Agama-agama utama di dalam dunia secara kasarnya boleh dibahagikan kepada Semitic Religions (Agama Semitik) dan juga Non-Semitic Religions (Agama Bukan Semitik). Non-Semitic Religions pula boleh dibahagikan lagi kepada Aryan Religions (Agama Aryan) dan juga Non-Aryan Religions (Agama Bukan Aryan).
1) Semitic Religions (Agama Semitik)Semitic Religions (Agama Semitik) adalah agama yang berasal daripada golongan yang dinamakan ‘Semites’. Menurut kitab Bible, Nabi Nuh mempunyai seorang anak yang bernama Shem. Keturunan Shem inilah yang dikenali sebagai ‘Semites’.Justeru, Agama Semitik merupakan agama yang berasal dari golongan Yahudi, Arab, Assyria, Phoenician dan sebagainya. Agama-agama Semitik utama adalah Judaisme, Kristian dan Islam. Semua agama ini merupakan agama yang diwahyukan oleh Tuhan melalui perantaraan para nabi-Nya.
2) Non-Semitic Religions (Agama Bukan Semitik)Agama Bukan Semitik seterusnya dibahagikan lagi kepada Aryan dan Bukan Aryan:
a) Agama Aryan
Agama Aryan merupakan agama yang berasal daripada golongan Aryan, satu golongan besar berbahasa Indo-European yang tersebar di sekitar Iran dan Utara India pada awal kurun ke-2 BC (2000 hingga 1500 BC).Agama Aryan kemudiannya dikelaskan lagi kepada Vedic Religion (Agama Veda) dan Non-Vedic Religion (Agama Bukan Veda). Contoh Agama Veda ialah Hinduisme dan Brahminisme, manakala contoh Agama Bukan Veda ialah Sikism, Buddism, Jainism dan sebagainya. Hampir seluruh Agama Aryan adalah bukan berasaskan para Nabi. Agama Zoroastrianisme pula merupakan salah satu agama Aryan yang bukan Veda, yang tidak dikaitkan dengan Hinduisme. Pengikut agama ini melaporkan bahawa agama ini adalah agama yang berasaskan Nabi.
b) Agama Bukan Aryan
Agama Bukan Aryan mempunyai asal usul yang pelbagai. Confucianisme Taoism berasal dari Cina, manakala Shintoism pula berasal dari Jepun. Kebanyakan agama seperti ini tidak mempunyai satu konsep ketuhanan yang tetap. Mereka ini sebaiknya diklasifikasikan sebagai satu sistem kehidupan, dan bukannya agama.
*dipetik dari effysaiful.blogspot.com
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan