1. Semasa Lee Kuan Yew ( LKY ) berada di luar Negara, LKY memutuskan untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia Mac 1964 atas alasan MCA ( ketika itu Tun Tan Siew Sin ) gagal membantu masyarakat Cina di Tanah Melayu.
2. Dalam kempen2 di Kuala Lumpur, puluhan ribu masyarakat Cina mendengar kempen PAP dan LKY. Ketika itu, seluruh jentera PAP dibawa masuk dari Singapura. LKY sangat yakin akan menang besar. Namun, keputusan pilihanraya itu menunjukkan PAP ditolak oleh masyarakat Cina Tanah Melayu. PAP hanya menang di Bangsar ( Devan Nair ).
3. Sebelumnya Syed Albar ( Singa UMNO ) telah berkempen dalam Pilihanraya Umum di Singapura ( 21 September 1963 ). Malangnya ketiga-tiga kerusi yang menjadi milik UMNO Singapura telah tewas, orang-orang Melayu didapati telah memberi undi kepada PAP. Tunku, Tun Razak & Syed Albar telah pergi ke Singapura untuk menerangkan bahayanya PAP terutama dengan konsep Malaysian Malaysia.
4. Orang Melayu Singapura menolak nasehat Syed Albar, namun 20 tahun dan 30 tahun kemudian nasehat Syed Albar menjadi kenyataan= Tiada lagi Ketua-Ketua Jabatan/Agensi kerajaan diketuai oleh orang Melayu, tiada Menteri Melayu, tiada Ketua Polis Melayu, tiada Ketua Tentera Melayu, malah Melayu diketepikan dalam semua aspek pada hari ini, di Singapura.
5. UMNO menubuhkan Konvensyen melibatkan 123 NGOs Melayu/Islam. Pada Julai 1964, orang Melayu mengamok di Singapura akibat daripada dasar LKY mengenepikan orang Melayu. Pada September 1964, sekali lagi orang Melayu mengamok apabila LKY menekan Tunku supaya menerima Malaysian Malaysia.
6. Lee Kuan Yew mendesak lagi Tunku supaya menerima Malaysian Malaysia ( 1965 ), dan menukar konsep “ rakyat Malaysia” kepada “ Warganegara Malaysia”. LKY juga menolak permintaan Tunku supaya sebahagian hasil Singapura diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk membantu memajukan negeri itu. LKY menolak dengan alasan Singapura tidak perlu membayar yuran untuk menyertai Malaysia.
7. Walhal LKY yang beria-ia hendak menyertai Malaysia kerana takut dengan Tekanan yang diberikan oleh Presiden Sukarno yang ProKomunis ketika itu. Malah parti PAP sendiri tidak dapat mengawal Barisan Sosialis dan Parti Buruh yang semakin menguasai Singapura. LKY sangat takut dan memberitahu kepada Anthony Head, Pesuruhjaya Tinggi UK bahawa dia takut dikelilingi 200 Juta Melayu Indonesia dan Malaysia. LKY tiada jalan melainkan memohon menyertai Malaysia.
8. LKY menuduh dan berucap di luar Negara, konon kerajaan Persekutuan mengamalkan racist. Pernah satu insiden di New York, LKY berkeras dengan Tunku untuk duduk di kerusi PBB mewakili Singapura. Tunku menolak kerana hanya ada kerusi Malaysia sahaja. Mana boleh ada 2 nakhoda dalam satu Negara! MNO mendesak Tunku supaya LKY ditahan di bawah Ordinan Darurat ( ISA ). LKY lebih suka dia ditangkap untuk menjadi Hero Cina, namun Tunku tidak terpedaya dengan lakonan LKY, akhirnya Tunku memutuskan Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Keesokannya LKY menangis teresak-esak. Penulis berpendapat LKY menangis bukan sebab itu, LKY menangis sebab gagal dalam cita-citanya MeMalaysiankan Malaysia.
9. Jika kita perhatikan apa yang dilakukan oleh DAP di Penang terutamanya, kemudian Perak ( DAP menguasai Kerajaan Perak) dan Selangor (DAP memiliki suara majoriti dalam kerajaan ), penulis percaya Kes Singapura akan berulang semula, Penulis percaya jika orang Melayu masih Tidak sedar ancaman ini, Penang akan mendapat Perdana Menteri untuk satu atau dua penggal pilihanraya lagi. Kemudian diikuti Perak dan Selangor.
10. LKY telah berkata “…Hari ini hari kemenangan anda,hari kekalahan saya; tetapi dalam masa lima hingga sepuluh tahun, anda pasti akan meratapinya…” Ternyata ia terbukti, apabila pada tahun 1969 , Rusuhan Kaum berlaku. Penulis percaya, DAP juga memerlukan lima dan sepuluh tahun sahaja lagi untuk menjadi Perdana Menteri Penang! Sejarah sudah membuktikannya…dan sejarah itu berulang lagi…
Paling menyedihkan sekarang ini seperti apa yg terjadi di Singapura,MELAYU (terutamanya MELAYU PAS DAN PKR) telah menjual bangsanya sendiri kerana mengikuti rentak DAP...
Pemerhati Dunia: Sedarlah wahai bangsa Melayu...
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan