Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Rabu, 20 Ogos 2008

Ulama Akhir Zaman...

Assalamualaikum kepada para pengunjung setia atau pengunjung kebetulan blog ini. Hari ini saya, Pemerhati Dunia hendak mengulas tentang kenyataan oleh para pemimpin POLITIKUS - yang kononnya seorang ulama - yang secara memandai membuat kenyataan yang sumpah SI SAIFUL ADALAH MENIRU ORANG KRISTIAN!!! MASYAALLAH!!! DEMI POLITIK, MEREKA SANGGUP MEMPERMAINKAN AGAMA ISLAM....




Di atas saya sertakan beberapa kenyataan pemimpin POLITIKUS - yang beberapa pemimpin di atas KONONNYA ULAMA.

NAMUN BENARKAH KENYATAA PEMIMPIN POLITIKUS TU...????!!!!!????

Untuk menyangkal kenyataan merapu di atas tu saya SERTAKAN kenyataan yang dibuat oleh mufti Wilayah Persekutuan untuk menyangkal kenyataan PEMIMPIN YANG KONONNYA ULAMA tersebut.

KUALA LUMPUR: Perbuatan Mohd Saiful Bukhari Azlan memegang kitab suci al-Quran di tangan kanannya ketika melafazkan sumpah laknat di Masjid Persekutuan, 15 Ogos lalu tidak bercanggah dengan syariat Islam dan tidak boleh dianggap meniru cara agama Kristian, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, hari ini. Beliau berkata kewujudan persamaan zahir dengan apa yang dilakukan oleh penganut Kristian tidak boleh dianggap meniru agama itu. “Misalnya paderi Kristian menyebut kalimah “Amin” (Amen) ketika melakukan upacara sembahyang di gereja, maka umat Islam tidak boleh dianggap meniru Kristian ketika menyebut kalimah “Amin” dalam sembahyang dan ketika berdoa,” katanya.

Beliau berkata sumpah Mohd Saiful juga adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan atau “alyamin qhairul qadhaiyah” dan bukan sumpah “mubahalah" seperti yang disiarkan oleh media.

“Ini kerana “mubahalah” memerlukan persetujuan pihak kedua seperti yang dinyatakan dalam ayat 61 Surah Ali Imran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengenai hukum memegang Al-Quran ketika bersumpah, Wan Zahidi memetik sumber dari kitab “Fatwa Syarriah” oleh Al-Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf, mantan Mufti Mesir dan Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam bukunya “Fatawa al-Sheikh Muhammad Abu Zuhrah.

Beliau berkata Al-Sheikh Hassanin dalam kitabnya telah memetik pendapat Al-Imam Al-Ain iaitu “ Jika seseorang bersumpah dengan mushaf, atau meletakkan tangan ke atasnya, atau berkata: "Demi Quran ini - maka ia adalah sumpah yang sah.” Wan Zahidi berkata ini berupakan pendapat Imam Shafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali.

Katanya Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam kitabnya telah menyatakan bahawa “Bersumpah dengan nama Allah dengan meletakkan tangan ke atas mushaf adalah sumpah yang sah.”

“Daripada huraian itu dapat disimpulkan bahawa sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful adalah harus dilakukan dan tidak bercanggah syariat Islam,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful melakukan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan dia diliwat secara paksa oleh bekas majikannya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu. - Bernama

artikel di atas dipetik daripada http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080819212451/Article/

Selasa, 22 Julai 2008

Mana Manifesto-manifesto Di Selangor Dilaksanakan?

Assalamualaikum,
Setelah sebelum ini, saya bariskan puisi-puisi yang mengeggarkan gendang telinga para pembaca semua, kini saya bariskan pula mifesto-manifesto yang kini hanyalah habuk yang tidak dilaksanakan.




Clik sahaja di gambar ini untuk membaca manifesto-manifesto yang ingin dilaksanakan...





Isnin, 14 Julai 2008

Retaknya PR?

Komen 1:
Assalammualaikum wmt,

Berita atau desas-sesus perpecahan dalam PR memang telah lama diduga. Para pemerhati politik telah meramalkan pakatan itu tak akan bertahan lama. Sebab utamanya ialah percanggahan perjuangan antara parti-parti dalam pakatan berkenaan. Antara satu parti dgn satu parti lain punyai rasa permusuhan.
Umpamanya, DAP yg anti-Islam dan anti-Melayu, tak akan boleh duduk bersama dgn Pas. Sementara PKR yg tak tahu apa yg diperjuangkan cuba berada diantara kedua parti itu sebagai benteng.
Setelah tiga bulan berlalu, PKR dgn berketuakan Anwar Ibrahim sudah tidak mampu membendung sengketa perjuangan antara DAP dgn PAS. Keadaan jadi lebih buruk apabila Anwar sendiri terlibat dengan tuduhan liwat.
Gelagat Anwar yg mencurigakan telah mendorong PAS berfikir dua kali. PAS mula merasakan kedudukan mereka tidak terjamin dan wujud anggapan bahawa PAS dalam PR dianaktirikan atau dipandang rendah oleh DAP.
Semakin lama semakin banyak isu yg boleh menggugat kedudukan PAS dihati rakyat dan penyokong setia. Isu khinzir di Selangor dan isu lanjutan pajakan tanah untuk 'Kampung Baru - Cina' di Perak ternyata menyebabkan PAS berada dalam kepanasan.Sebelum keadaan jadi lebih buruk dan sokongan terhadap PAS merosot seperti Umno, pemimpin PAS cuba mengubah haluan. Sudah tentu PAS terpaksa mencari sekutu baru. Pilihan yg ada ialah antara DAP+PKR atau UMNO yg menjadi tonggak BN.Dari situlah titik mula perkembangan terbaru berkenaan. Desas-desus itu adalah benar. Bukan gosip, bukan cerita fantasi.

PKR dan PAS bergeser?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"... orang PAS bukan bodoh!", kata Dato Seri Haji Hadi bin Awang.Begitulah antara perkataan yang terlafaz dari mulut Haji Hadi dalam temuramahnya dalam Harakah bertarikh Julai 8hb, 2008 baru-baru ini mengakui ada membuat perbincangan dengan pihak-pihak tertentu dari UMNO.

Masih teringat Haji Hadi menjawab soalan beberapa orang jurublog mengenai slogan Malaysian Malaysia DAP, Darul Islam dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat di Majlis Makan Malam Rakan Media pada Mei 13hb, 2008. Semasa itu mereka baru mengumumkan persepakatan Pakatan Rakyat.
Katanya, itu semua hanya istilah dan perkara penting dalam pentadbiran adalah mengamalkan ketelusan, bersih dari rasuah, keberkesanan, dan lain-lain. Ramai yang biasa pergi mendengar ceramah PAS agak terperanjat dengan sikap keterbukaan baru PAS. Yang menyebut pun adalah orang yang sama mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO pada tahun 1986.
Dalam Pakatan Rakyat, umum mengetahui ideologi PAS dan DAP ada perbezaan fundamental dalam isu Islam. Jika dahulu, Semangat 46 yang menjadi gam antara mereka berdua, kini PKR, khususnya Anwar Ibrahim yang membolehkan mereka berkerjasama mengadakan persepakatan untuk pilihanraya umum baru-baru.

Tetapi mutakhir ini, pelbagai peristwia masakini menunjukkan ada yang semacam tidak kena antara PAS dan PKR. Belum lagi timbul kata-kata yang jelas antara mereka. Namun pelbagai peristiwa menunjukan sesuatu sedang menggelegak dan menunggu masa untuk meledak. Selepas PRU12Bayu-bayu perbincangan antara UMNO dan PAS telah lama dirasai tiupannya dari selepas pilihanraya ke 12 di negeri-negeri Selangor dan Perak. Oleh kerana tidak cukup kerusi BN, orang UMNO mula menghulur tangan untuk sedia bekerjasama dengan PAS tetapi tidak dengan PKR.

Kata orang UMNO, mereka sedia memberi laluan kepada PAS untuk memegang jawatan Menteri Besar tetapi dihalang oleh orang-orang tertentu dalam PAS. Antara nama-nama yang disebut adalah Dato Haji Hadi Awang, Dato Husam Musa, Dato Kamaruddin Jaafar, Ustaz Dato Hj Ahmad Awang dan lain-lain.

Orang PAS pula berkata permintaan UMNO pun tidak realistik. Ada yang masih hendak jadi
Menteri Besar dan ada yang mahu kuasai Exco. Wallahu alam.
PAS kekal dalam pakatan pembangkang dan BN pun kehilangan Selangor dan Perak. Tidak lama lepas itu, mereka memberi nama kepada pakatan mereka, Pakatan Rakyat. Pemerhati politik melihat ianya masih pakatan sementara dan stop gap measure untuk Anwar mengekalkan kumpulan parti-parti pembangkang ini sebelum tindakan politik seterusnya. PR tidak mempunyai status legal seperti BN.

Pergeseran?Semasa menubuhkan kerajaan pun, sudah timbul perasaan tidak puashati PAS. PKR bersekongkol dengan DAP mengurangkan exco Pulau Pinang dari dua kepada satu. Padahal PKR diberi dua temnpat di Perak.

Ianya masih dapat ditoleransi oleh PAS. Namun, DAP tidak langsung menunjukan toleransi pada asas perjuangan parti PAS. Dalam perkara Negara Islam, PAS terus tidak diberi muka langsung oleh pemimpin utama DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Mereka naik kepala kerana Anwar sendiri yang lebih mirip Islam Liberal seolah-olah menyokong DAP. Rupanya sebelum itu, Anwar pernah memberi jaminan dalam persidangan dan perbincangan di luar negara PAS tidak akan meneruskan agenda Negara Islam.

Dalam "Perjanjian Pangkor ke II", katanya syarat diletakkan ke atas Menteri Besar Dato Dr Muhamamd Nizar tidak boleh membawa sebarang Agenda Islam. Terbaru Majlis Ugama Islam Perak terpaksa berundur dari kes nama Allah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Di Selangor pula, kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim pula nampaknya akur dengan kehendak DAP. Pengumuman PR yang pertama dibuat oleh DAP untuk membina kompleks Khinzir besar-besaran untuk ekspot. Ini adalah satu tamparan kepada PAS sebagai rakankongsi kuasa ini.

PAS seolah-olah diketepikan dalam Majlis Perayaan 100 Hari di Selangor. Mereka tidak diberitahu berkenaan pungutan dana dan hanya mengetahui setelah perkara ini menimbulkan kontroversi.

Konsert perayaan mempunyai pertunjukan hiburan oleh dua orang penyanyi wanita. Initidak dipersetujui oleh PAS. Apabila pihak PKR disokong oleh Tuanku Sultan Selangor yang telah menegur PAS, ia betul-betul memalukan PAS.
Baru-baru ini, Majlis Protes yang diurus PKR mengadakan pertunjukan hiburan yang telah menimbulkan kontroversi apabila kumpulan Carburettor Dung menyanyikan lagu dengan lirik dan aksi kurang manis. Kumpulan Amal PAS hanya datang membantu hingga tengahhari dan terus boikot.Perbincangan

Sebilangan orang-orang PKR telah berbincang dengan pihak tertentu dalam UMNO. Kemasukan Ezam ke dalam UMNO tidak boleh dilihat hanya sebagai seorang individu kembali semula kepada UMNO. Ezam membawa sekali beberapa orang PKR.


Bagi PAS, mereka mungkin masih ingat kemasukan YB Dato Ibrahim Ali memasuki UMNO dari Semangat 46 pada tahun pertengahan 90an. Ia kemudian diikuti oleh pembubaran parti S46 dan kemasukkan beramai-ramai dalam UMNO.
Sedutan dari laporan mStar bertarikh 11-07-2008 diterbitkan berikut:

Hadi akui rundingan PAS-Umno, Ulas impak isu dakwaan meliwat Anwaroleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Dalam temu bual yang dilihat sebagai pendirian terbuka dan tegas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil mengakui PAS telah mengadakan perbincangan dengan Umno bagi menerokai kerjasama masa depan menegaskan, parti itu "berhak" berbuat demikian sambil menegaskan peranan PAS yang telah membawa kejayaan Pakatan Rakyat tidak harus "diketepikan" begitu sahaja.

Jelas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka memang telah diadakan selaras dengan sikap keterbukaan parti itu.

Mengenai peranan PAS, kata beliau, "orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan."

"PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain.

"Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya," kata beliau dalam temu bual dengan akhbar parti itu, Harakah dalam keluaran terbaru yang mula dijual semalam.

Mengenai perundingan dengan mana-mana parti politik, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.

"Bukan dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan.

"Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya," kata beliau yang merujuk kepada kenyataan pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa pihaknya sudah mula mengadakan rundingan dengan wakil rakyat Barisan Nasional mengenai kemungkinan melompat parti.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang bertanya mengapa PAS tidak boleh mengadakan pertemuan dengan Umno.

"Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak.

"Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat.

"Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno," katanya lagi.
Dalam temu bual itu, Abdul Hadi juga menegaskan PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat, yang dibentuk selepas kemenangan barisan pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri.

"Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri," jelas beliau.Begitu jelas sekali kata-kata Haji Hadi berikut yang bagaikan amaran kepada PKR dan rakan-rakan PR:

"Orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya umum ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya."Perpaduan Ummah?

Adakah tekanan terhadap UMNO dari pihak pembangkang khususnya DAP dan PKR untuk melonggarkan perkara-perkara "Kontrak Sosial" yang termasuk kedudukan Islam mula membukakan mata PAS?

Dari cakap-cakap beberapa orang Ahli Parlimen, UMNO bagaikan kaku semasa berdepan dengan isu-isu "Kontrak Sosial" baru-baru ini. PAS terlibat dalam Barisan Nasional untuk merancang Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970an. Kini, Ahli Parlimen PAS hanya melepaskan kepada UMNO untuk mempertahankan perkara-perkara seperti itu. Walaupun hati mereka di guris mengenai negara dan amalan Islam, PAS tetap setia menjaga hati DAP dan orang bukan Melayu dalam PKR.

Sejak UMNO mula menghayati program penerapan nilai-nilai Islam, PAS mendapat nikmat politik dan tercapai objektif peningkatan penghayatan Islam dalam negara dalam jangkamasa panjang. Malah pengakuan Malaysia sebagai negara Islam oleh Dr Mahathir adalah satu pencapaian agenda Darul Islam yang memberi legitamasi kepada Negara Islam.
Sedikit sebanyak Islam Hadhari adalah peningkatan juga. Jika tidak kerana masaalah jenama, tidaklah ianya terlalu banyak terbuang masa dan sumber kepada penerangan daripada benar-benar program yang tepat dan berkesan.

PKR yang berbilang agama dan akhir ini lebih menyerlah dengan pengikut-pengikut Hindraf. Tuntutan Hindraf yang lebih berasaskan interpretasi dan berkepentingan perkauman yang sempit dan militan mungkin tidak seirama dengan PAS.
Dari segi aspek ini, lebih banyak persamaan antara UMNO dan PAS, dari PAS dan PKR. Perbezaan utama dalam isu Islam antara UMNO dan PAS hanyalah hukum hudud. Jika PAS boleh bertoleransi dengan DAP dalam perkara Negara ISlam, inikan pula untuk bertoleransi dalam hukum hudud.

Bagaimana kerjasaam PAS dan UMNO akan mengambil rupa? Mahukah PAS kembali kepada BN yang pernah mereka tinggalkan?
Kalau mengikut Dr Mahathir, orang Melayu perlu ada pembabitan strategik dalam pembangkang. Mungkin kerjasama berupa kerajaan campuran yang tidak ada komitmen berkekalan? Tidak boleh diketepikan kemungkinan Haji Hadi hanya mahu menguatkan PAS dalam PR.

Untuk ramai ummah Melayu/Islam, mereka sangat mengharap orang Melayu dapat ketepikan ideologi politik untuk bersatu supaya hak dan kepentingan orang Melayu tidak terhiris seperti yang berlaku sekarang di bawah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi yang lemah.