Siapa Lebih Banyak Gigit PAS: Anwar atau UMNO?
Penulis tempoh hari telah menulis tentang politik menjelang 16 September oleh Brother Anwar laksana filim The Mummy 1. Anwar telah dihidupkan semula karier politiknya setelah dibebaskan dari penjara dan menang di Parlimen Permatang Pauh.
Anwar Ibrahim laksana Imhotep. Anwar Ibrahimhotep ini menggunakan sepenuhnya Jijahcknamunnya untuk muncul semula di arena politik. Penyokong Keadilan seperti zombi dan kuli batak penyokong ajaran sesat yang hendak menghidupkan Anwar Ibrahimhotep, dan Jijahcknamun tidak peduli mereka ini mati seolah-olah hanya dia saja yang berlaki dan kuli-kuli batak yang dimakan kumbang pemakan daging itu macam tidak beristeri, tidak beranak dan tidak bermak bapak.
Tapi, Anwar Ibrahimhotep memang terkenal suka naik laju-laju macam juga Imhotep. Nak naik dan memerintah dunia dalam beberapa hari saja. Tubuh yang kering sudah jadi gemuk semula seperti zaman dia jadi Timbalan Firaun dulu. Habis zat-zat pengikut disedutnya. Pinggang sakit sudah kuat barangkali. Hairan di zaman keringnya dahulu, pinggang yang sakit tapi topang leher yang dipakai padahal lehernya tak sakit pun.
Maka, menjelang 16 September, Mami Anwar tidaklah menjadi Perdana Menteri seperi yang selalu diazan dan diiqamatkan oleh balaci-balacinya. Senyap sepi penyokong-penyokong Keadilan seperti sudah dimakan kumbang pemakan daging lagaknya. Tetapi, aparat-aparat Mami Anwar di laman-laman yang masih beriman dengan Anwar Ibrahimhotep ini terus bertegas yang PAS tidak perlu keluar Pakatan Rakyat.
Husam berkata proses hendak tubuh Kerajaan Mami Anwar ini seperti kelahiran songsang. Mungkin dia nak sebut seperti perlakuan luar tabii yang songsang, tetapi tidak gamak barangkali.Masih kuat thiqah Husam kepada Mami Anwar berbanding Haji Hadi. Yang kesiannya, Dato' Mustapha Ali teruk diganyang kiri dan kanan kerana interviewnya yang mengatakan rancangan 16 September, boleh dijamin tidak jadi. Itulah beza orang yang berkepala songsang dengan orang yang berpijak di bumi nyata. Nyata Mustapa Ali bukan jenis manusia yang boleh makan minum dengan auta dan retorik kosong.
PAS sebenarnya menanggung malu dan tidak sangka telah ditipu Mami Anwar. Semuanya kononnya cerdik, tetapi cerdik-cerdik Sultan Shahrul Nizam Alam Shahbana sahaja. Tidak tahu kalau anak-anak Mami Anwar sudah sediakan perahu untuk Mami Anwar cabut dari Malaysia. Tapi, penyokong PR yang tidak cukup PR ini terus membiarkan penipuan ini berterusan kerana mungkin takut dikatakan anak luar nikah jika tidak percayakan Mami Anwar yang datang dengan bermacam-macam fatamorgana rekaan minda sendiri.
Penulis sebenarnya tahu, PAS dan to the lesser extent, ahli jamaah kampus tidak mahu keluar dari kepompong ini kerana dalil aqli mereka hanya berteraskan bencikan UMNO. Tidak lebih dan tidak kurang. Orang politik PAS pula terus bermain isu yang UMNOlah yang selama ini mengenakan PAS dan menghenyak PAS. Seolah-olah UMNO ini setaraf dengan apa yang Allah sebutkan tentang syaitan yakni sebagai musuh yang nyata bagi manusia.
Cerita ini sudah lama, tetapi menarik ditimbulkan semula,iaitu tentang email Khalid Samad, MP Shah Alam. Katanya, UMNO banyak kali gigit PAS dan bodohlah siapa yang hendak bekerjasama dengan orang yang banyak gigit PAS ini.
Khalid Samad mungkin fikrahnya lebih jelas dari orang JIM/IRC dalam PAS. Kerana dia adalah pengasas Suara Islam di UK. Balik-balik, terus masuk PAS, bukannya buat jamaah baru macam kawan-kawanya yang lain dari UK.Tetapi, hairan untuk orang yang sepatutnya cerdik macam Khalid Samad ini untuk bersama dengan Mami Anwar.Tidakkah lebih gharib ataupun janggal dari bersama dengan UMNO?
Perlu diingatkan bahawa Mami Anwar telah berapa ratus kali menggigit orang PAS? Sepatutnya Anwar Ibrahimhotep menggantikan Dato' Asri tetapi Mami Anwar masuk UMNO. Tidak cukup dengan itu, tugasnya yang pertama ialah merampas Parlimen Permatang Pauh dari satu-satunya wakil PAS di Pulau Pinang iaitu Haji Zabidi Ali. Orang ABIM serba salah kerana PAS itu "betul" tetapi Anwar pun selama ini "betul". Dengan berat hati, Mat Sabu pun berkempen untuk Anwar pada pilihanraya 1982. Siapa khianati PAS? UMNO atau Anwar?
Jangan bicara lagi tentang Memali, OPS Lalang, Pilihanraya 1986 sehingga 1995, apa yang Anwar tidak buat kepada PAS? Buka balik keratan akhbar kenyataan Anwar tentang Memali dan Ops Lalang. Siapa yang banyak gigit PAS? Abdullah Badawi? Najib Tun Razak? Bukankah Anwar yang paling banyak gigit PAS?Cerita kampus, jangan dibilang lagi. Boleh minta sahaja Prof. Madya Ishak Sulaiman nukilkan perang sabilnya dengan geng-geng PKPIM semasa dia menjadi Amir dahulu.
Jadi, Khalid Samad janganlah terlalu berkeras dengan UMNO kerana ingatlah bahawa orang yang disokong untuk menjadi firaun itu lagi banyak gigit PAS dari kepimpinan UMNO yang sedia ada. Itulah yang difikirkan oleh mereka yang berunding dengan UMNO sebab mereka kenal dengan Anwar dan tidak buat-buat tutup mata dengan perilaku Anwar.
Orang PAS dalam kampus pun kena sedar, jangan jadi macam pejuang Islam di Indonesia sebelum merdeka, akhir-akhirnya kena tipu sahaja dengan Bung Karno. Oleh itu, berjaga-jagalah dengan Mami Anwar alias Anwar Ibrahimhotep, jikalau tidak mahu negara bakal ditimpa malapetaka
Sumber: http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/09/siapa-lebih-banyak-gigit-pas-anwar-atau.html
Pemerhati Dunia: Wahh, tukar nama Anwar dari Anwar Ibrahimhotep kepada Anwar Ibrahimlingkup!
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan