Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Jumaat, 20 Jun 2008

Akhir Zaman Nanti...

Assalamualaikum para pembaca yang budiman,

Hari ini terdetik di minda saya untuk menyentuh soal yang sudah menjadi kelaziman di dalam hati saya. Adakah benar yang kita kini sudah tiba di zaman yang sering disebutkan oleh nabi junjungan kita, Rasullulah S.A.W, Akhir Zaman.


Itu saya tidak berani untuk mengulasnya di sini, namun apa-apa pun, sudah pelbagai tanda-tanda yang digariskan oleh Rasullulah sudah terjadi. Antaranya ialah:
  • Perempuan berpakaian tetapi bertelanjang.

Apakah maksud sebenar sabda nabi ini. Jangan mudah melenting wahai para pembaca yang budiman, sebenarnya maksud nabi ini ialah akan datang suatu masa nanti (sebenarnya sudah datang), akan ada wanita yang menutup aurat di bahagian yang lain, tetapi membuka aurat di bahagian lain. Buktinya, kita selalu melihat anak gadis kita, memakai tudung tetapi mekaia pakaian yang berlengan pendek bukankah nabi ada bersabda bahawa aurat wanita adalah daripada hujung rambut hingga hujung kaki. Fikirkanlah...

  • Maksiat Bemaharajalela



Ini usah mengharapkan ulasan lanjut daripada saya kerana para pembaca sudah pasti dapat mengagak di mana saat dunia ketika itu 'dipimpin' oleh kemaksiatan. Seolah-olah pada waktu itu, maksiat adalah kebiasaan bagi manusia (waktu sekarang juga, cuma belum merebak ke Malaysia lagi, itu sahaja). Dunia pada hari itu, seks bebas dan luar nikah adalah satu KEMESTIAN!!!

  • Islam akan kembali seperti yang aku bawa dahulu.



Ya, perkara ini sudah terjadi pada hari ini. Maksud sabda nabi itu adalah bahawa ketika itu, Islam akan seperti zaman yang nabi bawa, di mana segala ibadat-ibadat umat Islam akan terbatas dikawal oleh orang-orang yang bukan beragama Islam.




Tiada ulasan: