Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Jumaat, 1 Ogos 2008

Isu Kontrak Sosial...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya nak menyentuh isu yang berkaitan tentang Kontrak Sosial yang sedang dibualkan hangat mana-mana forum dan blog terkenal di internet, namun... terbukti bahawa damage untuk ketidak menumpukan perhatian di dalam kelas sejarah dahulu telah menyebabkan ramai yang mempertikaikan kontrak sosial. Mereka jelas seorang yang buta sejarah!!!

Sebelum saya pergi lebih jauh lagi, biaralah saya kupas dahulu satu-persatu apa yang di maksudkan dengan Kontrak Sosial ini.

Di bawah ini saya sertakan definisi kontrak sosial ini:

DEFINISI : KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.


CONTOH : Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui.

Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

TUJUAN :

i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.
ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.


Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.


i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).

ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.

iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja - Raja Melayu

v) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu


Jika kita lihat dengan 'mata' emosi maka kita generasi hari ini akan menyalahkan generasi terdahulu sebagai punca di atas apa yang kita katakan sebagai ketidakadilan. MEMANG orang Melayu memberi 1 tetapi menerima 4 dan sebaliknya.

Namun, wahai rakan-rakan yang budiman, tidak kira anda Melayu, Cina atau India, fikirkan kembali, kalau f=ditinjau sejarah dunia, tiada lagi bangsa lain selain bangsa melayu yang sanggup berkongsi tanah air ini dengan bangsa lain!

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

Jika jita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.

Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."

Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Pada pandangan saya, isu kontrak sosial adalah amat sensitif untuk diperbincangkan. Pada pemahaman saya wujudnya kontrak sosial iaitu pemberian hak keistimewaan orang-orang Melayu, kedudukan raja-raja melayu, kedudukan agama Islam dan lain-lain adalah sebagai timbal balik dari pemberian hak kewarganegaraan kepada orang-orang Cina dan India.

Ingi saya pertekankan disini, orang-orang Cina dan India telah diberikan hak kewarganegaraan DENGAN SYARAT mereka menyetujui hak-hak yang termaktud di dalam kontrak sosial tersebut.

Tujuan diwujudkan kontrak sosial adalah bagi melindungi orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu telah dijajah selama lebih 400 tahun oleh orang asing. Segala sumber ekonomi, politik, kekayaan dan hasil bumi telah dirampas oleh orang-orang asing. Selama lebih 400 tahun orang Melayu ditindas dibumi sendiri.

Jadi sekiranya orang-orang Melayu yang terlalu "baik hati" memberi hak kewarganegaraan kepada orang asing iaitu Cina dan India tanpa mewujudkan kontrak sosial, apakah jaminan bagi orang Melayu bahawa mereka tidak akan tertindas lagi ditanah tumpah darah mereka?

Sekarang ini jelas dapat kita lihat, walaupun kontrak sosial telah diwujudkan di negara kita sejak merdeka, kita dapati bahawa dari segi ekonomi, pendidikan, kekayaan dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu berbanding dengan orang-orang Melayu. Jadi cuba bayangkan sekiranya kontrak sosial ini tidak diwujudkan sejak dahulu lagi. Apakah kita mahu orang-orang Melayu akan menjadi pelarian di tanah tumpah darah sendiri?

Kontrak sosial bukanlah untuk menafikan hak kaum lain di Malaysia, tetapi sekadar untuk melindungi supaya kaum peribumi tidak terpinggir seperti pada zaman penjajah.

Seperti yang saya katakan kontrak sosial merupakan suatu yang amat sensitif untuk diperbincangkan. Kita harus ingat, bagi mereka yang mahu supaya kontrak sosial dihapuskan turut membawa maksud mereka menuntut supaya hak kewarganegaraan yang telah diberikan kepada kaum Cina dan India turut ditarik balik. Ini kerana melalui kontrak sosial lah yang membolehkan kaum Cina dan India memperolehi hak kewarganegaraan. Maka dengan menghapuskan kontrak sosial, maka hak kewarganegaraan yang telah diberikan kepada kaum Cina dan India akan juga terhapus.

Adakah orang-orang Cina dan India berpendapat orang-orang Melayu akan memberikan sesuatu kepada mereka secara percuma tanpa mendapat sesuatu yang menguntungkan?

Insaf lah bangsa ku

tepuk dada, tanye diri sendiri

1. Kenapa British tak bawa Melayu ke India ?
2. Kenapa British tak bawa Melayu ke China, London, Australia atau mane2 negara yang diperintah oleh si British nih ?

3. Kenape pulak org asing di bawa masuk untuk membangun Tanah Melayu nih ?

Jawapan - Bangsa ku malas

nak proof ?

OK ! British meniggalkan Malaya pada 1957. Tapi pemikiran org melayu masih tak berubah, masih tak nak bangun, belajar jadi cerdik pandai untuk selamatkan tanah air.

Kite sanggup biar kan kepada cina dan india dan kite hanye ndak disuap oleh kerajaan atas nama " Keistimewaan ". Berapa lama Bangsa ku nak pakai Tongkat ? Ape perbezaan hak istimewa org melayu dengan hak hak kanak kanak istemewa ?

Lepas merdeka kite tak nak membangun negara......sanggup bawa masuk Indon, Filipina, Negro, Bangla, Pakistan, myanmar untuk kerja di tanah air. Ade yang di beri kerakyatan.....

So apakah adil kite membenci org British kerana membawa masuk Org Cina dan India ke negara ini untuk membangun Malaya? Kite buat same mcm British.

Ketua Pengarah Kastam, Ketua Pengarah Imegresen kesemua nyer org Melayu Islam......sangguh menjual negara sendiri pasal duit ? Hebat sangat ke status kite sebagai Bumiputera kalau sanggup jual negara sendiri seperti pelacur murahan ?

1. Saya beri amaran supaya jangan sekali-kali mempersoalkan "social contract" dan keistimewaan bangsa Melayu. "Sarang tebuan jangan sekali-kali dijolok!". Saya bimbang "peristiwa hitam" akan berulang. Harap maklum.

2. Jika kamu mempersoalkan "keistimewaan" bumiputera di Tanah Melayu bernama Malaysia ini, maka bersedialah juga untuk melucutkan "kewarganegaraan" yang telah diberikan kepada kamu oleh bangsa bumiputera pada kamu lebih 50 tahun dulu....

3. Jika kamu tidak bersetuju juga dengan polisi dan dasar perlembagaan negara mengenai keistimewaan bangsa bumiputera di Malaysia, maka nyah lah kamu dari bumi Malaysia ini kerana kamu gagal dalam menghayati rukunegara "keluhuran perlembagaan", sekaligus memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan syarat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia.

4. Cuba bayangkan...jika kami orang Melayu, merantau ke India dan China, menetap 200-300 tahun di sana...apakah kamu rasa kerajaan India atau China akan memberikan hak bumiputera instead oo kewarganegaraan? Begitu juga di Malaysia..."Sudah diberi betis, kamu hendakkan paha?"

5. Sejak lama dulu, kaum2 di Malaysia ini hidup aman harmoni dan dipuji oleh dunia dengan masyarakat majmuk yang menjadi contoh. Namun, akibat didesak oleh pemikiran DAP dan PKR yang memperjuangkan "kesama rataan hak" yang "tidak adil", maka kamu semua hendak meminta itu ini tanpa menghiraukan sensetiviti "tuan rumah? Apa kata kalau saya ke rumah kamu, lalu saya membuka TV (siaran astro oasis), membuka peti ais kamu...makan apa yang saya suka, tidor dalam bilik kamu...pecahkan pasu kesayangan kamu dan meletakkan tempat ibadat kamu di luar rumah...tentu kamu marah, kan? sendiri fikir la saudara....

6. Bukan saya bermaksud untuk berlaku "racist" di sini. Namun, kamu semua memaksa saya untuk mempertahankan hak2 bumiputera yang telah dipersetujui oleh semua kaum sewaktu kemerdekaan dicapai. Jika tiada persetujuan time tu, maka saya yakin bahawa kamu semua masih lagi bukan warganegara Malaysia dan masih perlu renew passport di Imigresen setiap kali tamat tempoh! Berterima kasihlah dengan apa yang telah "dimurah hatikan" oleh bangsa bumiputera..."Orang berbudi, kita berbahasa"...bukannya "Orang berbudi, kita meminta lagi itu dan ini"...tidak adil dan kurang ajar namanya tu...(adil = meletakkan sesuatu kena pada tempatnya")

7. Akhirnya, saya meminta maaf sekali lagi kepada kamu semua jika komen saya ini agak kasar. Ini adalah kerana kamu telah berkasar dengan hak2 bumiputera dan meminta sesuatu yang tidak adil (tidak kena pada tempatnya/tidak sepatutnya kamu persoalkan). Saya sedar, ramai yang akan marah dan tidak bersetuju dengan komen saya. Ini adalah kerana mereka tidak faham dengan konsep "adil" dan "kesama rataan". Fikir2kanlah...

8. Saya memohon agar tuan2 dan puan2 tidak lagi persoalkan perkara ini demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia. Namun, jika rasa tidak suka hidup dalam keadaan aman dan harmoni sesama kita...cubalah persoalkan dan cabarlah kesabaran Melayu...nescaya ada "tindak balas diluar jangkaan"!../

Namun... Ada juga yang mempertikaikan soal DEB yang 'kononnya' menghakis kaum lain. Apa benar kenyataan begini?

DEB ialah dasar sosialekonomi yang bertujuan untuk membantu Melayu.
1. Saya memahami perasaan kaum bukan Melayu yang sebahagiannya rasa tidak berpuas hati dengan sedikit keistimewaan yang diterima oleh orang Melayu. Saya katakan sedikit kerana kita lihat sungguhpun orang Melayu dan bumiputera lain telah menghuni tanah ini beribu tahun lalu, namun sebahagian besar kek ekonomi negara ini dikuasai oleh bukan Melayu dan bukan bumi.

2. Adakah ini membuktikan sebarang penindasan terhadap bukan Melayu? Kita lihat sahaja siapa 10 orang terkaya di Malaysia misalnya. Berapa orang Melayu dan bumiputera berbanding kaum lain sedangkan kami mewakili hampir 65% penduduk negara ini.

Siapa yang paling ramai memiliki rumah kos sederhana dan mewah? Siapa yang lebih ramai menguasai jawatan-jawatan utama di sektor korporat terutama yang milik bukan Melayu?

3. Selalu sangat alasan yang diberikan ialah orang Melayu tidak mampu dan tidak layak memegang jawatan tersebut. Benarkah orang Melayu tidak mampu? Jika benar Melayu tidak mampu bagaimanakah negara ini yang ditadbir oleh 5 pemimpin Melayu boleh menjadi begitu membangun dalam masa tidak sampai 50 tahun?

4. Memang orang Melayu sukar untuk bersaing di dalam sektor swasta. bukan kerana ketidakmampuan mereka tetapi kerana ada halangan-halangan yang sedia wujud oleh penguasa ekonomi yang lebih awal.

Kaum ini menguasai ekonomi sejak zaman penjajah kerana hubungan baik mereka dengan penjajah Inggeris. Ketika orang Melayu bercakap soal kemerdekaan dan menjadi musuh inggeris, mereka ini menjadi sahabat Inggeris dan mengaut peluang-peluang ekonomi negara ini.

Apabila negara merdeka apa yang ada pada orang Melayu kecuali kekuatan politik sahaja. Apa yang terjadi pada 13 Mei 1969 adalah natijah kepada pembahagian kek ekonomi yang bertimbang rasa peninggalan British.

5. Dasar membantu Melayu dan Bumiputera akan dilihat tidak adil jika kita melihat dari sudut pandangan sempit konsep kesamarataan semata-mata. Hakikatnya polisi seperti DEB telah memberi kestabilan dan kekuatan kepada negara kita sejak berpuluh tahun lalu.

6. Saya bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk membantu kaum-kaum bukan bumi yang miskin, yang telah saya mula lakukan secara perlahan-lahan di Selangor beberapa tahun lalu. Namun ini bukan bermakna ia harus menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lain.

7. Ada di kalangan rakan kita bukan Melayu mendakwa mereka berjaya atas insiatif mereka semata-mata tanpa sebarang bantuan dan pertolongan dari kerajaan. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Setiap rakyat Malaysia apa kaum dan agama pun, sedikit sebanyak pernah menikmati bantuan dan pertolongan kerajaan pimpinan orang Melayu ini.

Sama ada mereka pernah lahir atau menggunakan hospital kerajaan, jalan raya sehinggalah kepada bantuan pelajaran melalui peruntukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan juga peluang ekonomi yang disediakan oleh kerajaan ini

Itulah tujuan DEB diadakan.

Okey, jika anda masih tidak puas hati, situasi ini saya boleh ibaratkan bagai seorang perlari A (Bangsa Cina), B (India), C (Melayu). A dan B telah berlari 50 meter ke hadapan, kemudian barulah C hendak memluakan lariannya, mampukah C mengejarnya jika tiada bantuan?

50 tahun bukanlah satu jangka yang benar-benar panjang bagi satu bangsa yang telah dijajah beratus tahun untuk pulih. Mungkin saya kurang berpengetauan dalam sejarah, namun secara kasarnya, kebanyakan bangsa yang dijajah beratus tahun pada masa kini masih tidak berjaya menjadi sebuah bangsa yang maju seperti bangsa-bangsa yang tidak dijajah.

Sistem ekonomi yang wujud sejak beratus tahun lalu akibat penjajahan British tidak mudah diubah dalam masa 50 tahun.

Tanya sahaja orang Melayu yang pernah berniaga. Apakah mereka tidak menjadi mangsa perkauman secara sitematik daripada pihak pemborong dan pembekal yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu?


Saya fikir sejak DEB diperkenalkan banyak perubahan besar telah berlaku kepada orang melayu dan bumiputera lainnya. Jika kita ambil garis kedudukan orang melayu pada 1970 dengan kedudukan orang Melayu pada 2008, kita akan lihat perbezaan besar.

Tapi apakah sudah tercapai matlamat untuk pembahagian kekayaan negara yang lebih seimbang dan adil? Belum. Ini bukan bermakna kita gagal. Kita berjaya tetapi kejayaan itu tidak begitu baik dan banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki.

Kenapa kita harus membesarkan perbezaan yang sedikit ini seolah-olah orang bukan Melayu dilayan sebagai kelas kedua?

Hakikatnya semua rakyat Malaysia mendapat layanan yang sama dalam banyak hal.Hanya dalam beberapa bidang polisi kerajaan dibentuk bagi membolehkan tidak lagi wujud jurang kekayaan antara kaum yang melebar sehingga mewujudkan sikap saling membenci.

Saya percaya suatu hari nanti orang Melayu akan membuat keputusan untuk tidak lagi menggunakan keistimewaan mereka.

Tapi ia mestilah diputuskan oleh orang Melayu dan bumiputera sendiri bukannya dengan desakan dan ugutan undi kaum lain.

Ada yang mengatakan DEB itu menyusahkan orang melayu... Betul ker?

1.Bukan DEB itu menyusahkan bukan melayu tetapi memperkayakan mereka, kalau tak percaya check siapa dia bilionair sampai gula,tepung dan beras dia menopoli.Cam maxis tu siapa punya ,yang atur hakim tu siapa ?

2.DEB tujuan asalnya ialah untuk memberi peluang melayu dan bumuputra maju tetapi kalau kata orang melayu maju hanya sebahagian saja itupun 30 peratus sedang bangsa lain dah berbilion-bilion kaya,itu pun tak sedar lagi.Inilah sikap orang melayu yang banyak dapat phd(perasaan hasad dengki).

3.Jika seorang cina boleh hidup dalam 100 orang melayu serta buka kedai barang tetapi payah 1 orang melayu hidup dalam 20 orang cina. Bangsa lain terutama bukan melayu mereka walaupun berlainan idelogi politik mereka tetap hormat bangsa mereka ,tengok tahun baru cina mereka tetap bergembira walaupun perbezaan agama tetapi atas semangat bangsa...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gile hebat ah entri ni!!
syabas! org2 mcm ni lah patot jd pemimpin negara skrg..
semoga trs bersuara!