:


"Ulama itu pewaris nabi,"


Tetapi ulama sendiri yang memutar belitkan ajaran Islam (kata-kata ini bukan ditujukan untuk DSAI)...

Tiada ulasan: