Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Khamis, 26 Jun 2008

Artikel Tambahan Bagi Menjawab Pertuduhan Bahawa Muhammad Itu Kaki Perempuan Dan Phedophile VI

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Ummu Salamah Binti Umayaha r.a.

Nama sebenar Ummu Salamah ialah Hindun binti Umayah bin Mughirah Al Makhzumi. Suaminya yang pertama bernama Abdullah Bin Abdis Saad. Suaminya ini merupakan sepupu kepada Rasulullah s.a.w., iaitu anak kepada ibu saudara Rasulullah di sebelah ibu baginda. Dia juga merupak saudara sepersusuan dengan Rasulullah sa.w.

Mereka berdua merupakan antara sekumpulan awal orang-orang Islam yang berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) berikutan tekanan dan penyiksaan yang dilakukan musyrikin Mekah ke atas mereka. Semasa di Habsyah inilah Hindun melahirkan seorang anak yang dinamakan sebagai Salamah. Menjadi kebiasaan masyarakat Arab menggelarkan mana-mana pasangan ibu bapa yang mempunyai anak dengan gelaran seperti 'Abu' atau 'Ummu' yang disambungkan dengan anak sulung pasangan mereka.

Maka jadilah pasangan itu digelar sebagai Abu Salamah dan Ummu Salamah. Mereka kemudiannya berhijrah ke Madinah setelah semua Muslimin diarahkan berhijrah buat kali kedua di sana. Pada ketika meletusnya Perang Uhud, Ummu Salamah dan suaminya menyertai angkatan tentera Islam menentang kaum musyrikin. Abdullah Bin Abdis Saad berjuang dengan cita-citanya untuk syahid. Dia mendapat kecederaan yang amat berat sewaktu perang tersebut yang menyaksikan Rasulullah s.a.w. juga mendapat kecederaan. Bagaimanapun, Allah s.w.t. masih memanjangkan unur beliau. Kecederaan parah yang dialaminya dirawat ole Hindun dengan penuh sabar sehingga eliau sembuh sepenuhnya.

Apabila peperangan Bani Asad meletus, beliau sekali lagi menganggotai pasukan pejuang Islam tanpa sedikit pun rasa takut. Bagaimanapun, dia sekali lagi mendapat kecederaan parah dalam peperangan ini. Hindun, isterinya sekali lagi tanpa jemu memberikan khidmat baktinya dalam menjaga serta merawat suaminya yang cedera akibat menyertai peperangan bagi mempertahankan Islam. Rasulullah s.a.w. apabila mendengar Abdullah mendapat kecederaan yang teruk sekali lagi dan semakin nazak, Baginda datang melawat Abdullah. Baginda duduk disampingnya sehingga Abdullah meninggal dunia. Dengan kedua tangan baginda, Rasulullah s.a.w. menutupkan mata Abdullah yang terbuka seraya menasihati kaum keluarganya supaya mendoakan yang terbaik baik diri mereka, kerana menurut baginda, para malaikat akan mengaminkan doa mereka. Sesudah menasihatkan keluarga Abdullah, baginda mendoakan kesejahteraan Abdullah dalam perjalanannya menuju kepada Allah dan tempat singgahnya sebelum itu di alam barzakh.

Ummu Salamah ditinggalkan dengan empat orang anak. Sebagai wanita mukmin, beliau sangat bersabar dengan ujian yang menimpanya. Sehinggalah Rasulullah s.a.w. pada suatu hari apabila mengenangkan penderitaan yang sedang dialami oleh Ummu Salamah, baginda menghantar rombongan untuk meminang beliau.

Pinangan kali pertama Rasulullah s.a.w. di tolak Ummu Salamah dengan memberikan alasan bahawa dia bukanlah muda lagi untuk dikahwini. Di samping itu, dia juga mempunyai tanggungan anak seramai empat orang yang bakal menyulitkan bagi mana-mana lelaki yang ingin mengahwininya.

Sesudah jawapan tersebut diberikannya kepada Rasulullah, maka Rasulullah s.a.w. sekali lagi menghantar rombongan meminang dengan menyatakan kepadanya bahawa bukanlah umur itu yang menjadi soal kepada tujuan utama baginda meminangnya, tetapi lebih kepada ingin memberikan perlindungan kepadanya sekeluarga apabila hilang tempat bergantung.

Akhirnya beliau menerima pinangan Rasulullah s.a.w. ini dan hidupnya sangat bahagia dengan Rasulullah s.a.w. Beliau yang bersabar dengan ujian yang menimpanya ini pernah menceritakan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Menurut Ummu Salamah, “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bila mana seorang Hamba Allah mendapat suatu musibah lalu dia mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihiraji’uun, dan terus berdoa, “Wahai Tuhanku, berikanlah aku pahala di atas musibah yang menimpaku ini dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya. Allah pasti memberinya pahala pada musibahnya itu.” Demikianlah sesudah Abu Salamah (Abdullah) meninggal dunia, Ummu Salamah berzikir dengan zikir yang di atas dan terus berdoa sesuai dengan apa yang pernah dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti di atas. Tidak lama kemudian, Allah menggantikan kepadaku yang lebih baik dari Abu Salamah, iaitu Rasulullah s.a.w. sendiri.

Jelas sekali, Ummu Salamah sangat menghargai perkahwinannya dengan Rasulullah. Semasa terdengar ura-ura bahawa Rasulullah s.a.w. bakal mengahwini Ummu Salamah, Siti A’isyah r.a. pada ketika itu juga isteri Rasulullah yang masih muda remaja, berasa teramat cemburu. Perasaan ini bertambah-tambah lagi apabila dia mendengar cakap-cakap orang yang menyatakan bahawa Ummu Salamah itu merupakan seorang perempuan yang jelita. Lalu Siti A’isyah r.a. pergi berjumpa dengan Hafsah yang mana kisah itu diriwayatkan dalam hadis yang dipetik dibawah.

“Ketika Rasulullah s.a.w. kahwin dengan Ummu Salamah, aku merasa sedih bukan kepalang. Sebab orang melukiskan kepada kami betapa cantiknya Ummu Salamah. Lalu dengan diam-diam aku ingin melihatnya. Dan benar… lebih daripada apa yang dilukiskan orang. Hal itu aku ceritakan kepada Hafsah. Tetapi dengan tenang dia berkata, “ Ah, dia tidak seperti yang digambarkan orang.”

Setelah aku bergaul dengannya, ternyata benar apa yang dikatakan Hafsah itu. Hanya aku saja yang memang pencemburu.”

Jadi sangat jelas kepada kita di sini bahawa Ummu Salamah bukanlah seorang wanita jelita seperti mana yang sering diburu oleh mana-mana kaki perempuan. Tetapi beliau merupakan seorang wanita biasa, yang menjadi balu dengan tanggungan empat orang anak, yang mana akhirnya dia dinikahi oleh Rasulullah s.a.w. bagi memberikan perlindungan kepadanya.

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Ummu Habibah Binti Abu Suffiyan r.a.

Nama sebenar Ummu Habibah ialah Ramlah Binti Abu Suffiyan Bin Harb Al Umaiyah. Beliau merupakan anak kepada seorang pemuka Quraisy yang sangat menentang usaha dakwah Rasulullah s.a.w. pada awalnya. Suaminya yang pertama bernama Ubaidillah Bin Jahsy Al-Asadiyah. Mereka ini tergolong dalam golongan Sabiqunal Awwalin.

Mereka berdua juga merupakan antara para sahabat yang berhijrah ke Habsyah semasa tekanan kaum musyrikin Mekah semakin kuat. Kedua suami isteri ini tinggal di Habsyah sehingga tamatnya Perang Khaibar. Oleh kerana tidak tertanggung dengan ujian demi ujian serta tekanan demi tekanan yang dikenakan kaum Musyrikin Mekah ke atas mereka, suami Ummu Habibah, iaitu Ubaidillah akhirnya semakin hari semakin kurang kekuatan imannya. Apabila kekuatan imannya menjadi semakin rapuh, ditambah lagi dengan dirinya yang semakin hari semakin menjauhi Islam, akhirnya Ubaidillah murtad dan kembali kepada kaumnya dan meninggalkan Ummu Habibah tanpa tempat bergantung.

Ubaidillah sentiasa berusaha memujuk Ummu Habibah menyertainya kembali dalam kemusyrikan kaum mereka di mekah. Oleh kerana imannya serta cintanya yang terlalu kukuh kepada Pencipta seluruh alam ini, segala kemudahan dan kesenangan hidup dia tolak dan redha hidup dalam kesusahan, asalkan imannya terhadap Allah terpelihara. Begitulah pengorbanan Ummu Habibah sehingga diputuskan kasih oleh suaminya sendiri lantaran berpegang teguhnya dia kepada Islam.

Setelah beberapa ketika, Ubaidillah meninggal dunia. Sebagaimana yang kita semua sudah sedia maklum, bapa kepada Ummu Salamah iaitu Abu Sufyan merupakan antara pemuka Mekah yang paling kuat penentangannya terhadap usaha dakwah Rasulullah s.a.w. sebelum dia memeluk Islam. Jadi oleh kerana takut akan kemarahan bapanya serta tindakan yang bakal diambil oleh kaumnya sekiranya dia kembali ke mekah, Ummu Habibah nekad tinggal seorang diri tanpa perlindungan di Habsyah dengan henya bersandarkan tawakkal untung nasibnya kepada Allah s.w.t.

Setelah Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah dan setelah kedudukan kaum Mukminin semakin kukuh di sana, maka sampailah berita kepada Rasulullah s.a.w. mengenai keperitan hidup seorang mukminah di Habsyah, iaitu Ummu Habibah yang kehilangan tempat bergantung semata-mata kerana imannya kepada Allah dan RasulNya. Rasulullah yang berasa belas dengan keperitan hidup dan kesengsaraan yang ditanggung oleh Ummu Habibah, lantas baginda mengirimkan sepucuk surat kepada Raja Najasyi, pemerintah Habsyah untuk melamar Ummu Habibah bagi pihak baginda.

Ummu Habibah berasa amat gembira dengan berita yang dibawa oleh Raja Najasyi tersebut, lantas bersetuju untuk menerima pinangan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan antara Rasulullah s.a.w. dengan Ummu Habibah dilangsungkan selepas Ummu Habibah berhijrah ke Madinah. Mendengar berita perkahwinan tersebut, Bani Umaiyah, iaitu kaum kerabat Ummu Habibah, mula melonggarkan tekanan dan kekejaman mereka ke atas kaum Muslimin. Mereka menyambut baik berita tersebut walaupun kebanyakan dari mereka masih belum memeluk Islam. Abu Sufyan juga tidak ketinggalan berasa bangga dengan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan anaknya. Apabila ditanyakan pendapatnya tentang perkahwinan tersebut, Abu Sufyan berkata dengan nada bangga, "Dia merupakan seorang lelaki yang tajam hidungnya," Begitulah rasa bangga Abu Sufyan yang mendapat berita mengenai anaknya berkahwin dengan seorang lelaki yang terkenal baik budi pekertinya serta tampan rupa parasnya, disamping itu, menantunya itu merupkan pemimpin kaum mukmin yang sedang bertambah kuat kedudukan mereka di Kota Madinah. Ini membuktikan bahawa, kaum musyrikin Mekah tidak memusuhi baginda kerana akhlak dan budi pekertinya. Tetapi mereka memusuhi baginda di atas sebab agama Islam yang dibawakannya yang mengancam kedudukan mereka sebagai pemuka-pemuka, peniaga-peniaga berhala serta penjaga-penjaga berhala di Mekah.

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Maimunah Binti Harits r.a.

Nama penuh Saidatina Maimunah r.a. ialah Maimunah binti Harits bin Bahir bin Huzam bin Ruwaibah bin Abdillah Al Hilaliyah. Beliau merupakan janda kepada Abu Rahim bin Abdul 'Uzza bin Abdul-Wud bin Malik Al Quraisy Al 'Amiri. Baginda s.a.w. menikahi Maimunah dengan diakadkan oleh bapa saudara baginda iaitu Abbas r.a. dan izin Maimunah r.a.

Maimunah r.a. pada ketika itu sudah pun berusia lanjut. Sebagaimana yang telah dibentangkan sejak awal lagi, kebanyakan perkahwinan Rasulullah s.a.w. dilangsungkan dengan wanita yang telah lepas waktu kesuburan mereka. Semua perkahwinan ini dilakukan bukan dengan tujuan atau bermotifkan syahwat tetapi bagi membantu wanita-wanita dan anak-anak mereka yang kehilangan tempat-tempat bergantung ini dengan perlindungan keluarga dan tempat tinggal.

Sebaik sahaja baginda bernikah dengan Saidatina Maimunah r.a. ini, maka kaum Bani Hilal mula didekati Rasulullah s.a.w. begi tujuan dakwah. Disebabkan mereka kini ada talian darah dengan Rasulullah s.a.w., maka seruan Rasulullah s.a.w. kepada mereka untuk memeluk Islam disambut dengan baik. Sesudah dari itu, maka ramailah lelaki dan wanita dari Bani Hilal memeluk Islam.

Maimunah r.a. merupakan seorang yang amat bijak dan berani. Diriwayatkan bahawa beliaulah merupakan antara wanita pertama yang memainkan penting menubuhkan organisasi bantuan dan pertolongan dari kaum wanita dalam peperangan yang disertai oleh orang-orang Islam. Mereka ini turut sama ke medan perang bagi membantu menguatkan pasukan kaum Muslimin dengan kebolehan serta bantuan yang dapat dihulurkan oleh mereka. Mereka ini membantu merawat setiap pejuang Islam yang tercedera di medan perang. Jadi, siapa kata Islam itu menindas wanita? Mereka bebas kemana sahaja berniaga, mengumpul harta, menyuarakan pendapat, menyanggah pendapat mana-mana kaum lelaki yang salah malah mereka juga turut serta menguatkan barisan pejuang Islam serta menyertai setiap peperangan yang melibatkan orang Islam dengan musuh-musuh Islam.

Saidatina A'isyah r.a. pernah berkata, "Ya, Dialah satu-satunya wanita yang paling bertakwa diantara (para isteri Rasulullah s.a.w. yang lain), dan paling banyak melakukan silaturrahim,"

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Juwairiyah Binti Harits r.a.

Nama penuh Juwairiyah ialah Juwairiyah binti Harits bin Abi Dhirar Al Khaza'ah. Dia merupakan anak kepada ketua Bani Mushtaliq. Suaminya bernama Musafi' bin Syafwan. Suaminya ini sangat memusuhi Islam. Sewaktu perang anata kaum Muslimin dan Bani Mushtaliq tercetus, suami kepada Juwairiyah ini terbunuh. Kaum Muslimin mendapat kemenangan besar dalam peperangan tersebut.

Diberitakan bahawa terdapat hampir tujuh ratus orang tawanan perang dalam Perang Bani Mushtaliq itu. Harta rampasan perang termasuk tawanan-tawanan ini yang salah seorang daripadanya ialah Juwairiyah. Juwairiyah diberikan sebagai tawanan kepada Tsabit bin Qais untuk dijadikan hamba beserta bahagian rampasan perang yang lain. Oleh kerana Juwairiyah merupakan seorang yang bijak dan cerdas akal fikirannya, dia mengadakan rundingan dengan Tsabit untuk membebaskan dirinya dari perhambaan dengan membayar kepada Tsabit sejumlah wang tebusan.

Tsabit bersetuju dengan rundingan tersebut dan memberikan tempoh kepada Juwairiyah untuk membayar wang tebusan dengan jumlah bayaran yang telah dipersetujui. Lalu Juwairiyah pergi bertemu Rasulullah s.a.w. untuk memohon jasa baik baginda untuk membayarkan kepada Tsabit bayaran yang telah dia (Juwairiyah) persetujui sebelum itu. Rasulullah s.a.w. yang terharu dengan kecerdikan dan tindakan Juwairiyah itu, memberikan dua pilihan kepadanya samada memilih untuk hanya merdeka atau sesuatu yang lebih baik.

Juwairiyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., apa yang dimaksudkan dengan sesuatu yang lebih baik dari dimerdekakan. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa, sesuatu yang lebih baik itu ialah baginda membayarkan bayaran tebusan untuk membebaskan Juwairiyah, kemudian memerdekakannya dari Tsabit bin Qais r.a., dan kemudiannya baginda akan mengahwininya. Perkahwinan tersebut sebagai memuliakannya kembali setelah diperhambakan sebelum ini.

Juwairiyah lantas bersetuju menerima tawaran Rasulullah s.a.w. dengan penuh rela tanpa dia mengetahui bahawa tindakannya itu juga membawa rahmat kepada semua ahli-ahli dari kaumnya yang ditawan dan dijadikan hamba oleh kaum Muslimin setelah mereka kalah peperangan Bani Mushtaliq. Setelah tersebar luas berita mengenai perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Juwairiyah r.a., maka kaum Muslimin yang memiliki hamba dan tawanan dari kalangan Bani Mushtaliq mula membebaskan kesemua hamba dari keturunan tersebut kerana mereka tidak mahu besan dan ipar duai baru Rasulullah s.a.w. menjadi hamba sahaya mereka.

Sebagaimana yang dijanjikan Rasulullah s.a.w., perkahwinan baginda dan persetujuan Juwairiyah untuk berkahwin dengan baginda benar-benar mendatangkan sesuatu yang lebih baik dari kemerdekaan seorang diri yang boleh dikecapi Juwairiyah sebelum itu. Siti A'isyah r.a. menceritakan bahawa. " Sungguh telah dimerdekakan dengan sebab perkahwinan itu, seratus keluarga kaum Bani Mushtaliq. Maka tidak pernah aku ketahui seorang wanita yang lebih banyak berkatnya atas kaumnya, lebih dari Juwairiyah,"

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Syafiyah Binti Huyay r.a.

Nama penuhnya Syafiyah inti Huyay bin Akhtab. Bapanya seorang pemimpin besar Bani Nadir. Mereka ini berketurunan Yahudi yang salahsilah keluarga mereka bersambung sehingga Nabi Harun a.s. dan Nabi Musa a.s. Dia merupakan anak dari keluarga campuran Bani Quraizah dan Bani Nadir.

Sebelum meletusnya perang Khaibar, dimana peristiwa yang membawa kepada perkahwinan Syafiyah dengan Rasulullah s.a.w., kaum Yahudi telah beberapa kali cuba menghancurkan umat Islam dengan berbagai cara termasuk mengumpulkan semua kekuatan yang ada untuk membuat Rasulullah s.a.w.

Pada tahun 627 Masihi (tahun ke 5 Hijrah), beberapa orang dari Kaum Yahudi Bani Nadir dan Bani Wa’il telah mengumpulkan kekuatan untuk melancarkan perang ke atas Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin di Madinah. Antara mereka ialah Sallam Ibn Al-Huqayq An-Nadri, Huyayy Ibn Akhtab An-Nadri (bapa Syafiyah), Kinanah Ibn Abu Al- Hyqayq An-Nadri, dan Haudhah Ibn Qays AL-Wa'ili, and ABu Ammar Al-Wa'ili telah pergi bertemu kaum Musyrikin Mekah untuk mengumpulkan semua kaum-kaum yang tinggal di Mekah dan sekitar padang pasir di sana untuk bersekutu dengan mereka dalam satu cubaan terakhir bagi menghancurkan Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin yang semakin kuat kedudukan mereka di Madinah. Apabila Kaum Quraisy Mekah bertanyakan kepada mereka (Yahudi Bani Nadir dan Wa’il), “Kamu merupakan yang pertama memiliki kitab dan merupakan ahli kitab terawal, beritahukan kepada kami apakah agama Muhammad itu yang terbaik dan benar atau agama kami yang baik dan benar?”. Mereka (Kaum Yahudi Bani Nadir dan Wa’il) menyatakan bahawa kaum musyrikin penyembah berhala itu benar. Setelah kekuatan dikumpul, mereka menuju ke Madinah.

Sebagai langkah serta strategi bagi mengekang kemaraan pihak musuh, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menggali sebuah parit besar dibahagian pintu masuk hadapan kota Madinah. Perang ini dikenali sebagai perang Khandak sempena parit yang digali sebagai pertahanan kota Madinah tersebut.

Semasa pengepungan kaum musyrikin sedang berlangsung dalam perang tersebut, kaum Yahudi dari Bani Quraizah yang tinggal dalam kawasan Madinah dibelakang parit pertahanan yang digali mula membelot. Mereka yang mempunyai janji setia dengan kaum Muslimin di Madinah telah membelot dan menikam dari belakang. Situasi yang sebelum ini agak terkawal menjadi kalut dan genting disebabkan penentangan yang berlaku dari luar dan dalam pertahanan kaum Muslimin. Pengepungan ini berlangsung selama hampir sebulan. Semua bekalan masuk ke kota Madinah disekat. Selama sebulan dalam kepungan, tiada pertempuran sengit yang berlaku kecuali tembakan anak-anak panah dari jarak jauh. Kemudian pada suatu hari, Allah s.w.t. menghantarkan angina yang amat kuat sehingga menerbangkan debu-debu dan khemah-khemah pasukan musuh. Akibat itu, mereka semua berangkat pulang. Setelah perang tersebut tamat, Rasulullah melancarkan perang menuntut bela di atas pembelotan yang berlaku. Jibril a.s. memerintahkan Rasulullah s.a.w. menuju ke perkampungan Bani Quraizah yang membelot dan menikam kaum Msulimin dari belakang semasa Perang Khandak. Ini direkodkan dalam hadis melalui Siti A’isyah r.a.:

Dari A’isyah r.a., katanya, “Ketika terjadi perang Khandak, Sa’ad terkena panah dari seorang lelaki Quraisy yang bernama Ibnu ‘Ariqah. Dia kena panah pada urat nadi pada lengannya. Kerana itu Rasulullah s.a.w. membuatkan sebuah khemah untuk Sa’ad di masjid, supaya baginda dekat menjenguknya. Tatkala Rasulullah s.a.w. pulang dari Perang Khandak, beliau letakkan senjata beliau, sesudah itu baginda pergi mandi. Ketika baginda sedang membersihkan kepalanya dari debu, tiba-tiba Jibril datang kepadanya seraya berkata, “Mengapa anda sudah meletakkan senjata? Demi Allah, kita belum boleh meletakkannya. Keluarlah! Pergi perangi mereka!” Rasulullah s.a.w. bertanya, “Ke mana?” Jibril menunjukkan ke arah perkampungan Bani Quraizah. Maka Rasulullah s.a.w., segera pergi memerangi mereka, sehingga mereka menyerah kepada putusan Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda mnyerahkan urusannya kepada Sa’ad. Kata Sa’ad, “Aku memutuskan orang-orang yang ikut berperang dihukum mati, anak-anak dan perempuan ditawan, dan harta mereka dirampas lalu dibahagi-bahagikan kepada kaum muslimin,”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Perang selepas Perang Khandak ini dikenali sebagai Perang Bani Quraizah. Para Orientalis dan golongan Evangelist menuduh Islam itu kejam kerana menghukum semua lelaki dari Bani Quraizah yang terlibat dengan perang tersebut dengan hukuman mati. Begitu juga dengan sebahagian para ustaz yang seakan-akan cuba menutup cerita ini dari pengetahuan umat Islam. Tiada apa yang cela dengan peperangan untuk mempertahankan diri dan hak. Umat Islam hanya menegakkan hak mereka yang dicabuli dan diperangi. Sering perkara ini diutarakan oleh golongan penentang Islam bagi menunjukkan Islam itu agama yang kaku, keras dan tanpa belas. Tetapi mereka lupa bahawa hukuman itu dijalankan selari dengan hukuman yang tertulis dalam kitab Taurat yang dipegang oleh Kaum Yahudi Bani Quraizah tersebut.

Dalam Deuteronomy fasal 20 ayat 12 hingga 14 (Old Testament) menyatakan dengan jelas bahawa setiap pengkhianatan terhadap mana-mana perjanjian damai yang dilakukan dan dimeterai, hukumannya ialah hukuman mati dihujung mata pedang, isteri dan anak pinak mereka dijadikan hamba dan harta benda mereka akan dirampas.

Deuteronomy 20 : 12 - 14
20:12 And if it will make no peace with thee, but will make war against thee, then thou shalt besiege it: 20:13 And when the LORD thy God hath delivered it into thine hands, thou shalt smite every male thereof with the edge of the sword: 20:14 But the women, and the little ones, and the cattle, and all that is in the city, even all the spoil thereof, shalt thou take unto thyself; and thou shalt eat the spoil of thine enemies, which the LORD thy God hath given thee.

Terjemahannya :Kitab Keluaran 20:12 Tetapi apabila kota itu tidak mau berdamai dengan engkau, melainkan mengadakan pertempuran melawan engkau, maka haruslah engkau mengepungnya; 20:13 dan setelah Dia, Tuhanmu, menyerahkannya ke dalam tanganmu, maka haruslah engkau membunuh seluruh penduduknya yang laki-laki dengan mata pedang. 20:14 Hanya perempuan, anak-anak, hewan dan segala yang ada di kota itu, yakni seluruh jarahan itu, boleh kaurampas bagimu sendiri, dan jarahan yang dari musuhmu ini, yang diberikan kepadamu oleh Dia, Tuhanmu, boleh kaupergunakan.

Setelah kaum Muslimin melancarkan perang ke atas kaum Yahudi dari Bani Quraizah kerana membelot dan melanggar perjanjian yang dimeterai sebelum ini. Mereka menuju kepada satu lagi puak Yahudi yang membelot. Perang ini berlaku di Khaibar yang terletak lebih kurang 150 km dari Madinah. Dalam perang kali ini, tawanan perang lelaki tidak dibunuh tetapi keseluruhan puak ini dijadikan tawanan perang dan harta rampasan perang oleh tentera Muslim.

Di antara tawanan tersebut ialah Syafiyah yang merupakan anak pemuka Bani Nadir. Pada mulanya dia diberikan Rasulullah s.a.w. kepada Dihyah Al Kalby. Tetapi para sahabat baginda yang lain menasihatkan kepada baginda agar dimuliakan Syafiyah selaku anak kepada ketua puak tersebut, dengan perkahwinan baginda dengannya. Ini kerana menurut para sahabat, hanya Rasulullah s.a.w. sahaja yang layak untuk Syafiyah dan tidak orang lain. Dihyah Al Kalby kemudiannya dipanggil oleh Rasulullah dan diberitahukan kepadanya supaya mengambil mana-mana wanita yang lain sebagai hamba. Syafiyah dimerdekakan Rasulullah s.a.w. sesudah itu dan dikahwini Rasulullah s.a.w.

Selaku satu-satunya isteri Rasulullah dari kalangan Yahudi, Syafiyah sering berasa sedih atas penerimaan golongan sahabat yang masih menyimpan sedikit prasangka buruk kepadanya. Ini kerana mereka takut bahawa perkahwinan Syafiyah dan Rasulullah s.a.w. tersebut dibuat atas dasar untuk membalas dendam oleh mana-mana kaum Yahudi yang ingin menuntut bela atas kekalahan mereka. Salah seorang sahabat yang amat menyintai kepada Rasulullah pernah satu ketika mengawal diluar khemah Rasulullah dengan pedang yang terhunus disebabkan takut Syafiyah berbuat sesuatu diluar batasan untuk membalas dendam atas

Tetapi Syafiyah r.a. bukanlah seperti yang disangka mereka. Beliau pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan prasangka dan ketidakpuasan hati masyarakat disekeliling hanya kerana dia berbangsa Yahudi. Bagi mengubat hatinya, Rasulullah s.a.w. menyatakan kepadanya seharusnya dia berbangga dan tidak merasa rendah diri. Ini kerana dia berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan juga bersuamikan seorang Rasul. Perkataan Rasulullah s.a.w ini memberi kelegaan kepada hatinya yang gundah.

Syafiyah begitu menyayangi Rasulullah s.a.w. sehinggakan sewaktu baginda gering, Syafiyah pernah berkata kepada Rasulullah s.aw. bahawa dia rela menanggung kesakitan yang dideritai Rasulullah asalkan Rasulullah s.a.w. dapat hidup sihat dan sejahtera. Peristiwa ini berlaku di rumah Siti A'isyah r.a. yang dipersetujui oleh semua isteri baginda untuk menjaga dan merawat Rasulullah ketika saat geringnya.

Perkataannya itu mengundang rasa kurang senang dikalangan para isteri Rasulullah s.a.w. yang lain. Mereka mengerlingkan mata antara satu sama lain memandang kepada sikap baik yang ditunjukkan Syafiyah kepada baginda. Rasulullah yang sedar akan perkara tersebut menegur tindakan mereka. Jadi sangat terbukti bahawa Syafiyah tidak pernah menaruh dendam kepada Rasulullah s.a.w. dan tidak pernah memusuhi baginda biarpun kaumnya pernah terlibat dengan perang ke atas Rasulullah dan dikalahkan serta dihalau kerana membelot.

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Mariah Al Qibtiyah r.a.

Tidak banyak berita serta rekod mengenai perkahwinan Rasulullah s.a.w. ini dengan wanita dari negara Mesir ini. Melalui beberapa hadis dan kitab-kitab, dapat dikumpulkan sedikit sebanyak fakta mengenai perkahwinan baginda dengan Mariyah ini. Surah At Tahrim, diturunkan berkenaan dengan satu peristiwa melibatkan Hafsah r.a., Siti A'isyah r.a. dan Mariyah r.a. yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. memencilkan diri dari isteri-isterinya selama sebulan.

Mengenai Mariyah r.a. ini, kisahnya bermula dengan satu gerakan dakwah oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. berdakwah dengan menggunakan berbagai-bagai cara untuk menyampaikan seruan Islam kepada seluruh umat manusia. Salah satu daripadanya ialah melalui surat-surat yang diutus kepada pembesar negara-negara yang belum beriman kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. turut juga menghantar sepucuk surat kepada Raja Mesir pada ketika itu, Raja Maqauqis, dengan perantaraan seorang utusan bernama Hathib bin Abi Baltha'ah.

Walaupun tidak menerima seruan Rasulullah s.a.w. untuk memeluk Islam, Raja Muqauqis membalas dengan baik utusan Rasulullah s.a.w. tersebut. Sebagai tanda persahabatan, Raja Muqauqis membekalkan seekor keldai, sekendi madu dan dua orang hamba wanita adik beradik dari keturunan Qibti untuk dibawa pulang oleh Hathib Bin Abi Baltha'ah kepada Rasulullah s.a.w.

Mariyah yang lebih tua dari dua beradik tersebut diambil Rasulullah s.a.w. sebagai hamba kepada baginda. Kemudian Mariyah dibebaskan dan dikahwini baginda selepas dari itu. Melalui Mariyah inilah, Rasulullah s.a.w. dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan sebagai Ibrahim. Rasulullah s.a.w. amat menyayangi anaknya Ibrahim. Tetapi ajal maut ditangan Tuhan, Ibrahim diambil kembali oleh Allah pada ketika dia masih kecil lagi. Kematian Ibrahim ini amat menyedihkan Rasulullah s.a.w. Tetapi baginda redha dengan ketentuan Allah. Terjadi satu peristiwa pada ketika kematian Ibrahim. Gerhana matahari berlaku pada ketika tersebut, langsung para sahabat menyabitkannya dengan peristiwa perkabungan atas kematian Ibrahim, satu-satunya anak lelaki yang menjadi kesayangan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. memberitahukan para sahabat melalui sebuah hadis yang direkodkan bahawa gerhana matahari itu tiada kena mengena dengan apa jua peristiwa yang terjadi atau kematian mana-mana orang. Hadis tersebut dipetik dari sebuah hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.

Dari Jabir r.a., katanya, “Di masa hidup Rasulullah s.a.w., bertepatan dengan hari wafatnya Ibrahim, putera Rasulullah s.a.w., telah terjadi gerhana matahari. Kerana itu ada orang berkata, bahawa gerhana itu terjadi kerana wafatnya Ibrahim, putera Rasulullah itu. Rasulullah s.a.w. berdiri lalu beliau solat dengan orang….. (Dijelaskan cara solat itu dilakukan dalam hadis ini dengan panjang lebar)… Sesudah solat gerhana itu selesai, maka matahari telah terang kembali. Di dalam khutbahnya antara lain beliau bersabda: “Hai manusia! Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti diantara sekian banyak bukti kebesaran Allah. Dan keduanya tidak gerhana atas sebab kematian seseorang manusia. Kerana itu, apabila kamu melihat gerhana itu, maka solatlah sehingga cuaca terang kembali. Segala yang dijanjikanNya telah diperlihatkanNya kepadaku dalam solatku sebentar tadi.” (Hadis ini diteruskan dengan penerangan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai apa yang diperlihatkan Allah kepadanya dalam solat gerhana itu tadi, termasuk seorang wanita yang disiksa didalam neraka kerana menyebabkan kucing peliharaannya mati kelaparan dengan sengaja.)
(Hadis Riwayat Muslim)

Mungkin akan ada manusia yang memperlekehkan tindakan melakukan solat semasa gerhana matahari atau gerhana bulan tanpa mereka tahu rasional disebalik perbuatan tersebut. Rasulullah sebagai insan yang paling rapat dan dekat dengan Allah s.w.t. sentiasa berasa cemas apabila terjadinya peristiwa gerhana. Dia cemas bukan kerana segala karut marut yang disabitkan orang dengan kepercayaan mistik yang tak masuk akal. Rasulullah s.a.w. tahu apa sebab berlakunya gerhana dan dia juga tahu apa yang bakal muncul dengan kemunculan gerhana. Cuma kita yang terlalu alpa dan malas serta mabuk nikmat dunia. Dalam Al-Qur'an telah jelas disebut hampir 1400 tahun dahulu, tiga buah ayat yang menjelaskan dengan tepat bagaimana gerhana itu terjadi. Ayat yang memberikan satu penjelasan saintifik yang tepat 1000 tahun sebelum Galileo menciptakan teleskop, 1000 tahun sebelum Nicolas Copernicus mengemukakan teori Heliocentriknya. Seorang Rasul yang tidak dapat menulis dan membaca, yang tinggal dipadang pasir jauh dari ketamadunan Rom dan Parsi, melalui wahyu yang diperantarakan Ruhul Quddus dari Allah, telah dengan tepatnya menjelaskan fenomena gerhana sebagaimana yang tercatat dalam surah Al Qiyamah ayat 7, 8 dan 9. Terjemahannya seperti di bawah.

Maka apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kaku kerana terkejut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama.

Apabila pergerakan bulan memasuki bahagian Umbra (iaitu bayang-bayang bumi) yang kedudukannya dalam satu garisan lurus antara Matahari, Bumi dan Bulan, maka gerhana bulan penuh akan berlaku. Ini menjelaskan kenapa bulan itu hilang cahayanya. Ia hilang apabila kedudukannya berada dalam garisan lurus betul-betul di dalam kawasan bayang-bayang bumi sepertimana yang dijelaskan dalam grafik di bawah. Maksud dihimpunkan di sini ialah, Matahari, Bumi dan Bulan berhimpun dalam satu garisan lurus.

Hebatkan? Satu penjelasan saintifik yang tepat yang dibuat oleh seorang Rasul yang tidak dapat menulis dan membaca 1400 tahun dahulu. Ini tidak lain dan tidak bukan menunjukkan bahawa semua wahyu ini datangnya dari Si Pencipta seluruh Alam itu sendiri kerana hanya Dia sahaja yang menegtahui tentang tepatnya sesuatu ciptaanNya itu. Tetapi jangan lupa pula mengenai tafsir ayat sebelum dari ayat 7 surah Al Qiyamah tersebut. Sebelum dari ayat 7 tersebut, seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., bilakah terjadinya hari kiamat itu? Lalu ayat 7, 8 dan 9 ini memberikan penjelasannya. Ianya akan berlaku sewaktu bulan gerhana, dalam masa semua manusia sedang sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Gerhana yang selama ini dianggap biasa, telah membuatkan mereka terkejut dengan apa yang bakal dilihat mereka yang datang bersama dengan gerhana yang terakhir itu. Maka beruntunglah mereka yang sedang mengingati Allah pada ketika tersebut. Maka bagi yang memperlekehkan sembahyang sunat gerhana, beringatlah mengenai apa yang bakal menyusul dalam salah satu gerhana dalam tahun-tahun yang mendatang. Detik itu sebenarnya semakin hampir, Cuma kita sahaja yang agak alpa.
Rasulullah s.a.w. telah mendidik orang-orang Islam semenjak 1400 tahun dahulu supaya tidak memperbodohkan diri dengan segala kepercayaan karut dan tidak masuk akal. Sebagai contoh mensabitkan peristiwa berlakunya gerhana dengan kematian seseorang, bulan ditelan naga dan sebagainya. Tetapi malangnya sehingga kini masih terdapat ramai lagi manusia Islam yang lebih gemar kekal selamanya diperbodohkan dengan segala karut marut hanya kerana mereka menjauhkan diri dari agama Allah yang suci ini. Islam itu agama untuk orang yang berakal bukan malas menggunakan akal.

Teringat saya dengan satu kisah mengenai Amirul Mukminin Saidina Umar Al Khattab r.a. Saidina Umar r.a. pernah satu ketika dia meraung menangis dengan sekuat hati. Setelah puas meraung sekuat hati, tiba-tiba dia ketawa sekuat hati pula. Melihatkan keadaan dirinya yang sedemikian pelik, para sahabat yang lain merapatinya bertanyakan apa yang menyebabkan dia berkelakuan sebegitu. Lalu Umar r.a. menjawab, pada mulanya dia menangis disebabkan terkenang kepada anak perempuannya yang ditanamnya hidup-hidup semasa zaman jahiliahnya. Dia menceritakan bagaimana dia melakukannya tanpa sebarang perasaan belas terhadap anaknya yang masih kecil itu. Kemudian para sahabat bertanyakan kepadanya kenapa pula dia ketawa sekuat hati. Saidina Umar r.a. kemudiannya menceritakan kebodohan dirinya pada satu ketika semasa dia hidup di zaman jahiliahnya. Pada ketika tersebut, Saidina Umar ingin bermusafir, kebiasaan baginya ialah menyembah berhala sebagai doa agar selamat dalam perjalanan dan urusannya. Malangnya pada ketika tersebut dia tidak mempunyai berhala untuk disembah, lalu dengan kreatifnya, dia mula membuat sebuah patung berhala dari selonggok kurma yang ada bersamanya. Dia menyusun kurma-kurma tersebut satu persatu sehingga membentuk berhala yang biasa dia sembah. Setelah selesai membentuk berhala tersebut, dia menyembahnya sebagaimana biasa yang dilakukan oleh orang-orang musyrik. Setelah beberapa ketika, perutnya tiba-tiba berasa lapar. Akibat lapar, Saidina Umar r.a. merungkai kembali berhala yang dibentuknya dari kurma tersebut lalu memakannya. Disebabkan terkenang kebodohan akalnya semasa di zaman jahiliah tersebut, Umar r.a. ketawa. Dia berkata betapa jahilnya dia pada ketika tersebut sehingga apabila dia memakan ‘tuhannya’ sendiri pun dia tidak menyedari kebodohan perbuatan sedemikian.

Apa Hikmah Disebalik Perkahwinan Rasulullah dengan Para Janda dan Balu-Balu Miskin?

Berbalik kepada cerita perkahwinan Rasulullah s.a.w., kesemua kisah ringkas perkahwinan Rasulullah s.a.w. telah saya jelaskan agar dapat kita mengetahui apa kejadian serta peristiwa yang mendorong kepada perkahwinan baginda dengan semua isteri-isterinya kecuali Siti A’isyah r.a. Kesemua isteri-isteri baginda yang telah diberikan penjelasan sebelum ini, merupakan janda dan balu-balu yang kematian suami atau ditinggalkan suami yang menjadi tempat semua mereka bergantung.

Hanya Siti Ai’syah r.a. merupakan gadis semasa dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. daripada kesemua isterinya yang telah tersebut. Sebab-sebab Rasulullah s.a.w. mengahwini isteri-isterinya selain A’isyah r.a. telah pun dijelaskan secara ringkas bagi setiap kes-kes individu. Umum pasti bertanya kenapa kesemua isteri yang dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. ialah janda dan balu? Sebahagian dari jawapannya sudah dijelaskan dalam kisah-kisah ringkas yang dibentangkan sebelum ini. Terdapat beberapa lagi hikmah kenapa Rasulullah s.a.w. memilih janda dan balu untuk dikahwininya.

Buat pengetahuan kita semua, sebelum dari kedatangan Islam, golongan janda dan balu ini merupakan golongan yang dianggap sebagai kelas dua malah terkadang dianggap sebagai kelas paling bawah, harta milik si suami, pencemar keturunan dan berbagai bentuk penghinaan lagi. Ini terutamanya dilakukan oleh golongan ahli kitab. Golongan Yahudi dan Nasrani (Kristian) sebelum kedatangan Islam telah meletakkan golongan janda dan balu ini pada kedudukan yang menghinakan serta tertindas.

Isteri kepada seorang suami dalam tradisi Yahudi (dan masih lagi diamalkan di Israel kini), merupakan harta milik suaminya. Harta miliknya menjadi milik suaminya, malah dirinya juga dianggap sebagai sebahagian dari harta miliknya yang boleh diwariskan. Apabila seorang isteri yang tidak mempunyai anak kematian suaminya, maka si isteri tersebut akan diwariskan sepertimana harta suaminya yang lain kepada ahli keluarga suaminya. Si isteri yang menjadi balu tersebut akan dipaksa berkahwin dengan abang atau adik kepada suaminya bagi memastikan terdapat kelangsungan zuriat bagi suaminya yang telah meninggal dunia. Sekiranya waris yang paling layak untuk mengahwini si balu tersebut masih belum cukup umur, maka si balu tersebut seharusnya menunggu tahun demi tahun sehingga waris tersebut mencapai umur yang selayaknya baginya berkahwin dengan balu kepada abangnya yang telah meninggal dunia. Dia hanya bebas untuk mengahwini mana-mana lelaki pilihannya setelah waris kepada suaminya yang meninggal berkeras menolak daripada mengahwininya. Keadaan seperti ini menggalakkan satu budaya peras ugut ke atas wanita yang kematian suami, dan perkara ini amatlah berleluasa. Wanita-wanita ini diminta untuk membayar tebusan untuk diri mereka sendiri sekiranya mereka inginkan kebebasan dari diserahkan kepada waris suaminya seperti yang telah ditetapkan oleh kitab mereka.

Dalam Genesis fasal 38 ayat 8 - 9 terdapat satu peristiwa yang menggambarkan bagaimana peraturan ini dijalankan.

Genesis 38 : 8 - 9
38:8 And Judah said unto Onan, Go in unto thy brother's wife, and marry her, and raise up seed to thy brother. 38:9 And Onan knew that the seed should not be his; and it came to pass, when he went in unto his brother's wife, that he spilled it on the ground, lest that he should give seed to his brother.

Terjemahannya : 38:8 Lalu berkatalah Yehuda kepada Onan: "Hampirilah isteri abangmu itu, kawinlah dengan dia sebagai ganti abangmu dan bangkitkanlah keturunan bagi abangmu." 38:9 Tetapi Onan tahu, bahwa bukan dia yang empunya keturunannya nanti, sebab itu setiap kali ia menghampiri isteri abangnya itu, ia membiarkan benihnya terbuang, supaya ia jangan memberi keturunan kepada abangnya.

Dalam ayat di atas menceritakan mengenai perihal Judah anak kepada Israel (Jacob @ Nabi Yaakob) melalui isterinya Leah. Kisah di atas yang dipetik dari Kitab Genesis fasal 38 merupakan kisah berkenaan Judah dan anaknya Onan. Onan merupakan adik kepada Er yang juga merupakan anak kepada Judah dengan isterinya yang bernama Shuah. Judah mengahwinkan Er dengan seorang gadis bernama Tamar. Oleh kerana Er merupakan seorang yang jahat, maka Tuhan telah membunuhnya dan memerintahkan Judah untuk mengarahkan Onan mengahwini Tamar, isteri abangnya, Er. Onan yang diperintahkan Judah untuk berbuat demikian dengan tujuan memberikan zuriat keturunan kepada abangnya yang telah meninggal dunia, oleh kerana menyedari bahawa anak yang bakal lahir dari hubungannya dengan Tamar tidak akan dinasabkan kepadanya dan bukan menjadi miliknya, maka Onan pada setiap kali mengadakan hubungan kelamin dengan Tamar, dia akan melakukan ‘azal atau dalam istilah perubatannya coitus interuptus (mengeluarkan kemaluan dan menumpahkan ‘benih’ diluar faraj semasa mencapai orgasme) sebagai langkah mencegah Tamar daripada hamil zuriat yang tidak akan menjadi milik Onan. Perkataan Onani diambil dari peristiwa yang diceritakan dalam surah ini. Oleh kerana perbuatan Onan itu dibenci Tuhan sepertimana yang tertulis dalam Bible, maka Onan juga turut dibunuh oleh Tuhan.

Setelah Onan dibunuh Tuhan sepertimana yang tercatat dalam Bible, Judah mengarahkan Tamar balik ke rumah orang tuanya bagi menunggu anaknya Shelah yang masih belum cukup umur untuk menjadi dewasa sebelum dapat dikahwinkan dengan Tamar.

Amalan menjadikan wanita sebagai harta hak milik suami yang boleh diwariskan juga berlaku dikalangan masyarakat Arab di zaman jahiliah. Dalam masyarakat Arab Jahiliah, wanita yang kematian suaminya, akan diwariskan kepada anaknya yang dilahirkan oleh ibu yang lain (ed-bukan ibu kandungnya tetapi menjadi isteri lain kepada bapanya. Untuk pengetahuan semua, masyarakat Arab jahiliah mengamalkan poligami tanpa had sebelum kedatangan Islam). Kedatangan Islam menghapuskan amalan keji yang menindas serta menghina kaum wanita ini. Allah s.w.t. menurunkan wahyu bagi menghapuskan amalan menjadikan isteri sebagai harta yang boleh diwariskan kepada anak pinak apabila seorang lelaki itu meninggal dunia. Ianya tercatat dalam surah An Nisaa' ayat 22 seperti di bawah.

An Nisaa' ayat 22
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).

Ayat ini diturunkan berkenaan beberapa peristiwa dan beberapa sebab.

Diriwayatkan oleh Bukhary, Abu Daud dan Nasai'e dari Ibnu Abbas katanya; "Dulu jika seorang lelaki mati, maka para walinyalah yang berhak tentang isterinya. Jika ada yang ingin, mereka dikahwininya atau kalau tidak dikahwinkannya. Jadi mereka (wali atau waris si mati) lebih berhak terhadap diri perempuan itu lebih dari kaum kerabatnya. Maka diturunkanlah ayat ini (An Nisaa' ayat 22).

Telah menjadi amalan biasa bagi masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam memperlakukan isteri mereka sebegitu. Kedatangan Islam telah memuliakan wanita dengan hak-hak asasi yang tidak diberikan mana-mana agama atau mana-mana sistem pemerintahan atau mana-mana sistem undang-undang di dunia selama lebih dari 1300 tahun sebelum masyarakat barat mula sedar bahawa mereka selama ini ditindas sistem dan agama mereka. Jika Islam itu menindas wanita, kenapa tiga dari empat pemeluk baru agama Islam di Amerika Syarikat merupakan wanita? Bukankah mereka inilah yang sepatutnya sedar mengenai hak-hak wanita yang diperjuangkan barat? Jika begitu, kenapa mereka ini memilih Islam? Bukankah ianya menunjukkan apa yang mereka perjuangkan selama ini, ditemui mereka dalam Islam. Dari generasi manusia yang berpakaian tidak senonoh, mereka ini memilih untuk menutup aurat sebaik saja mengucapkan Syahadah atas kerelaan mereka. Jika menutup aurat dan tudung kepala itu satu bentuk penindasan, kenapa mereka ini yang menjadi juara memperjuangkan hak wanita, memilih untuk menutup aurat? Jawapannya hanya satu, mereka temui kebebasan mutlak wanita dalam segala hal bila mereka mendalami Islam.

Golongan janda dan balu bukan sahaja dihinakan sebagai harta milik suami yang boleh diwariskan, malah terdapat satu bentuk larangan bagi satu jalur keturunan Yahudi yang mempunyai pangkal nama keluarga Cohen @ Kohen untuk mengahwini mana-mana janda atau balu supaya tidak mencemarkan keturunan mereka. Kohen ini merupakan keturunan Yahudi dari kasta Pendita @ Rahib yang susur galur keturunannya sampai kepada Nabi Harun a.s. Jika Brahmin merupakan kasta tertinggi dalam agama Hindu, maka Kohen pula merupakan antara Kasta yang paling mulia dalam agama Yahudi. Jika Sudras merupakan kasta terbawah dari empat kategori kasta utama dalam agama Hindu, maka janda dan balu ini merupakan Sudras bagi agama Yahudi.

Larangan spesifik mengenai pengharaman perkahwinan antara Kasta Kohen dengan janda atau balu boleh kita baca dalam Bible, bahagian Old Testament kitab Leviticus (Kitab Imamat dalam bahasa Indonesia) fasal 21 ayat 13 ke 15.

Leviticus 21 : 13 -15
21:13 And he (the high Priest) shall take a wife in her virginity. 21:14 A widow, or a divorced woman, or profane, or an harlot, these shall he not take: but he shall take a virgin of his own people to wife. 21:15 Neither shall he profane his seed among his people: for I the LORD do sanctify him.

Terjemahannya; 21:13 Ia harus mengambil seorang perempuan yang masih perawan. 21:14 Seorang janda atau perempuan yang telah diceraikan atau yang dirusak kesuciannya atau perempuan sundal, janganlah diambil, melainkan harus seorang perawan dari antara orang-orang sebangsanya, 21:15 supaya jangan ia melanggar kekudusan keturunannya di antara orang-orang sebangsanya, sebab Akulah TUHAN, yang menguduskan dia."

Islam tidak pernah memandang kepada kedudukan serta keturunan seseorang. Setiap seorang manusia itu sama sahaja dihadapan Allah. Yang membezakan cuma amal perbuatan kita. Yang terbaik di sisi Allah ialah mereka yang benar-benar beriman kepadanya. Kedatangan Islam juga, membawa rahmat dan berita gembira kepada golongan janda dan balu-balu yang dihinakan bukan sahaja dalam masyarakat Arab Jahiliah, tetapi juga oleh golongan Ahli Kitab yang diberikan kitab oleh Allah sebelum ini, tetapi telah mereka ubahkan mengikut selera dan kepentingan diri mereka sendiri.

Jika sebelum ini Kasta Rahib @ Pendita ini menyatakan kemuliaan keturunan mereka menghalang diri mereka dari mengahwini mana-mana janda atau balu, kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi yang terakhir membawa rahmat dan kemuliaan kembali kepada golongan ini. Jika seorang Rasul sendiri mengahwini janda dan balu-balu miskin ini, siapakah pula mereka (golongan Kohen) orang-orang biasa untuk meninggi diri atas sebab keturunan mereka dengan tidak mahu mengahwini golongan kurang bernasib baik ini? Allah s.w.t. telah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. itu merupakan rahmat buat sekelian alam.

Al Anbiyaa' ayat 107
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Islam memberikan kebebasan mutlak kepada golongan janda dan balu ini untuk menentukan arah tuju dan pasangan hidup mereka sendiri tanpa perlu meminta keizinan mana-mana pihak. Setelah diceraikan atau kematian suami, mereka bebas sepenuhnya dari ikatan perkahwinan setelah habis tempoh iddah.

Al Baqarah 231 & 232
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud) untuk menimbulkan kesusahan, sehingga menganiaya mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa idah mereka ' maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Al Baqarah 234
Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (menurut Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

Betapa Islam datang memuliakan kembali golongan janda dan balu ini dengan hak ke atas diri mereka sendiri. Dalam New Testament yang menjadi pegangan kuat golongan Nasrani (Kristian) ada tercatat satu nasihat yang disabitkan dengan Jesus Christ (Isa al Masih).

Mathhew 5 : 17 -20
5:17 Think not that I am come to destroy the law, or the prophets: I am not come to destroy, but to fulfil. 5:18 For verily I say unto you, Till heaven and earth pass, one jot or one tittle shall in no wise pass from the law, till all be fulfilled. 5:19 Whosoever therefore shall break one of these least commandments, and shall teach men so, he shall be called the least in the kingdom of heaven: but whosoever shall do and teach them, the same shall be called great in the kingdom of heaven. 5:20 For I say unto you, That except your righteousness shall exceed the righteousness of the scribes and Pharisees, ye shall in no case enter into the kingdom of heaven.

Terjemahanya; 5:17 Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk menghapuskan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya, melainkan untuk melaksanakannya. 5:18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota (bahagian paling kecil dan sedikit sekalipun) atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terlaksanakan. 5:19 Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Syurga ; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Syurga. 5:20 Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Syurga.
Oleh kerana Jesus sendiri menyatakan bahawa hukum Taurat dan lain-lain kitab para Nabi seperti mana yang tercatat dalam petikan kitab Leviticus fasal 21 itu bukan untuk dihapuskan, bahkan kedatangannya adalah untuk melaksanakan hukum-hukum yang telah longgar pegangannya oleh golongan Yahudi sebelum ini untuk ditegakkan kembali. Ini membawa maksud bahawa, golongan Nasrani juga seharusnya berpegang dengan ayat dari kitab-kitab Taurat dan lain-lain kitab nabi sebelum kedatangan Jesus. (ed- Taurat menurut Pendeta Yahudi terdiri dari lima buah kitab Nabi Musa iaitu Genesis (Kitab Kejadian), Exodus (Kitab Keluaran), Leviticus (Kitab Imamat), Numbers (Kitab Bilangan) dan Deuteronomy (Kitab Ulangan))

Amaran oleh Jesus ini selari dengan amaran yang disebut dalam Al Qur'an yang melarang sekeras-kerasnya golongan ahli kitab dari melakukan apa-apa perubahan terhadap kitab yang diwahyukan kepada mereka dengan memasukkan, menghilangkan serta mengubah mana-mana ayat dalam kitab mereka sesuka hati mereka. Tetapi kerana kedegilan mereka, semua amaran tersebut tidak pernah dipatuhi.

Dalam New Testament, surah Matthew fasal 5 ayat 31 dan 32 :

Matthew 5 : 31 & 32
5:31 It hath been said, Whosoever shall put away his wife, let him give her a writing of divorcement: 5:32 But I say unto you, That whosoever shall put away his wife, saving for the cause of fornication, causeth her to commit adultery: and whosoever shall marry her that is divorced committeth adultery.

Terjemahannya; 5:31 Telah difirmankan juga: Siapa yang menceraikan isterinya harus memberi surat cerai kepadanya. 5:32 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang menceraikan isterinya kecuali karena zina, ia menjadikan isterinya berzina; dan siapa yang kahwin dengan perempuan yang diceraikan, ia berbuat zina.

Begitu keras pendirian Jesus sepertimana yang tersebut dalam Matthew fasal 5 ini. Dia melarang mana-mana suami dari menceraikan isterinya kecuali isteri yang berzina. Nampak seperti sangat positif ayat ini, tetapi realiti kehidupan bukanlah sepertimana mudah dilafazkan dalam kitab ini. Tiada utopia kehidupan rumahtangga wujud di dunia ini. Sekiranya jalan pembubaran perkahwinan diharamkan, apakah kebaikan yang ditanggung oleh dua pasangan suami isteri yang sudah tidak dapat hidup bersama akibat perselisihan faham, mempunyai masalah kesihatan dan tidak sefahaman lagi. Apakah hendak dipaksa mereka ini mengekalkan rumahtangga mereka semata-mata untuk menurut utopia imaginatif yang tidak bersandarkan kepada realiti kehidupan sebenar manusia. Sepertimana agama Sikh yang mengharamkan perceraian, maka setiap dari pasangan Sikh yang ingin berpisah, terpaksa menggunakan undang-undang sivil di mana-mana negara tempat tinggal mereka semata-mata untuk membubarkan perkahwinan mereka. Bukankah ini menunjukkan bahawa terdapat kekurangan ketara dalam segenap aspek yang melibatkan kehidupan manusia dalam agama tersebut?

Perhatikan Matthew fasal 5 ayat 31 & 32 tadi, dalam ayat tersebut juga menjelaskan bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya bukan dengan sebab isterinya berzina, maka dia telah menjadikan isterinya sebagai seorang penzina akibat dari perceraian itu. Siapa yang dihukum di sini? Si suami yang sembrono dan tidak berhati perut menceraikan isterinya tanpa sebab yang jelas atau si isteri yang tidak pernah berzina tetapi akibat dari diceraikan, dia dikatakan akan terdorong dan akan cenderung kepada perzinaan? Bukan hanya setakat itu, malah setelah diceraikan, si isteri tadi dilarang kahwin dengan mana-mana lelaki selepas itu. Ini kerana setiap lelaki yang ingin dan berkahwin dengannya akan menanggung bagi mereka dosa berzina juga. Kasihan betul dengan wanita tersebut, sudahlah diceraikan tanpa sebab, tiada lelaki akan sanggup mengambilnya sebagai isteri kerana ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa mana-mana lelaki yang mengahwininya akan disabitkan dengan dosa zina. Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga. Bersyukurlah kita sebagai umat Islam yang semua hak asasi kita, tidak kira lelaki atau perempuan sebagai manusia dilindungi dan diberikan sebebas-bebesnya oleh Allah s.w.t.

Kita sentiasa bercita-cita mahu menegakkan Perlembagaan Allah di mana-mana negara majoriti kita tinggal terutamanya di Malaysia ini sebagaimana pernah ia ditegakkan satu ketika dulu sebelum kapal-kapal Kristian masuk dan menjajah negara kita. Pada setiap kali disuarakan hukuman had, perlembagaan Al Qur'an dan sebagainya, maka bersuaralah golongan pejuang hak asasi terutama dari golongan evangelist dan beragama plural mengatakan umat Islam mahu menegakkan hukuman Barbaric! Lembab dan buta sangatkah mereka ini yang bercakap hanya berlandaskan emosi yang dihasut dengki dan kebebalan tegar, menyanggah setiap apa yang cuba dilakukan kita di sini bagi mengembalikan hak yang telah dirampas 50 tahun dulu? Hukuman had itu bukan sembrono tetapi memberikan keadilan kepada si mangsa dan masyarakat. Jika diizinkan Allah, saya akan cuba menulis berkenaan perkara ini bagi membuktikan hukuman yang ditetapkan Allah itu sangat adil kepada si mangsa, si penjenayah dan masyarakat disekelilingnya.

Bercakap mengenai perkara ini, Bible sendiri menyatakan terdapat banyak bentuk hukuman had yang telah ditetapkan dalam kitab mereka. Qisas juga ada tercatat malah jika dibaca dan diteliti, hukuman yang tercatat dalam Bible itu lebih keras bunyi dan pelaksanaannya jika dibandingkan dengan hukuman had yang tercatat dalam Al Qur'an. Tiada alasan bagi golongan Nasrani untuk mengatakan bahawa itu semua termasuk dari tradisi Yahudi kerana kebanyakan bentuk hukuman ini dicatatkan dalam Taurat mereka. Sedangkan telah kita baca dalam petikan kitab Matthew dalam New Testament bahawa, kedatangan Jesus Christ itu sendiri adalah untuk menegakkan kembali hukum-hukum sebagaimana yang tercatat dalam Taurat dan kitab-kitab Nabi sebelum kedatangannya. Jika menolak untuk berbuat demikian serta mengubah isikandungan kitab mengikut suka, maka tempat mereka yang berbuat demikian ialah ditempat paling hina dalam Kerajaan Syurga mereka (Kingdom of Heaven). Apa guna adanya kitab jika hanya sekadar untuk dibaca dan dinyanyikan sedangkan aspek praktikal mengenai arahan dan pelaksanaan hukum tidak pernah mahu ditegakkan.

Begitu juga dengan ayat-ayat mengenai hijab. Hijab dalam Al-Qur'an diperintahkan Allah ke atas lelaki terlebih dahulu. (untuk huraian lanjut, sila baca artikel saya yang bertajuk "Aurat Muslimah : Satu Penindasan atau Pembebasan? Klik sini untuk membacanya). Hikmah disebalik arahan ke atas lelaki ini saya telah jelaskan dalam artikel saya yang bertajuk bertajuk "Aurat Muslimah : Satu Penindasan atau Pembebasan?". Dalam Al Qur'an surah An Nur, sebelum dari ayat hijab ke atas wanita, Allah s.w.t. memerintahkan kepada orang lelaki supaya menundukkan pandangan supaya terjaga kehormatan diri mereka supaya tidak menjerumuskan diri mereka dengan perkara yang menimbulkan syahwat dan fikiran jahat dan supaya mereka tidak menceroboh hak kehormatan diri orang lain. Ayat tersebut berbunyi :

Al Anbiya' ayat 30
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dalam Matthew fasal 5 ayat 27 hingga 29.

Matthew 5 : 27 - 29
5:27 Ye have heard that it was said by them of old time, Thou shalt not commit adultery: 5:28 But I say unto you, That whosoever looketh on a woman to lust after her hath committed adultery with her already in his heart. 5:29 And if thy right eye offend thee, pluck it out, and cast it from thee: for it is profitable for thee that one of thy members should perish, and not that thy whole body should be cast into hell.

Terjemahannya; 5:27 Kamu telah mendengar firman: Jangan berzina. 5:28 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzina dengan dia di dalam hatinya. 5:29 Maka jika matamu yang kanan menyesatkan engkau, cungkillah dan buanglah itu, karena lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa, dari pada tubuhmu dengan utuh dicampakkan ke dalam neraka.

Jadi, pernahkah kita melihat mana-mana orang Nasrani melakukan sedemikian sebagaimana yang difirmankan dalam kitab mereka seperti dalam surah di atas? Jika mereka tidak suka atau tidak mahu mengikut arahan sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka yang agak keras bunyinya itu, maka janganlah diajak orang-orang Islam untuk membuat perbuatan yang serupa meninggalkan hukum-hukum dalam Al Qur'an. Dan janganlah menghina hukum-hukum yang ada dalam Al Qur'an semata-mata kerana anda tidak faham rasional dan hikmah pelaksanaannya dan menuduhnya sebagai barbaric sedangkan apa yang ada ditangan anda itu lebih keras bunyinya.

Dari 13 Perkahwinan Rasulullah s.a.w., Hanya 2 Orang Isterinya Melahirkan Zuriat Baginya. Kenapa Rasulullah s.a.w. mengekalkan perkahwinan tersebut?

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam ringkasan kisah perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan setiap isterinya, hanya Siti Khadijah r.a. dan Mariyah Qibtiyah r.a. melahirkan zuriat untuk Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh ikutan dan rahmat bagi sekelian alam, pastinya setiap dari perbuatan yang dilakukan Rasulullah s.a.w. mengandungi hikmah-hikmah tersurat dan tersirat.

Sebelum Islam dilengkapkan melalui Rasul terakhirNya, setiap dari permasalahan berkenaan ketiadaan zuriat bagi mana-mana pasangan yang berkahwin selama beberapa tahun, pihak yang akan dipersalahkan hanya pihak isteri. Sedangkan kita semua tahu bahawa bukan hanya pihak isteri yang harus dipersalahkan dalam mana-mana perkahwinan yang tidak mendatangkan zuriat. Lelaki juga mempunyai masalah-masalah tertentu yang menyebabkan ketiadaan zuriat dalam sesebuah perkahwinan.

Kemandulan itu bukanlah penyakit ekslusif golongan wanita, tetapi kaum lelaki juga tidak terlepas dari menghidapi masalah-masalah yang lebih kurang serupa. Tetapi malangnya, sebelum Islam dilengkapkan melalui Rasulullah s.a.w., masyarakat diseluruh dunia menganggap bahawa punca serta kemandulan itu hanya terdapat pada wanita. Seringkali jika kita telitikan dalam mana-mana teks adat atau agama-agama sebelum dari lengkapnya Islam melalui Rasulullah s.a.w., mana-mana perkahwinan yang melibatkan pasangan yang tidak mempunyai zuriat, maka pihak isteri akan dikatakan sebagai mandul dan harus diceraikan. Ini bagi membolehkan si lelaki tersebut memperolehi zuriat dengan perkahwinan yang baru. Perkara seumpama ini merupakan satu bentuk penindasan ke atas wanita. Sedangkan melalui kaedah perubatan, kita mengetahui bahawa pihak isteri itu bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan pasangan tersebut gagal mendapat zuriat.

Dalam tradisi Yahudi, sepertimana yang tercatat dalam Kitab Talmud (Syarah Kitab Tanakh yang meliputi Kitab-Kitab Old Testament yang juga terkandung dalam Bible), seorang isteri yang dikatakan mandul, wajib diceraikan sekiranya dia tidak dapat melahirkan anak selepas dari 10 tahun usia perkahwinan. Ianya tercacat seperti di bawah.

Yeb. 64a
“Our Rabbis taught : If a man took a wife and lived with her for ten years and she bore no child, he shall divorce her.”

Terjemahannya; “Rabbi kita mengajarkan bahawa : Jika seorang lelaki mengambil seorang isteri dan hidup bersama selama 10 tahun dan isterinya tidak melahirkan zuriat, dia seharusnya menceraikannya.”

Bukankah ini satu bentuk ketidakadilan ke atas wanita tersebut selepas berjasa selama 10 tahun kepada suaminya. Semua kesalahan dibebankan ke atas bahu wanita.

Begitu juga dalam tradisi agama Hindu. Dalam Manu Smriti (Undang-undang Manu) atau dikenali juga dengan nama Manava Dharma-Sastra ada dicatatkan sepertimana yang dipetik dibawah.

Manu Smriti 9 : 81
9.81. A barren wife may be superseded in the eighth year, she whose children (all) die in the tenth, she who bears only daughters in the eleventh, but she who is quarrelsome without delay.

Terjemahannya; 9 : 81. Isteri yang mandul boleh digantikan dalam tahun ke lapan, dia yang kesemua anaknya meninggal (digantikan) dalam tahun ke sepuluh, dia yang hanya melahirkan anak prempuan dalam tahun kesebelas, tetapi isteri yang suka bertengkar (boleh diceraikan) tanpa menangguh masa.

Dalam kitab di atas sangat jelas bahawa masalah kemandulan ini seharusnya ditanggung oleh golongan wanita. Lebih malang lagi, bukan hanya setakat diceraikan selepas lapan tahun berjasa kepada suaminya, tetapi dia juga boleh diceraikan apabila semua anaknya meninggal dunia setealh sepuluh tahun perkahwinan mereka. Malang bertambah lagi apabila si isteri juga layak diceraikan apabila sampai tahun kesebelas perkahwinan mereka, dia hanya melahirkan anak perempuan dalam tempoh itu. Sedangkan kita semua mengetahui melalui sains perubatan bahawa jantina seseorang anak itu ditentukan oleh benih si lelaki yang disenyawakan. Kromosom X dan Y yang mensenyawakan telur dalam ovari wanita menentukan apa jantina bayi yang bakal dilahirkan. Jadi, menyalahkan pihak wanita dalam perkara sebegini adalah satu perbuatan yang amat tidak masuk akal dan boleh diterjemahkan sebagai perbuatan menindas wanita itu sendiri.

Rasulullah s.a.w., kematian semua anak lelakinya dalam usia yang masih kecil. Waris kepadanya hanyalah anak-anak perempuan yang amat disayangi baginda s.a.w. Isteri-isterinya yang tidak melahirkan anak untuknya dijaganya sehingga kewafatan baginda, begitu juga dengan Siti Khadijah r.a. yang semua zuriat lelakinya melalui perkahwinan dengan baginda meninggal dunia, baginda menjaganya serta menyintainya sepanjang hayat Siti Khadijah r.a. Dengan sunnnah seumpama ini, kaum wanita tidak lagi dipersalahkan sekiranya terdapat masalah-masalah berhubung kesinambungan keturunan melalui zuriat-zuriat yang tidak dapat dilahirkan. Apakah anda tidak rasa beruntung dilahirkan sebagai muslimah? Apakah anda berasa tertindas hidup sebagai muslimah? Jika itu yang anda rasakan, apa pula perasaan mereka yang hidup dibawah perundangan sepertimana dua contoh yang saya sebutkan di atas? Islam telah lama membebaskan wanita dari menjadi alat kepada lelaki, tetapi malangnya tafsir kemodenan sesat semakin menguasai diri wanita di zaman ini. Mereka lebih merelakan diri mereka menjadi alat kepada kepentingan hidup kaum lelaki, sedang Islam telah membebaskan mereka 1400 tahun dahulu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

copy n paste ni,ada izin ke??