Peringatan:
Untuk memahami artikel ini, pembaca perlu sekurang-kurangnya pernah menonton The Mummy 1 ataupun The Mummy 2. Kalau lompat terus ke The Mummy 3, mungkin tidak faham beberapa butir.
Sambungannya ada di artikel Siapa Yang Gigit PAS? BABI atau UMNO?
Penulis banyak kali berkunjung ke laman AnwarIbrahimDotCom. Di antara tulisan yang banyak penulis dapati adalah daripada Faisal Tehrani. Umumnya mengetahui, bahawa Faisal Tehrani seorang penulis yang profound (ikut bahasa Brother), dan banyak karyanya yang menarik. Namun, umum juga tahu bahawa Faisal bukanlah penyokong pemerintah sejak dari zaman kampus lagi. Banyak tulisannya berkias dan menyindir partai pemerintah.
Faisal Tehrani adalah mahasiswa zaman di mana PMI tengah hebat bergaduh dengan ABIM yakni proksi Anwar di kampus di pertengahan 90-an. Jadi jikalau hendak dikiaskan orang-orang jamaah ketika itu dengan cerita The Mummy 1 dan 2, laksana mereka adalah Medjai yang menjaga Necropolis yang menempatkan jenazah Imhotep, paderi Mesir purbakala yang kuat sihirnya.
Ahli Jamaah dahulu kala telah berperang lama dengan Mami Anwar. Mami Anwar telah mengkhianati Jamaah dengan menyertai UMNO pada tahun 1982. Jamaah telah berpecah. Dahulunya hanya ada satu tetapi kerana Anwar, gerakan Islam terpisah kepada pro Anwar yang kekal sebagai ABIM dan yang kekal wala'nya kepada PAS yang membentuk PMI/JIK sehinggalah ke hari ini.
Medjai-medjai ini menyimpan banyak rahsia Mami Anwar. Jikalau hendak memerangi Mami Anwar, maka medjai-medjai inilah yang dididik oleh Jamaah untuk berlawan dengan Mami Anwar.Mami Anwar melalui tentera PKPIMnya tumpas pada tahun 1996 di mana ketua Medjainya adalah Anwar Ridwan. Masyarakat kampus pada masa itu sudah tidak percaya kepada Mami seorang ini.
Masyarakat Kampus termasuklah Faisal tentu masih teringat tentang Demonstrasi Anti Pasukan Kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997. Medjai-medjai pernah bertempur di hadapan Masjid Ar Rahman. Tetapi, kuasa Mami Anwar memang hebat. Dia penguasa media ketika itu. Mereka yang berdemonstrasi digambarkan media Mami Anwar sebagai orang yang melampau. Ramai medjai dan juga jamaah Masjid Ar Rahman yang terjun parit. Tetapi, Mami Anwar tak peduli.
Zaman sebelum itu pun ada demosntrasi. Faisal pun tahu. Kerinchi Link bukti sihir Mami Anwar. Mami Anwar hebat sebagai Paderi Negara, tetapi membiarkan sahaja Kerinchi Link hendak dibina merentasi Masjid Ar Rahman. Abu Zaki yang mengetuai medjai masa itu, hairan dengan Mami Anwar membiarkan universitinya sendiri diperkosa oleh konglomerat-konglomerat kawan-kawan Mami Anwar. Mungkin jikalau ada Kerinchi Link budak-budak medjai susah hendak berdemo bila Mami Anwar sudah menjadi Firaun.
Faisal mengetahui kebejatan Mami Anwar @ Imhotep ini. Yang selalu menyerang Mami Anwar adalah kawan lama Mami sendiri,Mat Sabu. Selain itu, silibus tarbiyyah dan kisah PMI diserang dan ditekan oleh anak-anak buah Mami Anwar sering menjadi buah mulut. Jikalau hendak menjadi pegawai HEP, jadilah anak buah Mami Anwar, maka ramailah anak buah Mami Anwar di Hal Ehwal Pelajar.
Tibalah zaman yang ditunggu. Faisal dan medjai-medjai sebenarnya menanti hari. Kuasa magis Mami Anwar menunggu masa sahaja untuk menjadi Firaun. Sebut sahaja nama Haji Zabidi, Suhaimi Osman, geng-geng Team B UMNO, Ghafar Baba, semuanya tewas kepada The Mami ini. The Mami akan jadi Firaun. The Mami akan jadi Firaun yang paling pantas di antara semua Firaun yang ada dalam sejarah.
Tetapi, Mahafiraun bukannya bodoh. Mahafiraun memang sayangkan Mami Anwar tetapi kepentingan negara lebih mendahului. Medjai dulu thiqahkan Mat Sabu. Dulu Mat Sabu kata Mami ada skandal dengan Shamsidar, Medjai angguk-angguk. Toh, Mat Sabu bilang Mami Anwar membutuhkan pria, sekelian medjai pun angguk-angguk.Tidak tahu kalau Faisal pun angguk.
Lantas, Mami Anwar dijatuhkan hukum paling keji dalam sejarah paderi-paderi. Hukuman paling hina yang tak pernah ada dalam sejarah. Tuduhan Mami suka menjadikan pria sebagai idaman sukma wa qalbu seperti yang dibilang Mat Sabu tiba-tiba menjadi senjata besar Mahafiraun. Tetapi, medjai-medjai cepat-cepat lupa yang dahulu mereka pun mengangguk-angguk bahawa Mami Anwar memang kepinginkan pria.
Maka, terhukumlah Mami Anwar dengan hukuman hina itu.Dan lenyaplah Mami Anwar buat seketika, cuma kadang-kadang hembusan sihirnya sahaja terbau-bau. Faisal dan medjai-medjai lain terasa lega. Nasib baik Mami Anwar tidak menjadi Firaun. Akhirnya, partai Medjai dapat banyak kursi dalam sejarah mereka. Walaupun kononnya sokong Mami Anwar, wala' dan bara' medjai tetap kepada trimurti berhala tiga serangkai mereka, Fadzil, Nik Aziz dan Hadi yang menghiasi dinding-dinding kolej dan almari-almari baju medjai-medjai sekelian.Trimurti inilah pelindung mereka dari sihir Mami Anwar.
Namun, kali ini Mami Anwar diseru semula. Hairan, zaman sekarang medjainya tidak seperti dahulu. Dahulunya, Trimurti Nik Aziz, Hadi dan Fadzil yang menjadi pujaan hati, tetapi kini berhala Mami Anwar yang dipuja-puja. Gambar Mami Anwar ditempel lebih dari gambar Hadi atau Nik Aziz dalam website mereka. Ada gambar Mami Anwar angkat tanganke atas,ke bawah dan bermacam-macam posing lagi.Malahan, Mami Anwar dianggap berhala utama lebih dari Nik Aziz, Hadi ataupun Nasha Isa. Ironinya, orang ABIM pun sudah lama mencampakkan imej Mami Anwar keluar dari kepala mereka kerana takut digelar pengkhianat negara.
Jikalau perbuatan medjai-medjai muda sekarang dibuat di zaman Muhyiddin Aziz, Abu Zaki malahan di zaman Nasir Zakaria, nescaya akan dipandang mereka seperti Din Beramboi dalam Kuliah Ilmu dua kali sebulan itu. Kena masuk balik Tamrin Panjang agaknya orang-orang itu.
Oleh itu, medjai-medjai tua seperti Faisal mungkin beristighfar panjang. Melihat generasi medjai sekarang yang galak menyeru dan memuja Mami Anwar bukannya pimpinan jamaah sekarang. Mungkin mereka bukanlah lagi medjai pelindung mahasiswa dan Islam tetapi sudah bersama dan menggabungkan diri dengan tentera dajal(baca slang utara) Mami Anwar.
sumber:http://maharajazhou.blogdrive.com/
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.
-
Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang
Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku
untuk me...
10 bulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan