Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Jumaat, 5 September 2008

Ketuanan Melayu Yang Semakin Terhakis...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pengunjung blog saya ini. Hari ini saya ingin menyentuh tentang isu yang diperketakan hangat kini, isu di mana Ketua Pemuda Umno Bahagian Bukit Bendera, Si Ahmad tu membangkitkan isu yang 'kononnya Racist!' itu. Kata-katanya berbunyi lebih kurang macam ni, "Orang cina tak boleh dapat hak yang sama rata sama macam melayu, mereka kaum PENDATANG!"...

Tetapi benarkah kenyataan yang diutarakan oleh SI AHMAD INI BERBAU RACIST ataupun hanyalah keyataan yang cuba dijelASKAN KEMBBALI apabila Ustaz lim Guang Eng Mula melalak macam anjing tentang KETUANAN MELAYU.

Tak percaya?

"...sekiranya orang Cina mengundi BN, bererti mereka akan mengundi UMNO dan memberi undi kepada Melayu!!! Jangan undi Melayu..." itu tak racist ke bunyinya?

Banyak lagi yang Racist. Sebagai contoh artikel yang dipetik dari blog Mahathir sendiri...

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh:

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious" (hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut. - 4/9/2008


Hindraf tu tak Tak Racist ker?

DAP TU TAK RACIST KER?

Namun, TUN MEMANG GENIUS! DIA TERLEBIH DAHULU MENDEDAHKAN SIAPA YANG RACIST!!!


Bagi saya Saudara Ahmad bukanlah Racist tetapi PEJUANG BANGSA AGAR KETUANAN MELAYU TAK TERHAKIS!!!

Tiada ulasan: