Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Jumaat, 24 Oktober 2008

Sokong Penawaran Anugerah Dato' Kepada Shah Rukh Khan!

Dr Mahathir sokong Datuk untuk Shah Rukh Khan

Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penganugerahan pingat Datuk kepada pelakon terkenal Shah Rukh Khan atas jasa-jasanya mempromosikan Malaysia melalui filem-filemnya.

Bekas perdana menteri berkata bintang Bollywood itu "lebih berjasa" daripada beberapa tokoh negara luar yang pernah diberikan anugerah dan pingat kebesaran Malaysia.

Menurut beliau lagi, Shah Rukh Khan antara pelakon tersohor yang berminat membuat filem di negara ini selepas ditawarkan olehnya sehingga Malaysia menjadi destinasi pembikinan filem beberapa lagi syarikat dari Mumbai.

"Saya telah usaha untuk menarik syarikat-syarikat perfileman Bollywood untuk membuat filem di sini kerana ia akan memperkenalkan Malaysia bukan sahaja kepada penonton filem di India tetapi di Eropah juga.

"Tujuannya ialah untuk menarik pelancong ke Malaysia.

"Antara yang sambut jemputan saya ialah Shah Rukh Khan. Dia amat tertarik dengan pemandangan di Malaysia.

"Banyaklah filemnya yang mempunyai latar tempat-tempat yang menarik di Malaysia," kata Dr Mahathir di blognya hari ini, mengulas pertikaian beberapa pihak berhubung keputusan kerajaan Melaka menganugerahkan gelaran Datuk kepada pelakon itu.

"Kerana Shah Rukh Khan memilih Malaysia untuk membuat filem-filemnya, banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka."

Beliau juga melahirkan rasa kesalnya dengan bantahan pihak-pihak itu dengan berkata "saya berasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan."
Pemerhati Dunia: Saya pun sekepala dengan Tun. Ramai juga yang mempertikaikannya, termasuk artis tempatan. Antara alasan yang diberi untuk mempertikaikannya ialah ramai lagi artis tempatan yang menjadikan Malaysia sebagai tempat lokasi pengambaran namun tak dapat anugerah Datuk pun!?
Ingin saya tegaskan di sini, Filem Malaysia tak ke mana kawan oii. Nak masuk Indon pun susah, Jadi tak der maknanya walaus eribu kali kita jadikan Malaysia sebagai lokasi pengambarab!

1 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

Aku sebenarnya tidak menyokong sebab anugerah ini diberikan kepada orang luar.

Sebaiknya utamakan dulu warga tempatan.

Hidup Malaysia