Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pembuka bicara.
Buat kebelakang ini dan semenjak 8hb Mac 2008 banyak pehak yang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan.
Antara pihak-pihak, badan-badan dan individu yang mahukan ISA dihapuskan ialah Majlis Peguam-Peguam, BERSIH, pemimpin-pemimpin DAP, PKR, PAS, MCA, Gerakan, PPP, SUHAKAM dan beberapa lagi badan.
Nama Akta itu ialah tentang Keselamatan Dalam Negeri. Tetapi mereka undang-undang itu dihapuskan. Mengapa? Mereka semua tak pentingkan keselamatan dalam negeri, ketenteraman awam dan rakyat 26 juta, pekerja-pekerja dan peniaga-peniaga serta pelancung-pelancung yang datang dari Luar Negeri ke?
Pada pandangan dan pendapat saya, mereka semua mahukan ISA dihapuskan kerana mahu kebebasan 100% untuk berucap, untuk berforum, untuk berseminar, berdailog, berpidato tentang isu-isu sensitif seperti:
1. DEB;
2. Bahasa Ibunda @ Melayu, Cina, Tamil dll di sekolah;
3. Masuk Islam, keluar Islam;
4. Laungan Azan di Masjid dan surau;
5. Kebebasan bercakap dan menulis;
6. Kuil Hindu;
7. Mencium keris oleh Pemuda UMNO;
8. Keistemewaan orang Melayu dll
Bila ISA dan jika dihapuskan maka apa jadi? Semjua orang, semua media, semua blog BEBAS bercakap, menulis dan berbincang perkara-perkara sensitif.
Bila semua orang bebas bercakap hal-hal sensitif Bolehkah kita rakyat Malaysia dan badan-badan penguatkuasa seperti POLIS membendungnya, mengawlnya daripada merebak, menjadi panas, menjadi api seperti api dalam sekam bila ditiup angin makin merebak dan semakin membesar dan membakar?
Cakap sahaja, "Polis boleh kawal, boleh ambil tindakan, boleh dakwa di Mahkamah." senang.
Berapa banyak kes di bawah Seditious Act yang dapat didakwa dan dibicarakan di Mahkamah?
Berapa banyak kes yang tidak dapat dibawa ke Mahkamah kerana tidak ada saksi, tidak ada bukti?
Majlis Peguam, DAP, PKR,PAS, PPP, Gerakan, NGOs kena didik dan ajar rakyat Malaysia menjadi ""More civic minded, rela menjadi saksi Polis dan Pendakwa Raya dan berani menjadi saksi dan memberi keterangan di Mahkamah barulah ISA boleh dihapuskan.
Kalau ISA dihapuskan Negara kita tak menjadi selamat, tak nyaman, tak makmur, tak maju, tak harmoni.
TUN DMM, PAK LAH dan Tengku Razaleigh sendiri kata "Malaysia mempunyi 1st Class Facilities but 3rd Class mentalities".
Kalau dah macam tu bukan senang nak tangkap, tuduh, dakwa dan bicarakan orang, pemimpin-pemimpin yang main "bunga api".
Macam Singapura, kita di Malaysia masih perlukan ISA. Kalau tidak macam mana nak ambil tindakan undang-undang terhadap orang yang baling "bom"?
Mungkin ada bukti tetapi tak ada saksi. Ada saksi tapi tak ada bukti. Kalau ada lapuran risikan dan maklumatdari beberapa punca dan pehak macam mana?
Nak hapuskan ISA boleh. Tetapi masyarakat dan orang ramai, ahli-ahli parti politik dan penyokong-penyokong mereka kena diberi krusus khas dahulu.
PKR, DAP, PAS, UMNO, MCA, MIC dll parti politik, Senator Zahid Ibrahim, Majlis Peguam, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Teresa Kok, BERSIH dll badan NGOs kena beri krusus atas tajuk-tajuk berikut:-
1. Apa dia Akta Hasutan dan Akta Cetak?
2. Apakah dan siapakah yang dimaksudkan dengan racialist dan religious extremists dll yang berkenaan?
3. Bagaimana nak bantu Polis dalam siasatan keatas kes-kes hasutan dan kes cetak mencetak termasuklah penulis blog dan artikel di laman web .
4. Bagaimana nak bantu Polis dan Pendakwa Raya dalam perbicaraan di Mahkamah dalam kes-kes hasutan dan cetak mencetak.
Bila orang ramai semua sudah faham, sudah bersedia dalam perkara-perkara di atas barulah ISA dikaji semula sama ada boleh dipinda atau di gantung atau di hapuskan demi kepentingan keselamatan dalam negeri kita.
sumber http://mykmu.net/
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan