Saya adalah salah seorang penghuni Flat Sri San Peng yang sememangnya terkenal di seluruh Malaysia dengan sidinket dadahnya yang merupakan antara yang terbesar di Malaysia. Sidinket dadah ini bukan baru tetapi sudah berlarutan lebih daripada 20 tahun!!! Namun, ia masih segar dan tetap bugar seolah-olah San Peng ialah tempat yang paling suci di dunia.
Apa yang saya ingin sentuh di sini ialah berkisarkan tentang pihak berkuasa yang sering juga melakukan serbuan yang sia-sia. Mungkin mahu mengaburi mata penduduk San Peng dengan mengatakan bahawa mereka sememangnya sedang menjalankan tugas tetapi sememangnya kami yang sudah masak dengan keadaan di sini, selalunya, yang ditangkap bukanklah pengedar tetapi penagih. Pengedar dadahnya entah tidak tahu bagaimana dan kenapa, mereka selalu melarikan diri lebih awal daripada kedatanga polis seolah-olah ada orang dalam yang mendalangi hal ini. Ataupun, polis sendiri yang mengambil rasuah. Tolonglah buat sesuatu.... Kami dah tak sanggup lagi tinggal di kawasan yang dadah adalah raja kami. Jika ada manusia yang mampu mengambil tindakan, ambillah sekarang juga. Ataupun saya rayu kepada para pembaca untuk menyiarkan artikel ini di TV3. Biar padan sikit muka polis-polis kita!!!
7 ulasan:
btol tu... saya sokong...
klo dulu kita rasa geng2 pengedar ni outsiders tp skrg most of them kawan2 kita yg terkandas di tgh jln. serba salah kita jadi & at the same time kita sendiri takut nk melaporkan sbb jaga diri & keluarga dr samseng2 tu semua....saya pon sama tertekan
tq kepada tanpa nama...
Salam...koi pn nk tmpg skaki la dlm bab sanpeng area ni.mmg dh lme bebenor dh kt port pling brprestij dlm kwsn k.l ni dgn kgiatn yg sememangnye dwarisi dri datuk sakai lg..soo dh brape ktrunan tu?lu org pk lh btape bnyknye sen the money mybe brtree liooooon dh gk nye.cme cre zman la ni brbeda dgn era 80&90han..skrgni odr by wssupp and fb je..hntr pussel je.byr bnkin kt atm..soo x nampkk dgn mte ksar kn.dlu tolak brg depan2..skrg brubh ikut zman lee weeh..tp mmg msih aktif cm dlu lg..soooo pd phak yg brwjib lbih proaktif and pickup pd cre la ni...
Looo koi trlupe 1bab tntg sanpeng ni..skrgni pn masih brleluasa bnyk sngt halnye..sooo lau egkorg nk msuk hti2 lee yee
Sembang pongpangpongpang..
Org luar masuk ,bikin hal mesti takkeluar dah..walaupun sini tak berpagar mcm rumah mahal..
Tahu tak apa
Benda ni sama je macam tinted kereta. Kita ni tak boleh tinted gelap2. Kalau tinted gelap nanti kene saman. Huhuhu.
Kalau tak kasi kami pakai tinted gelap, haram kan lah kedai eksesori dari menjual tinted.
Kes ini sama juga dengan kes dadah ni kan. Kalau tak nak orang isap dadah, tangkap la tokan dadah. Jangan amik duit tokan dadah pulak pastu g tangkap penagih. Takde tokan, kompom 100% takde lah penagih.. huhuhu..
Setuju?
Catat Ulasan