Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO. Papar semua catatan

Selasa, 29 Julai 2008

Dagang Lalu Di Tanak Nasi

dipetik dari http://www.drkhir.com/



Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 april 1969, berkata"The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities."
[Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.] UCAPAN PRESIDEN MIC merangkapMENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965. "Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens... As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here." [Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."] - Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60

Selasa, 15 Julai 2008

Ulasan Mengenai Debat Harga Minyak.

Assalamualaikum, ketika saya menulis artikel ini, saya baru sahaja habis menonton debat yang berlangsung di TV9, AWANI DAN BERNAMA TV. Dan debat tersebut berlangsung dengan agak menarik dan aman, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagi, saya ini sudah membuktikan ketulusan kerajaan di dalam mentadbir negara. Ialahkan, siapa yang berani berdebat dengan Anwart Ibrahim yang memang sudah terkenal dengan lidah petahnya itu, pasti jikalau diajak singa sekalipun, belum tentu ngauman raja rimba itu mampu mengalahkan kepetahan lidah Anwar. Namun, YANG INGIN saya tekan menganai keberanian , (terlupa pulak namanya) saya tabik spring kepada Menteri Penerangan kita, beliau memang barani kerana benar!!!
Apa yang saya dapat lihat, saya tidak nampak yang Anwar yang seperti diwar-warkannya, akan membentangkan Magic Formulanya, yang kononnya akan menurunkan sekaligus harga minyak Malaysia, jika dia menjadi PM - tetapi saya tidak kenapa pulak dia kali ini, di dalam debat itu tiba-tiba menekankan hanya 50 sen jer... Mungkin dia tahu terlalu mustahil!
Beliau hanya mengatakan kalaulah kita guna 5 billion daripada Petronas sahaja, kita mampu menunurunkan. Mungkin Menteri Penerangan kita tu terlepas dengar apa yang dicakapkan oleh Anwar, guna 5 billion untuk menurunkan harga minyak.
Pemutar alam betul DSAI tu. Cuba para pembaca fikirkan kembali...
Rakyat Malaysia= 30 Juta orang (kajioan terkini).
Rakyat Yang Menggunakan Kereta= 2/3.
Rakyat Miskin= 4.5 %
Subsidi setiap satu: 50 sen
Kira sekarang jumlah kerajaan terpaksa tanggung:
(2/3 X 30 Juta Orang) X 50
Jadi rakyat miskin dikecualikan di dalam memiliki kereta. *miskin ialah yang mempunyai gaji 1200 kebawah.
Jumlahnya ialah lebih daripada 100 Billion ringgit!!!!! 5 biilion tu mungkin adalah angan-angan si Anwar itu sahaja.
Apa yang menarik perhatian saya lagi ialah mengenai MP kita, beliau mengatakan bahawa kita menaikkan harga minyak dengan mendadak atas sebab kita tidak mahu kuantiti dan rizab minyak negara akan hampir kosong, dan sekarang pula kita menurunkan harga minyak step by step dan kemudian minyak kosong, kita dah tak apa nak jual, dan masa tu kita menaikkan harga minyak sebanyak lebih daripada sekarang dan kadar inflasi akan bertambah.
Pada masa itu pula, saya dah masuk Universiti mungkin dan saya tak nak masa tulah mak dan bapa saya bersusah payah untuk mencari wang yang masa tu mungkin lebih mahal daripada sekarang. Jadi, ini ialah rancangan jangka panjang!!! Kita tidak perlulah melolong tak tentu pasal macam DSAI yang cakap tak serupa bikin.
Jadi saya akhiri ulasan saya dengan mengajak para pembaca renungi kata-kata org2 tua melayu dulu-dulu. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian.
P.S: Jangan jadi tamak dan pentingkan diri. Mana semnagat cintakan negara???

Isnin, 14 Julai 2008

Anwar, Pak Lah dan...

Assalamualaikum. Kali ini, saya ingin bangkitkan isu politik yang berkaitan dengan ketidakstabilan politik negara kita yang dikemudikan oleh Anwar Ibrahim di atas kapal yang diberi nama Pakatan Rakyat. Saya mengucap panjang apabila mendengar berita yang berkaitan dengan PR yang tidak habis-habis mengadakan DEMONTRASI JALANAN yang seperti yang kita tahu, adalah amalan YAHUDI.
Kali ini, dengan beralasan untuk membantah ketidak penerimaan usul undi tidak percaya, mereka telah mengumpul segala pelusuk penyokong mereka, lalu mengancam negara dengan mengadakan demontrasi jalanan besar-besaran tanpa menyedari yang bahawa mereka itu telah mengadakan sesuatu amalan yang telah menambahkan 'tahi' yang telah lama tercalit pada maruah negara. Maksud saya sebentar tadi ialah atas segala Demontrasi yang diadakan seperti BERSIH, HINDRAF, dan pelbagai, telah membuatkan negara Malaysia dicop oleh CNN sebagai negara yang POLITIKNYA tidak stabil.
Tapi, ada suara-suara sumbang yang mengatakan pula bahawa itu adalah amalan demokrasi, kita punya hak. Masyaallah!!! Jadi, jikalau begitu, bermakna amalan demokrasi ini mengHALALKAN aktiviti-aktiviti untuk menjual maruah negara.
Anwar, andai ada penyokong kau yang membaca ini, krim salam ni kat dia eh, kalau dah gian sangat nak jadi PM, jangalah sampai merosakkan bangsa sendiri atau negara.
Pak Lah Oh Pak Lah... Hang jangan lah jadi lembut sangat sampai depa dok pijak kepal ahang tak henti-henti. Hang ni kan... Hmmm... Tak tahulah...

Rabu, 9 Julai 2008

Ulasan mengenai artikel daripada salah satu blog terkemuka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam asrtikel ini saya ingin menyentuh tentang soal penyalah fahaman mengenai Islam Hadhari. Janganlah salah faham bahawa saya ini adalah seorang politik, saya hanyalah seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun. Jadi, selepas ini tiada lagi tuduhan yang mengatakan bahawa saya ini adalah orang UMNO. Kalau tak percaya. dibawah adalah IC nombor saya;
931011-14-6167.
Apa yang saya ingin sentuh di sini mengenai satu artilel daripada salah satu blog yang memang popular di Malaysia ini. Di bawah adala artikelnya:
KISAH panas tentang penyebaran gambar porno dan aksi ghairah pelokon utama Anak Pontianakâ, Zarina An Juli arahan Suhaimi Baba amat memualkan. Ia sebuah drama bersiri ketagori seram yang diputarkan oleh TV3. Agak sukar untuk dikatakan gambar-gambar itu telah disuperimpose, bila melihat aksi depan kamera yang mengasyikkan. Walaupun Zarina menafikan pembabitan dan menuduh gambar itu superimpose, ini tidak bermakna isu ini telah selesai.
Norhisyam Abu Bakar dalam komentarnya di mSTAR, melahirkan rasa kurang percaya bahawa gambar-gambar itu superimpose. Ia bukan superimpose, tulisnya. Untuk mencipta superimpose, katanya bukanlah kerja mudah. Kalau satu keping boleh lagi tetapi kalau sudah tujuh keping dari jarak dekat, konsisten dari segi lighting, bayang dan posing, sudah tentulah sukar untuk dikatakan superimpose. Gejala merudumnya moral anak-anak Melayu beragama Islam kian merunsingkan. Selain dari trend bohsia-bohjan, mat rempit, mat gian, kaki betina, kaki tonggang arak, rompak mencuri, culik, zina dan sebagainya; kini satu trend dahsyat mulai melekat bangsa yang dikatakan lemah-lembut ini. Sebelum kes Zarina An Juli ini, sudah ada artis realiti tv swasta yang terjerat dengan gambar bogel (kononnya super impose katanya).
Pihak stesen tv mohon dia berhenti daripada rancangan tv tetapi entah bagaimana nasibnya agak baik. Selepas berhenti, dia glamour terus dapat kerja menjadi dejay di sebuah syarikat radio swasta. Dulu, kalau kita masih ingat, pelakon muda Jazlina Hasyim antara yang ditangkap mabuk di sebuah kelab malam, The Zouk, Ampang terlepas setelah campur tangan pihak atasan. Isu teknikal dijadikan alasan membebaskan mereka.
Hasilnya, ketagihan artis-artis muda yang gila glamour, menjadikan kelab-kelab malam sebagai surga mereka kian sukar dibendung. Apa yang menimpa pelakon Anak Pontianak ini, jelas mempamerkan tabiatnya yang gemar ke kelab malam, malah ada yang mendakwa terlalu sosial dan kaki pil khayal. Jika ini benar, ia amat menyedihkan. Telah menjadi trend kini, mereka yang mengejar glamour dan publisiti makin berani mencipta retorik yang tidak senonoh. Semata-mata mahu dijulang namanya. Diingati dan dipahati oleh peminat mereka. Masih panas dibahaskan, kisah mantan anggota kumpulan nasyid yang “tergelincir rel” kerana memburu glamour dari resipi Barat yang hodoh.
Faizal Tahir yang diumpil bakatnya dari Program One In A Million mempamerkan aksi-aksi melampau dengan membuka baju dalam Rockin Birthday Concert anjuran TV8 hingga mencetuskan kontroversi. Jika diperhatikan, sudah menjadi satu trend semasa, beberapa artis baru atau yang masih baru mencari tapak untuk popular, mengambil langkah berani sama ada secara sengaja atau tidak menjatuhkan diri mereka dalam kontroversi yang melacurkan maruah diri. Budaya clubbing, bersuka-ria di kelab malam hingga mabuk yang sudahpun sebati menjadi budaya remaja di Barat, kini artis-artis kita meniru jejaki mereka bagi menepati dunia artis yang glamour dan bercampur-baur.
Inilah yang terjadi. Semakin banyak kes ditemui bagaimana anak-anak remaja kian hilang pegangan agama mereka semata-mata mengejar secebis glamour picisan. Apa yang menarik, kian kuat Islam Hadhari dimuntahkan kepada rakyat, makin menjadi-jadi gejala sosial remaja, kadar jenayah yang menakutkan, selain isu-isu teruk dan hodoh terus menguasai tempat pertama keruntuhan moral bangsa Melayu. Walaupun Islam Hadhari diumpan, namun sikap kerajaan yang double standard terhadap pesalah seumpama ini telah memberi impak buruk kepada Islam.
Jelas, Islam Hadhari ala Perdana Menteri tidak membantu apa-apa untuk memulihkan kesedaran dan membaiki mutu akhlaq ummat Islam di negara ini. Pernah, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Dr Ismail Ibrahim ketika isu tangkapan The Zouk menulis dalam ruangan beliau di Mingguan Malaysia bertajuk “Kehidupan malam KL dan UK” yang meluahkan perasaannya darihal keadaan moraliti di Malaysia. Dr. Ismail telah membangkitkan isu ini dalam muzakarah mufti-mufti seluruh negara dan majlis muzakarah tersebut telah mengeluarkan kenyataan:
“Penguatkuasaan berteraskan amar makruf dan nahi mungkar perlu diteruskan kerana ia dituntut bagi mempertahankan kewibawaan rakyat dan imej negara. Apabila kita pilih kerajaan, kita beri kuasa kepadanya untuk mempertahankan nilai moral rakyat kerana kerosakan moral membawa bencana kepada negara.“ -- (Berita Harian) “Kerajaan perlu bertegas dalam soal membenteras kemungkaran dan tidak menjadikan “kesalahan teknik” dalam satu dua insiden pihak berkuasa agama sebagai asas menolak undang-undang bagi menjaga moral rakyat. Mufti-mufti berharap kerajaan akan mempertahankan konsep membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran seiring dengan usaha membanteras rasuah, peyelwengan kuasa, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.” -- (Utusan Malaysia) Ini bermakna kerajaan Hadhari sepatutnya berkewajiban menolak sama sekali memorandum yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang menuntut agar “moral policing” ini dibatalkan atas asas menganggu dan mengekang kebebasan individu.
Kita amat bimbang, trend yang berlaku pada hari ini sebahagian dari rancangan musuh Islam untuk menghancurkan agama Allah yang suci ini dengan memperkenalkan isu-isu hak asasi dan seumpamanya. Dan sudah pasti, Islam Hadhari yang kurang jelas itu tidak upaya menangkisnya seperti yang terjadi sekarang.
Anak kecil tidak selamat. Anak remaja juga tidak selamat. Mereka adalah harta ibu bapa. Rosak mereka maka hancurkan bangsa dan agama! Bagaimana agaknya jika Faizal Tahir mendabik dada membuka baju di khalayak itu hak asasinya? Apa pula pula Zarina berhujah, aksi-aksi lucah dan gambar bogel itu juga hak asasinya sebagai manusia?
*************************************************************************************
Ulasan Saya
Sudah jelasLAH bahawa penulis blog ini hanya tahu membabi buta sahaja dalam penulisannya. Dia seolah menyalahkan Islam Hadhari di atas kejatuhan moral dan akhlak manusia. Namun, perbuatannya itu sama dengan perbuatan Penggarah Filem Fitna yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Mengapa? Alasan utama saya 'kononnya Islam Hadahari yang tidak jelas itu' tidak dapat menangkis gejala sosial ini. Namun, sedarkah beliau bahawa Islam Hadharii itu adalah ajaran Islam yang cuba diperkenalkan kembali oleh Pak Lah dan bukannya ajaran yang direka-reka sendiri. Hal ini turut diperakui oleh pemilik Universiti Al-Azhar sendiri.
Jadi saya ingin menasihatkan di sini bahawa janganlah terus menyalahkan sesuatu atas terjadinya sesuatu melainkan setelah disiasat sebenar-benarnya. Lagi satu, bukanlah salah Islam Hadahari tetapi salah manusia itu sendiri yang tidak mahu membetulkan dirinya. Bukankah Nabi ada bersabda:
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka yang mahu mengubahnya!"
Wassalam.