Create a Meebo Chat Room

EPL NEWS!!!

Keputusan Terkini EPL

Isnin, 9 Jun 2008

Harapan Yang Tipis Kepada Obama II...


Obama? Jangan cepat melatah wahai saudara-saudara yang membaca artikel saya ini. Maksud saya di sini bukanlah harapan untuk Obama menang dengan McCain itu tipis tetapi akan perubahan yang akan di bawa oleh insan yang berkulit hitam inilah tipis. Sebelum saya bercerita lebih lanjut lagi tentang isu yang nak dikatakan oleh saya, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih lanjut sejarah hidup insan yang bernama obama ini. Obama, bermula pada satu ketika dahulu kurang dikenali dan baru sahaja menjadi senator penggal pertama, yang kemudian telah memenangi pertarungan dengan Hillary yang boleh saya katakan seperti sedang berkung-fu di puncak everest dengan Bruce Lee.
Pertarungan yang getir dan sengit, masing-masing mahukan tempat kosong untuk takhta perebutan presiden Amerika yang pasti jawatan itu akan memberikan berjuta-juta kuasa yang tak tersangkal mana-mana badan pertubuhan di dunia ini, walaupun PBB. Saya tahu ada yang tak berpuas hati dengan kata-kata saya sebelum ini, bukan? Mungkin anda berkata bahawa ada mahkamah antarabangsa, ICJ yang bisa berbuat sesuatu untuk menghalang tindakan kuasa baru dunia itu? Ternyata sangkaan anda meleset sama sekali kerana ICJ hanyalah umpama tikus kecil yang cuba menakutkan seekor kucing yang bengis dan garang. Buktinya, lihatlah bagaimana tindakan Bush, (si Dajjal Dunia) itu? Tak sedikit pun diendahkannya akan amaran atau desakan mana-mana negara di dunia ini agar menarik semula tentera-tenteranya daripada Iraq dan Afghanistan! Kembali kepada asal-usul bakal perdana menteri pertama U.S.A. yang berkulit hitam itu, selepas detik kemenangan terhadap Hilliary, juga merupakan detik yang penting di dalam sejarah negara benua sebelah itu, tanda kemajuan perhubungan kaum yang semakin kembali erat semula. Pada malam kemenangan beliau, di hadapan penyokong beliau, dengan penuh emosi, beliau berucap, "Malam ini menandakan bahawa bermulanya lembaran baru bagi sejarah Amerika." Berdasarkan penganalisis politik Amerika, kemenangan Barrack Obama ini berpandukan beberapa faktor antaranya ialah kemahuan atau keinginan rakyat Amerika yang mahukan muka baru dan kelantangan beliau melaungkan perubahan yang seharusnya di bawa pada masa dunia sedang menghadapi saat genting ini oleh Amerika.
Namun, persoalannya, jika kemenagani berjaya di raih oleh warga kulit hitam ini, sejauh mana perubahan yang akan dibawa oleh dirinya. Adakah dia akan membebaskan bumi Palestine daripada cengkaman rejim Zionis? Harapannya adalah tipis. Inilah yang saya katakan tadi, harapan perubahan adalah tipis!!! Terlalu tipis jika dirujuk dengan apa yang baru dikatakan oleh Obama di dalam beberapa hari sejak kebelakangan ini. Beliau menegaskan bahawa sebarang perjanjian antara Palestine dengan Israel perlu mengekalkan Israel sebagai negara Yahudi dan Baitulmaqdis perlu MENJADI IBU NEGARA YAHUDI ITU. Sehari kemudian, barulah beliau menarik balik kata-katanya selepas mengguris hati umat Islam, dan tercatat juga dalam sejarah, beliaulah calon presiden atau presiden pertama Amerika yang menarik balik kata-kata yang diucapkannya. Namun, beliau berkata bahawa hal itu boleh dibawa ke meja rundingan. Harapan tipis, namun apa yang pasti Obama akan menarik balik tenteranya di Afghanistan dan Iraq sepertimana yang di janjikan.
Namun apa yang diharapkan oleh seluruh masyarakat di dunia (bukan sahaja Amerika), OBAMA MAMPU MEMBAIKPULIHKAN EKONOMI DUNIA!!! Apa-apapun kita tungguhlah sehingga malam ini untuk mengetahui siapakah yang bakal menggondol gelaran Presiden Amerika yang ke-44.

Tiada ulasan: