E-novel Percuma: Hikayat Klon Homles - Episod 1
Kes Pembunuhan Pelajar Sekolah
Hasil nukilan Pemerhati Dunia, lolongansejati.blogspot.com
“Aku ialah seorang pelajar yang dianggap sebagai ‘genius’ di SMK Dato’ Onn. Aku juga dikenali sebagai seorang yang terlalu taksub dengan novel penyiasatan, sehinggakan orang menggelarku Klon Sherlock Homles. Namun, aku tidak pernah menyesal dengan gelaran yang dilemparkan oleh rakan-rakan, malah turut berasa bangga dengan watak imiginasi Sir Athur Conan Doyles di dalam novelnya, watak yang begitu berkarismaristik bagiku. Aku juga mempunyai seorang rakan yang baik denganku, kami seolah-olah seperti kembar yang tidak boleh dipisahkan. Dialah tuan empunya nama Azim. Ingin aku menyentuh di sini ialah kisah bagaimana aku menempah nama sehinggakan aku berjaya menyelesaikan kes-kes yang maha susah. Antaranya ialah, Kes Rompakan Las Vegas, Kes Klon Jack The Ripper dan Peculikan Ala Makhuk Asing.”
“Helmi! Awak nak pergi mana, tu?” sapa seorang gadis jelita yang bernama Aulia dari belakang, sambil menepuk bahuku. Lamunanku tersentak. Aku memalingkan wajahku ke arah gadis kacukan Jepun-Melayu yang berambut lurus panjang dan bermata phoenix itu.
“Hah, Aulia. Kenapa tergesa-gesa ni?” tanyaku kepada Aulia yang Kelihatan termengah-mengah itu, entah apa sebabnya…
“Max, dah mati. Ada orang bunuh dia!” reaksi pada wajah Aulia menampakkan riak sedih kerana Max merupakan seorang yang baik hati dan juga rakan baik kepada Aulia. Kesan air mata jelas ternampak di balik sinar mata wajah gadis berhidung anak panah itu. Jelas bahawa dia baru sahaja menangisi pemergian Max Jewelstone, lelaki kacukan cina-inggeris yang fasih berbahasa melayu.
“Bawa aku ke tempat kematian mendiang!” gumamku perlahan, tetapi bernada terkejut bercampur marah. Dari lukis raut wajahku ini, terpampang satu perasaan sedih yang tidak diundang kerana telah kehilangan rakan yang amat ku sayangi, Max Jewelstone.
“Itu dia!” bisik Aulia di telling sambil menunding jari ke arah sebuah jasad yang kakinya terlipat ke belakang, tangan terkulai layu tidak bermaya dan darah berlumuran di kepala.
“Apakah punca kematian Max?” tanyaku kepada Aulia, namun Aulia mengangkat bahunya tidak mengetahui. “Polis tak datang, ker?” tanyaku kepada gadis itu.
“Helmi… polis tersangkut dalam kesesakkan jalan raya. Maklumlah, hari inikan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Asia, Malaysia jumpa Korea,” sampuk Azim dari belakang.
“Oh…” aku menghembuskan nafas kecewa. Kenapalah semua ini boleh berlaku. Kalau diikutkan hatiku, baik sahaja perlawanan akhir itu diberhentikan daripada dilangsung demi bertafakur atas kematian Max, namun apakan daya, siapalah Max di mata dunia.
Keadaan di sekeliling ketika ini begitu sesak kerana para pelajar mahu mendekati jasad Max tetapi dihalang oleh para guru. Aku memandang Azim, kemudian dia menganguk seolah-olah mengetahui apa yang mahu di katakan oleh aku!
“Aku rasa biarlah kita jadi detektif buat hari ini sahaja?” gumamku perlahan kepada Azim, yang kemudian mengukirkan sebuah senyuman lebar.
“Tapi, bukankah cikgu tengah menjadi ‘bodyguard’ kepada jasad Max, tu?” kata Azim. “Apa kita nak buat bagi mengalihkan perhatian cikgu buat masa yang agak panjang?” katanya lagi.
“Itu… kau boleh jadi pembantu, kawan… fikirkan sesuatu! Aku pergi dahulu! Nak ambil sarung tangan yang dah lama aku simpan untuk kejadian ini! Oh, ya… Aku pinjam handphone kau, nak tangkap gambar mayat tu!” kataku lalu lantas berlari ke kelasku yang terletak jauh dua blok daripada tempat Max dijumpai tidak bernyawa lagi.
*
“Cikgu, perpustakaan terbakar!” laung Azim dari jauh. Nampaknya cara Azim mengalihkan perhatian berkesan apabila dengan tiba-tiba kesemua pelajar yang sedang megrim mayat Azim.
“Apa!?” teriak Cikgu Bakri, pengetua SMK Dato’ Onn lalu mengarahkan mereka semua ke perpustakaan. Hanya Azim dan Aulia sahaja yang tinggal di dalam bilik kosong di mana jasad Max terkulai layu.
“Apa awak buat ni, Azim?” tanya Aulia bingung.
“To discover the truth!” balas Azim tersenyum. “Helmi, line clear sekarang. Kau boleh masuk!”
Masukku di dalam bilik kosong itu sambil lengkap berpakaian ala Sherlock Homles, tangan yang lengkap bersarung putih, dan memakai cermin mata hitam dan kain putih untuk menutup wajahku.
“Memperkenalkan klon Sherlock Homles!” kataku di hadapan Aulia yang masih terlopong dengan penampilan ku yang baru ini.
“Mari kita mula sekarang!” kata Azim kepadaku.
Bersambung dalam Episod 2: Kes Pembunuhan Pelajar Sekolah II: Kebenaran Yang Tidak Disangka…
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
1 ulasan:
wah bestnye citer nie!!! mane sambungannye??
Catat Ulasan