Cukup meninggalkan kesan kisah ini, kisah katsumoto panglima terakhir wira samurai negara matahari terbit. Katsumoto sama seperti kisahnya dalam budaya cerita bangsa melayu, watak antagonis Hang Jebat.
2 watak yang sama namun berbeza budaya dan suasana. Apa yang sama hanya ialah satu iaitu kesetiaan. Jebat setia pada persahabatan dan Katsumoto cukup setia pada bangsa. Hampir sama karektoristik dua pahlawan bangsa ini. Seorang melayu Islam dan seorang lagi penyembah matahari.
Hari ini gap menonton untuk kesekian kali watak Katsumoto. Jiwa panglima terakhir ini bertarung nyawa menentang kemahuan maharaja Jepun yang dihasut oleh bendahara munafik, Omura. Maharaja dan Omura yang mahukan penghapusan secara total dan mutlak sejarah kepahlawan 700 tahun samurai. Pembaharuan fizikal dan mental yang secara drastik diubah dan dipaksa diimplentasikan terhadap hati rakyat. Umpama lagu negaraku yang cuba 'di rap'kan oleh budak cina tidak lama dahulu. Liriknya dan iramanya dihina sehina-hinanya.
Katsumoto mempertahankan akidah bangsa,mempertahankan budaya bangsa walaupun nyawa dijadikan tarungan. Segelintir rakan-rakan terakhir bersama Katsumoto termasuk watak Nathan Algren lakonan Tom Cruise. Nathan seorang Amerikan yang menukar budaya barat ke timur setelah mempercayai akidah perjuangan Katsumoto.
Pahlawan samurai terakhir ini bertarung di sebuah lembah. Di satu pihak menggunakan secara total teknologi barat manakala Katsumoto dan rakan2 hanya bertangankan pedang samurai.
Mati dan kesemua pahlawan2 terakhir samurai tumbang ditangan si munafik bangsa, Omura.
Jasad pahlawan terakhir samurai itu gugur di medan perang. Gugur mempertahankan kelangsungan bangsa. Gugur mempertahankan akidah bangsa. Namun roh perjuangan samurainya menitikkan airmata pemegang2 machine gun tentera2 nipon yang begitu galak menabur beribu2 peluru ke perut,kepala sang pahlawan terakhir samurai !
Menyesal dan cukup menyesal kerana mereka membunuh satu2nya kumpulan samurai yang terakhir. Akhirnya mereka sujud menyembah jasad sang samurai. Menyembah penuh penyesalan. Mati sudah pejuang bangsa.
Bangsa melayu boleh belajar tentang semangat perjuangan katsumoto. Semangat mempertahankan agama dan bangsa.
Kini tuhan telah memperlihatkan ulangan sejarah kejatuhan sesuatu bangsa. Umat Iraq pasti menyesal bersekongkol dengan konspirator kononnya mahukan lebih demokrasi. Kalaulah ada doa yang membolehkan hidupnya semula 'pemimpin tirkit' sudah pasti sanggup mereka lakukan.
Bangsa melayu kini mengalami krisis yang sama. Katsumoto sudah mempertahankan bangsanya hingga sanggup terkorban. Rakyat iraq sudah merasai kenikmatan liberalisasi atas nama demokrasi. Namanya berbeza liberasi demokrasi Iraq dan ketuanan rakyat namun implementasinya sama. Tada lain selain menghancurkan akidah umat dan kedaulatan bangsa.
Iraq punyai penghancur negara nuri Al Maliki, Afghan mempunyai Hamid Karzai. Dua keparat umat ini senantiasa menitikkan darah anak bangsa. Melayu kini muncul Anwar Ibrahim. Membawa pembaharuan atas nama ketuanan rakyat, doktrin rukun baru penyokong pakatan rakyat iaitu satu akidah, satu bangsa dan satu hak sama rata.
Keparat ini menghasut rakyat dalam setiap bicaranya. Bicaranya apa? Bicara tentang kesaksamaan hak bangsa dan liberisme akidah agama. Tanya saja anwar ini tentang bangsa maka dia akan menjawap 'Ini negara bukkkkaannn melayu punya, ini negarraaaa India punya ...ini negara Cina punya' !!!!
Ditanya kepada anwar apa bicara anda tentang Lina Joy...maka dia akan menjawap ' timur dan barat..buku itu dan kitab ini'...tiada jawapan melarang murtad..jawapannya adalah liberalis..ya seorang liberalis agama...di depan melayu bercerita tentang ayat surah furqan dan sajadah..ummati ummati...di depan cina ceritanya lain..di depan bar council ' saya setuju mereka murtad' !!!!!
Bijak berpidato... berrrapi api mengalahkan mitos naga cina mengeluarkan api ! Bicara Anwar panas seperti panasnya Hitler memperkenalkan ketuanan mein kampf..kong kali kong syaitannya dengan ketuanan rakyat !
Inilah ulangan ujian untuk setiap bangsa. Baik untuk negara Jepun, Afghan mahupun Iraq. Kiranya seorang atheis Katsumoto mampu syahid mempertahankan bangsa...
APA JAWAPAN ANDA SEBAGAI PEMEGANG KALIMAH DAN SEORANG ANAK MELAYU ?
ANWAR ATAU AGAMA ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan